CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Redah Hujan, Kaki Melecet- Tunai Nazar Jalan Kaki 290KM Balik Kampung

29-11-2021 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1780| Komen: 43

Description: Gua Musang: Seorang lelaki menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki sejauh 290 kilometer merentas negeri Selangor dan Pahang sebelum tiba di tanah kelahirannya di Kampung Bertam Baru, di sini.
Gua Musang: Seorang lelaki menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki sejauh 290 kilometer merentas negeri Selangor dan Pahang sebelum tiba di tanah kelahirannya di Kampung Bertam Baru, di sini.


Mohd. Syahrizal Harun, 40, atau lebih dikenali sebagai Mat yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta di ibu kota berjaya menunaikan nazar tersebut selepas berjalan kaki selama empat hari.

Menurut Mat, sebelum ini, dia hidup dalam tekanan gara-gara sudah dua tahun tidak dapat balik ke kampung halamannya akibat kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan.

Foto: Utusan Online

Katanya, sebelum kebenaran rentas negeri diumumkan kerajaan, dia bernazar untuk pulang ke kampung dengan cara berjalan kaki sebagai tanda syukur dan gembira masih diberi kesempatan pulang bertemu keluarga tercinta.


“Pada malam Khamis lalu, saya berjalan kaki bermula dari Tol Gombak pada pukul 11 malam, dengan berbekalkan pelitup muka dan air mineral. Alhamdulillah, saya selamat sampai di Hentian Gua Musang pada pukul 5 pagi ini.

“Sepanjang perjalanan pada hari kedua dan ketiga saya kerap kali berhenti kerana cuaca hujan, selain perlu merawat kaki yang melecet kerana berjalan jauh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Hentian Gua Musang, di sini.  

Ketibaan Mat disambut Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail bersama Ahli Dewan Undangan Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Mat berkata, dia tidak sabar untuk bercuti dan berehat di kampung setelah dua tahun tidak bertemu dengan keluarga dan selama ini hanya melepaskan rindu menerusi panggilan video.

“Saya baru berkesempatan untuk menunaikan nazar kerana sebelum ini masih lagi bekerja dan mengumpul wang untuk pulang ke kampung.

“Saya bersyukur kerana selain dorongan keluarga dan rakan-rakan, saya turut mendapat bantuan pemilik Konsortium E-Mutiara dan dermawan lain bagi menampung belanja bagi menunaikan nazar saya ini,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 29-11-2021 11:43 AM
Ooooooook.
Quote FOTHER-MUCKER 29-11-2021 11:47 AM
Saya tidak tau beraps jauh dari tol gombak ke hentian gua musang. Tatapi saya tau macamana perjalanan dari tol gombak ke Raub .. jikalau saya berjalan kaki sepetti itu pada wsktu malam mungkin sudah jumpa hantu di highway tu!

Begitu cepat dia boleh sampai ke perhentian gus musang.
Quote ais_kosong 29-11-2021 11:51 AM
Bukan bernazar bejalan kaki buat lagi lambat ke untuk jumpa keluarga?
Quote lipans 29-11-2021 11:55 AM
tumpang kereta juga dikira berjalan kaki.

berjalan kaki masuk kereta dan turun kembali.
Quote supernaturalee 29-11-2021 12:59 PM
benda dh mudah
dgn public transport bagai

buatnya masuk hr ke 2 dh pkp balik
stranded tah mn2 plk
lg naya

yg lg kelakar adun pun nk mencapub
xde kje eh

Quote krustykrab 29-11-2021 01:01 PM
Bodo..dr bernazar melecet kaki baik la ko bernazar posa sunat 3 hari berturut2 ke, sedekah ke...
Quote helicornia 29-11-2021 01:03 PM
Menyusahkan diri kenapa.bernazar yg bukan2
Quote MissVixen 29-11-2021 01:07 PM
Boleh ke bernazar dengan menzalimi diri sendiri??
Nazar puasa, sedekah, tolong orang lain.. lagi berfaedah.
Quote cmf_premierleag 29-11-2021 01:36 PM
supernaturalee replied at 29-11-2021 12:59 PM
benda dh mudah
dgn public transport bagai


ADUN pun sama bodoh
bende mcm ni pun nak celebrate bagai
Quote cmf_premierleag 29-11-2021 01:37 PM
krustykrab replied at 29-11-2021 01:01 PM
Bodo..dr bernazar melecet kaki baik la ko bernazar posa sunat 3 hari berturut2 ke, sedekah ke...:lol ...

khueeen
bodoh sgt jah menyusahkan diri sendiri bagai
pastu acah2 bersyukur
Quote lattehazelnut 29-11-2021 01:49 PM
Time pkp ko jalan kaki bole la nak simpati..
Ni da lama boleh rentas..
Ke antivaksin?
Quote airmineral 29-11-2021 01:53 PM
kenapa la nazar mcmni
tp kalau nazar yg bawa mudarat mmg xwajib tunaikan, kan?
Quote Decaffeinated 29-11-2021 02:08 PM
masa bernazar tu dia tengah depressed so kira akal tak waras.

mufti sila bagi pendapat wajib ka tak dia tunaikan nazarudin itu.

Quote arasham 29-11-2021 02:13 PM
Nazar yang tidak perlu ditunaikan
===========================

1. Nazar النذر bermaksud janji untuk melakukan sesuatu. Dalam agama, nazar membawa erti mewajibkan sesuatu yang sunat ke atas diri sendiri untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Nazar ialah ibadah dan perbuatan mewajibkan sesuatu yang harus seperti makan, minum, tidur, memotong rambut dan sebagainya bukan nazar dan ia bukan ibadah.

Ibadah ialah sesuatu yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah baik hukumnya wajib atau sunat.

2. Menunaikan nazar ialah wajib berdasarkan firman Allah Ta'ala antaranya;

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ
“... Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka....” (Al Hajj : 29)

3. Walaubagaimana pun, nazar hanya menjadi wajib apabila cukup 3 rukun iaitu; sighah (ucapan nazar), orang yang mengucapkan nazar (الناذر) dan perkara yang dinazarkan (المنذور).

Dalam hal ini, nazar untuk berjalan kaki bukanlah sesuatu yang perlu ditunaikan kerana ianya bukanlah sesuatu ibadah yang dituntut.

Bahkan jika ianya membawa mudharat, membuang masa dan tenaga serta suatu tindakan sia-sia yang tiada faedah kepada agama maka ianya juga boleh menjadi suatu maksiat.

Dan hadith menyebut;

لا نذر في معصية الله

“Tidak ada nazar dalam kemaksiatan kepada Allah.” (HR. Muslim)

4. Amalan nazar membotakkan kepala, berjalan kaki ke tempat yang bukan ibadah dan pelbagai lagi nazar pelik-pelik dan sia-sia ini wajar ditinggalkan dan tidak perlu dibuat bahkan ditegah oleh para agamawan dan pihak berkuasa.

Allah berfirman;
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

".. (ciri orang yang beriman itu) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna.." (Al-Mukminun:3)

Semoga Allah memberi kita petunjuk!
Quote cmf_almondpecan 29-11-2021 02:16 PM
FOTHER-MUCKER replied at 29-11-2021 11:47 AM
Saya tidak tau beraps jauh dari tol gombak ke hentian gua musang. Tatapi saya tau macamana perjalana ...

Dalam artikel dia kata jarak antara tol gombak ke kampung lelaki ni kat gua musang dalam 300km. Kalau 4 hari katakan dalam sehari tolak masa berhenti makan dan rehat, tidur dsb dia berjalan dalam 15 jam. So dalam 4 hari dia guna 60 jam untuk cover 300km tu. Kelajuan dia berjalan di sekitar 5km/j. Brisk walking gitu.
Quote Samerosie 29-11-2021 02:55 PM
arasham replied at 29-11-2021 02:13 PM
Nazar yang tidak perlu ditunaikan
===========================

Alamak, so kira nazar dia sia2 je la ye?
Quote tobobon 29-11-2021 04:04 PM
Kesian...mungkin xde duit..nak minta sumbangan malu..terpaksalah jalan kaki..acah2 bernazar gitu
Quote krustykrab 29-11-2021 04:06 PM
cmf_premierleag replied at 29-11-2021 01:37 PM
khueeen
bodoh sgt jah menyusahkan diri sendiri bagai
pastu acah2 bersyukur

Mujur dia tak bernazar nak kerjakan bini dia 3 hari berturut2 tanpa henti
Akai tak dak mcm ni la, bernazar yg bukan2 lps tu acah2 mintak simpati org
Quote krustykrab 29-11-2021 04:07 PM
tobobon replied at 29-11-2021 04:04 PM
Kesian...mungkin xde duit..nak minta sumbangan malu..terpaksalah jalan kaki..acah2 bernazar gitu

Rasanya agama hindu kan yg bernazar mcm ni..yg ala2 seksa diri sendiri

Lihat semua komen(43)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.077727 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top