CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Warga Bangladesh Dan Rohingya Jadi Tauke Besar Sawah Cetus Kebimbangan

25-11-2021 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1276| Komen: 20

Description: Kuala Lumpur: Isu monopoli industri padi negara yang disiarkan Harian Metro menjadi antara isu dibahas di Dewan Rakyat hari ini.
Kuala Lumpur: Isu monopoli industri padi negara yang disiarkan Harian Metro menjadi antara isu dibahas di Dewan Rakyat hari ini.

Ia selepas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Sharif membangkitkan perkara itu dan meminta tindakan tegas diambil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi).

Katanya, ia satu perkembangan tidak sihat kerana ia adalah kepincangan yang berlaku sejak sekian lama.


Salim ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, Foto: Harian Metro

"Jika kebanjiran pesawah asing ini tidak dibendung, warga asing pula akan monopoli industri padi negara.


"Ini adalah perkembangan tidak sihat pekerja tempatan kerana dalam beberapa tahun lagi tidak mustahil mereka akan menguasai jelapang padi," katanya sesi perbahasan Belanjawan 2022 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Muka depan akhbar ini melaporkan, sebelum ini warga asing hanya dilihat mengisi peluang pekerjaan di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembuatan.

Namun, kini terdapat lebih 200 warga Bangladesh dan Rohingya menjadi tauke besar dengan menyewa sawah daripada pemilik untuk mengusahakannya.

Kehadiran mereka dikesan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Mafi di tujuh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di seluruh negara sejak beberapa tahun lalu.

Situasi itu mencetuskan rasa bimbang kementerian mengenai penguasaan orang luar ke atas sawah milik orang tempatan yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada industri padi negara. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puan_rohayu 25-11-2021 11:10 AM
Nak salah siapa, budak melayu yg mengaji xpandai pun x sanggup mengerjakan sawah bendang, sanggup lg pergi merempit membuang masa,main tik tok dari buat kerja berat.Lama2 sektor kerja pertanian,perladangan jadi milik org asing.Budak2 kita sanggup kerja kuli jadi salesman/salesman dari duduk tgh panas.
Quote me12345 25-11-2021 11:12 AM
Bela la lg rohingya, bangla, indon, cina bukit ...tak lsma lg negro, filipina penuh malaysia. Tu belum mat salleh yg dtg jd tourist tapi acah2 professional pdhal kt negara memasing jobless
Quote prettyuglybabe 25-11-2021 11:17 AM
belah mana dorang take over ni?
i rasa perlis masih lagi orang kita yang usahakan..
lagi pun sekarang nak tabur benih baja bajak semua dah pakai dron and mesin..
takde bergantung pada tenaga manusia sangat..
pergi sana pun macam tak nampak ada bangla rohingya..
Quote Friska 25-11-2021 11:21 AM
Udah ada tritnya dari semalam Bang CARI-MRO

Warga asing jadi tauke padi, beras
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5007023
Quote Skuau 25-11-2021 11:23 AM
Sapa lebih bodoh@IQ lagi rendah drp gorila..kami ke atau malon???- PATI Indon
Quote awanysss 25-11-2021 01:26 PM
masalahnya.. siapa yang bagi??????????
meleis yg anak2 dah duduk bandar, tak bg mak bapak keje,
mak bapak sub pd pendatang, pastu merempan ckp gomen tak tolong meleis..
yg penting setiap bulan dpt upah pajak..

tak percaya tgk la felda skrg, dah byk pendatang..
meleis mmg sampai mati harap subsidi je, takkan berubah..
Quote Skuau 25-11-2021 01:30 PM
pihak berkuasa yg dpat gaji bln2 tu...mana yg salah ikut undang2..boleh tak buat kerja kamu tu.
Quote tripleid 25-11-2021 03:18 PM
ni lah antara contoh melayu sendiri yg buka peluang kat bangsa asing utk pijak kepala..tapi ujung2 ratib dap tindas melayu
Quote card_reader 25-11-2021 03:25 PM
belah seberang prai nie tgk dah ada geng2 bangla yg buat sawah....

ada yg kawen ngan orang local, usaha sawah keluarga isteri.....

nak buat camna, dah x ramai orang melayu nak buat sawah dah..yg lapis2 muda nie
Quote batu kikir 25-11-2021 04:14 PM
Good move Bangla, Rohingya dan seumpama. At least Malaysia tak perlu impot beras nanti. Banyak tanah terbiar kat kampung2. Negeri Sembilan lagi la banyak.
Nak harap orang Melayu kerja bendang, kerja pertanian bagai.........jangan harap. Melayu cuma tahu menadah dan mintak simpati je. Kerja kebun atau bendang tak nak. Kotor dan penat katanya.

P/s. Kalau anda ada 10 ekar sawit..........senang2 bolih dapat RM6-8 ribu sebulan.
Quote green~tea 25-11-2021 04:20 PM
Mana2 perusahaan bawah MAFI mmg hazab pengurusan... too many little napoleons...
Apa kejadah kelapa pun nak kena import permit?? Tanam sendiri tak kasi?? Benih pulak kena control dengan those little napoleons....
Quote bottombikini 25-11-2021 04:41 PM
yg warga paki pulak take over jalan tar
elok
Quote kotakominami 25-11-2021 06:29 PM
Memang ini la kite nak..acheh bukak kedai makan kedai runcit....bangla bukak carwash...vietnam jadi tokey kt pasar borong...kita selamanye jd rider panda...
Quote mandear11 26-11-2021 04:41 AM
awanysss replied at 25-11-2021 01:26 PM
masalahnya.. siapa yang bagi??????????
meleis yg anak2 dah duduk bandar, tak bg mak bapak keje,
mak  ...

well said....AGREEEEEEEEEEEEEEEEEEE
Quote honeybee1802 26-11-2021 01:07 PM
puan_rohayu replied at 25-11-2021 11:10 AM
Nak salah siapa, budak melayu yg mengaji xpandai pun x sanggup mengerjakan sawah bendang, sanggup lg ...

Sektor ni ptt diperkenal machinery...permudahkan utk pinjam ka apa je machinery...ladang besar guna pekerja sikit..kerja jd tak berat...ngk ladang2 omputih tu..punya besar...
Quote honeybee1802 26-11-2021 01:10 PM
kotakominami replied at 25-11-2021 06:29 PM
Memang ini la kite nak..acheh bukak kedai makan kedai runcit....bangla bukak carwash...vietnam jadi  ...

Ini hakak bebelkan kt anak2...melayu jd kuli panda...elok la keje tp hidup ni kena ada perancangan...oppss lagi 1 melayu sibuk jd yputuber,influencer kekonon...but iols bangga jg dgn melayu professional mcm pilot seme yg time lockdown depa start bukak ladang...anak2 muda ptt sama2 tske the challenge...sakit hati ngk nak beli kobis made in china..err...hakak tanam kobis tak jd...
Quote Artemesiaa 26-11-2021 02:03 PM
Itulah realitinya mula2 jadi kuli lepas tu mandor lama2 jadi tokey penduduk tempatan pulak makan gaji dengan mereka
Quote edayildiz 27-11-2021 11:06 PM
org melayu sndiri yg bkk peluang itew..20 tahun lg muka ank melayu malaysia mix bangla/ nepal dah mcm org belah papua gunea situ..dh hilang muka melayuuu..
Quote sharlenetexas 27-11-2021 11:11 PM
Iols gi pejabat pertanian tanya kursus pertanian boleh pulak staf who r yuss kan aku. Jawab mereka, Ntah kita tak tahu. Tak keluar lagi jadual. Muka sekor2 terpinga2 blur semacam.

Lihat semua komen(20)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2021 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.079681 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top