CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Mulut Keluar Darah, Lendir Busuk Dan Hilang Ingatan- Mawi Pernah Terkena Gangguan

26-11-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3852| Komen: 31

Description: Pernah 'hilang' sekejap daripada dunia hiburan sekitar 2015, penyanyi dan pengarah Mawi mendedahkan dia ketika itu mengalami penyakit misteri.
Pernah 'hilang' sekejap daripada dunia hiburan sekitar 2015, penyanyi dan pengarah Mawi mendedahkan dia ketika itu mengalami penyakit misteri.

Berkongsi pengalaman itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, berkata, darah keluar dari mulut secara tiba-tiba membuatkan dia tidak boleh tidur seperti biasa.

Tambahnya, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan juga tidak menunjukkan dia mengalami sebarang penyakit.


Foto: IG

"Masa nak gosok gigi, nak buang buih dalam mulut tapi keluar warna merah darah tapi ingatkan gusi berdarah, tapi bila kumur saja keluar darah.


"Bila baring, tiba-tiba rasa tekak ada benda mengalir, pergi toilet untuk buang air dan waktu itu darah makin lama makin banyak. Saya tak boleh nak baring dan tidur duduk.

"Tapi tak boleh nak tidur sebab darah dah mengalir dalam perut. Pagi itu pergi hospital tapi doktor tak dapat nak kesan apa-apa," katanya.



Perkongsian Mawi itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Khamis.

Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan.

Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik dan bekas wartawan Muzik Muzik, Mohd Faris.


Sesi tersebut turut disertai pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang dijemput oleh moderator selepas setengah jam siaran berlangsung.

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasi musim ketiga ini memberitahu dia juga mengalami kejadian misteri lain iaitu hilang ingatan untuk beberapa minit.

"Hari yang sama selepas Asar, benda itu keluar lagi dan saya rasa mati sekejap dan selepas itu saya rasa ada benda masuk dalam kepala saya balik.

"Mata saya terbuka... saya tak kenal pun siapa di keliling saya. Ada seorang perempuan menangis sambil pegang saya. Masa itu saya terfikir siapa perempuan ini.

"Bidadari ke? Rupa-rupanya isteri saya menangis. Waktu itu saya hilang ingatan kejap tak kenal isteri dan anak. Ambil masa sikit dalam 15 minit hingga setengah jam," ujarnya.



Untuk rekod, Mawi berkahwin dengan Nora’ Asikin Rahmat pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Cahaya Malaika, 9.

Sementara itu, pengarah filem Tiada Tajuk ini mengakui kejadian misteri itu turut menjejaskan kesihatan dalaman apabila dia mula menerima banyak 'gangguan'.

"Dalaman diganggu dan nampak bukan-bukan. Bila benda itu keluar, dah macam lava, lendir keluar. Penuh satu badan. Berbau pula tu... busuk," katanya.



Untuk rekod, Mawi pernah mendapat gelaran gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS selepas menjuarai program realiti pada 2005.

Fenomena Mawi berterusan apabila dia dijulang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005, sekali gus menewaskan nama besar termasuk penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 26-11-2021 05:11 PM
Kena jengil ain ngan @dudaberhias ke
Quote dudaberhias 26-11-2021 05:32 PM
tikusmontok replied at 26-11-2021 05:11 PM
Kena jengil ain ngan @dudaberhias ke

Macam mana kaka tahu ni? Eeee jangan pitenah iols yach sebab iols suci mulus gittew... Iols hanya jegil dan beliak bijik mata pada sohai sajorkkk

Sesambil tu boleh tak iols nak pitenah makcik gundu sskjp banyok pitih dan bibior macam ikan puyu tu yang sihir mawi & ecah? Walaupun takde kena mengena, itu tak penting. Yang penting sekarang niat hati nak pitenah tu tercapai

Sape2 pitenah iols jangan memain iols panggil @Acikgomen ketuk kepala uols semua pakai fefet pelesu dan kek keras kejung & kucate, koma terus kang
Quote Acikgomen 26-11-2021 05:40 PM
dudaberhias replied at 26-11-2021 05:32 PM
Macam mana kaka tahu ni? Eeee jangan pitenah iols yach sebab iols suci mulus gittew... Iols hanya  ...

Ecah tu bini muda mawi ke nyahhhhh
Quote dudaberhias 26-11-2021 05:44 PM
Acikgomen replied at 26-11-2021 05:40 PM
Ecah tu bini muda mawi ke nyahhhhh

bukan acik... ecah tu yang baru bercerai tu yang penyanyi duduk tak sebumbung dengan lakinya tu...
takde kena mengena langsungkan dengan mawi...
tapi itu tak penting... yang penting janji hasrat hati hitam iols yang membuak nak pitenah orang ni tercapai juga dalam forum ni
Quote Acikgomen 26-11-2021 06:21 PM
dudaberhias replied at 26-11-2021 05:44 PM
bukan acik... ecah tu yang baru bercerai tu yang penyanyi duduk tak sebumbung dengan lakinya tu... ...

Jin belaan zaman skang main makan pitenah je lepas eh? Tak gaduh bagi ayaq darah kambeng dah kewwww
Quote sleepandream 26-11-2021 07:53 PM
scary jua sakit heols ni  
Quote nakkomenjugak 26-11-2021 10:25 PM
Cerrr tanya si munger dan laksa kot2 deme jengil2 mata bagi ain kat si world ni
Quote asfaz 26-11-2021 11:06 PM
FB_IMG_1637939140082.jpg

Dia nak menyelit jugak
Sape ntah mulut jahat siap jaja aib arwah mak mawi.
Quote missyL 27-11-2021 05:36 PM
Klo btol la tros hati hitam ku menuduh pak cik soooo ha*
Quote missyL 27-11-2021 05:37 PM
asfaz replied at 26-11-2021 11:06 PM
Dia nak menyelit jugak
Sape ntah mulut jahat siap jaja aib arwah mak mawi.

X malu nk tumpang popularity mawi hahaha

Hidung x mancung
Gigi tersorong2
Quote Parit.Hilton 27-11-2021 06:49 PM
adoi mawi awat la pi cerita kisah2 misteri ni

esok lusa kang ada la sekor sibat tu buat cerita dia kena penyakit misteri jugak
dia mana boleh kalah

penat dia nak perah otak buat storyline malam ni. nak mengadap cercaan netizen lagi,
nak block org kat fb lagi
aduiii busy la si sohai sibat minggu ni
Quote gideoncross 28-11-2021 01:17 AM
missyL replied at 27-11-2021 05:37 PM
X malu nk tumpang popularity mawi hahaha

Hidung x mancung

Iol kat sini nak tngok smaada ada haters Mawi ataupn x je hahahaha. Sbb Mawi ni x layak d bnci, Sohai Sepuut yg layak d bnci.
Quote anony-mous 28-11-2021 03:33 AM
asfaz replied at 26-11-2021 11:06 PM
Dia nak menyelit jugak
Sape ntah mulut jahat siap jaja aib arwah mak mawi.

Baik? Baik yg tahap mcm mana? Setakat ok sbb x gaduh? Mawi pon dah xkenal ina n sohai ni sapa agaknya.
Quote stania83 28-11-2021 06:33 AM
mawi pakai givenchy dan dior..mesti bini yg suruh kan?
Quote sabundettol 28-11-2021 06:54 AM
Sapa lah p hntar tu.
Quote asfaz 28-11-2021 07:29 AM
Parit.Hilton replied at 27-11-2021 06:49 PM
adoi mawi awat la pi cerita kisah2 misteri ni

esok lusa kang ada la sekor sibat tu buat cerita dia  ...

Sentap pasal kambing pun tak habis lagi
Quote missyL 28-11-2021 08:17 AM
gideoncross replied at 28-11-2021 01:17 AM
Iol kat sini nak tngok smaada ada haters Mawi ataupn x je hahahaha. Sbb Mawi ni x layak d bnci, So ...

Mase mawi popular dulu iols mmg x layan mase tu sibok study gituuu.
Tp mase die putus ngn yenna kene kecam gak kan. Kesian


Skang terbukti lah mawi ok je.
Yg bermAsalah yenna n laki nye hahaha
Quote tipah89 29-11-2021 04:47 PM
ha yela mawi.
Quote gideoncross 1-12-2021 01:15 PM
missyL replied at 28-11-2021 08:17 AM
Mase mawi popular dulu iols mmg x layan mase tu sibok study gituuu.
Tp mase die putus ngn yenna ke ...

Ina Naim tu mmg dh nmpk lembam, Suhaimi Saad plak jgn ckp, mmg trus x boleh pkai hahahaha.

Lihat semua komen(31)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.183285 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top