CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Yana Samsudin Pernah Tolak Rombongan Merisik Fadzil Zahari Sebab Nak Beli Rumah

29-11-2021 11:01 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 3056| Komen: 31|Original author: ameenarara

Description: Pelakon yang jarang mempunyai kontroversi, Yana Samsudin mengimbau kenangan menolak lamaran suaminya, Fadzil Zahari untuk menghalalkan hubungan mereka.
Pelakon yang jarang mempunyai kontroversi, Yana Samsudin mengimbau kenangan menolak lamaran suaminya, Fadzil Zahari untuk menghalalkan hubungan mereka.

Pada ketika dahulu, Fadzil merupakan kawan baiknya yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seninya. 


Temuramah bersama wartawan Media Hiburan mendedahkan sepanjang menjadi kawan baik, Yana sebenarnya tahu yang Fadzil mempunyai perasaan cinta terhadapnya.


Untuk menghalalkan hubungan mereka, Fadzil menghantar rombongan merisik ke Johor namun dia terpaksa menolak cara baik disebabkan tidak bersedia dan mahu mencapai impiannya membeli rumah untuk keluarga terlebih dahulu.

Foto: Instagram Yana Samsudin

Ketika menjadi seorang pelakon, Yana hanya memakai kereta kelisa sahaja dan tidak pernah rasa ralat menaiki kereta kesayangannya itu mencari rezeki.

Apabila menjangkau usia 30 tahun barulah Yana mula mengatur langkah tentang kehidupan peribadinya setelah menunaikan impiannya.


Dalam menempuhi cabaran hidup, Yana amat bersyukur kerana Fadzil sentiasa ada disisi walau apa rintangan sekali pun.

Tambahnya lagi, dia memulakan kerjaya seninya ketika berumur 17 tahun sebagai penyanyi untuk filem Mami Jarum dan selepas itu berjinak-jinak dalam bidang pengarah pada usia 23 tahun dengan mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta yang dilakonkan oleh Fazura.


Filem itu mendapat sambutan dan berjaya mencapai hampit sejuta kutipan dan dia merupakan pengarah termuda dalam industri seni pada masa itu.

Yana memang seorang yang kuat semangat dan antara artis yang masih relevan sehingga kini walaupun industri seni sentiasa bersilih ganti orangnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuhanis 29-11-2021 11:41 AM
Tetiba dok ulang cerita berkurun nan lalu, dah kenapa? Ahahaha.
Quote Kurex 29-11-2021 11:45 AM
Bosannya.....
Quote bottombikini 29-11-2021 12:26 PM
apa pekdahnyeeeee.....
Quote babelina 29-11-2021 12:44 PM
bosannnnnnnnnnnnnn....
Quote ezacbee 29-11-2021 12:58 PM
Orang dah xkisah pun pasal dia ni.
Quote yondu 29-11-2021 01:09 PM
menguap smpai koyak rabak mulut. mengantuk bc psl die ni
Quote mohdcrow 29-11-2021 01:51 PM
Jarang ada kontroversi = sendu
Quote akies 29-11-2021 02:44 PM
Edited by akies at 29-11-2021 11:14 PM

Itu pun nak cerita ..
Jd skrg dh beli rumah ke belum?
Quote mrssultan 29-11-2021 02:56 PM
Dia dengan DD tue biraskan tapi nape macam tak kenal each other eh? Tanya je kut ada yg tahu jawapan.
Quote TeropongThaico 29-11-2021 03:07 PM
Motif?????
Quote 3chanceno 29-11-2021 03:15 PM
Ketawa baca komen2 di atas

TT Gosipnya apa? Gali cerita lama yang tak berapa glamer
Quote timah03 29-11-2021 03:17 PM
mrssultan replied at 29-11-2021 02:56 PM
Dia dengan DD tue biraskan tapi nape macam tak kenal each other eh? Tanya je kut ada yg tahu jawapan ...

Tak ngam kan...? Sebab masa ada krisis yg farid Kamil kena dakwa tu... Dia yg lebih2 ke depan....bg comments semua... Padahal menantu je...
Quote Ayda89 29-11-2021 07:59 PM
Cerita ni jela ulang & ulang sampi abg jamil kiok
Quote shahirakay 29-11-2021 08:36 PM
mrssultan replied at 29-11-2021 02:56 PM
Dia dengan DD tue biraskan tapi nape macam tak kenal each other eh? Tanya je kut ada yg tahu jawapan ...

ai olls pun terfikir hari tu. takde pun nak playdate ke kan keluar bawak kids main sama-sama.. macam tak dak bond lansung
Quote pinkzara 29-11-2021 08:42 PM
Cuba lagi!
#menguap zzz
Quote Masukkeluar 29-11-2021 08:42 PM
mcm mana follower 4.3 juta tapi like sendu gila. ribu je like?? beli follower ke apa ni?
Quote Acikgomen 29-11-2021 09:48 PM
Bagero betoi minah ni tauuuu
Ada skali tu heshe pakai maxi dress sama mcm acik kat launching event
Babi tul acik tepaksa lari pi kedai beli baju lain
Lepas tu haku kena marah dgn bos pulak sbb lambat
Sejak tu acik pangkah heshe taknak panggey dah minah ni utk pape event yg acik handle

Quote Carcosa 29-11-2021 10:29 PM
Cerita pasal tetiba hidung dia dah tak kembang, taknak bukak balik ke
Dan2 straighten kan gigi katakauuuu Kau ingat, kami2 ni bodoh mcm kau? Ke kau ingat kitorang ni sebodoh hidung kembang ko tu?
Quote slyfynx 29-11-2021 11:04 PM
Cobaan untuk up diri sendiri ke hape ni?

Lihat semua komen(31)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.071024 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top