CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Anak Mr Os Ikut Jejak Jadi Pelawak, Tak Mahu Tumpang Populariti Arwah Bapa

25-11-2021 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2398| Komen: 17

Description: Dua anak kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr. Os iaitu Hazwan dan Hafizul membuat kejutan bakal menyertai program realiti terbaharu Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang.
Dua anak kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr. Os iaitu Hazwan dan Hafizul membuat kejutan bakal menyertai program realiti terbaharu Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang.


Anak keempat arwah iaitu Hafizul atau nama sebenarnya Mohamad Hafizul Mohd Yusof, 25, berkata, dia dan abangnya bimbang orang meletakkan jangkaan yang tinggi selepas mengetahui mereka anak pelawak legenda Malaysia.

Foto: mStar Online


“Ya... kami berdua memang anak Mr. Os. Tapi ikutkan tak nak beritahu orang mengenai diri kami. Tak nak dikenali sebagai anak Mr. Os. Bimbang orang meletakkan expectation yang tinggi terhadap kami.

“Bukan itu sahaja, bila orang dah tahu kami anak kepada seorang pelawak legenda nanti buat silap pun akan dikritik dan kalau buat yang terbaik pun, orang akan mengata.

“Benda yang paling kami takut, bila orang tuduh kami nak tumpang populariti arwah ayah. Kami hanya membawa nama dan meneruskan legasi sahaja tapi yang pasti kami akan persembahkan sesuatu yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Allahyarham meninggal dunia pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.



Foto: Google

Hazwan dan Hafizul merupakan cahaya mata daripada perkahwinan pertama arwah.

Arwah turut mempunyai lima orang anak daripada perkahwinan pertama.

Hazwan dan Hafizul bergabung menerusi kumpulan Arteh itu ditemui ketika sidang media pelancaran program realiti terbaharu Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang di The Summit 1, VE Hotel, The Vertical, Bangsar South, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selepas lebih sedekad, kini tiba masanya untuk Sepahtu mencari muka baharu untuk dijadikan edisi terkini kumpulan mereka menerusi program.

Program baharu yang dikendali oleh pelakon Ramona Zamzam dan Jiggy Masin selalu pengacara belakang pentas itu akan bersiaran selama lapan minggu dan bakal menemui peminat mulai 2 Disember depan, 9 malam,di Astro Warna.

Selain Arteh, 11 lagi kumpulan peserta iaitu Yusra (solo), Muslim (solo), Joned, Spana dan Sebat (kesemuanya peserta duo) serta Gahai, Pitu, Sepan, San, Siji dan Takal (peserta trio).

Dalam pada itu, abang kepada Hafizul iaitu Mohamad Hazwan, 30, menegaskan mereka berjaya memasuki program tersebut bukan disebabkan nama Allahyarham.

Biarpun ahli kumpulan Sepahtu iaitu Pak Ya mengenali dia dan Hafizul sebagai anak Mr. Os namun pemilihan mereka atas dasar bakat.

“Kami berjaya masuk program ini bukan disebabkan nama arwah ayah. Masa hantar video uji bakat pertama, tak ada sebut pun nama arwah. Bila dah berjaya peringkat seterusnya, kami ditemu bual secara maya dengan ahli Sepahtu.

“Dan ketika itu la baru Pak Ya perasan yang kami ini anak kepada Mr. Os. Sebab masa arwah masih hidup, kami yang menguruskan kerjayanya dan pernah la jumpa dengan Pak Ya.

“Tapi bukan sebab Pak Ya kenal, dia pilih kami... memang dia kata pemilihan itu disebabkan nampak bakat kami berdua,” kata Hazwan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 25-11-2021 09:49 AM
Mr Os ni kite tgk muka dia pon dh lawak..campur plak cara dia bercakap dgn slang Perok nye tu, memang menghiburkan
Quote mizruncing 25-11-2021 10:07 AM
harap anak dia dapat bawa legasi bapak dia
Quote Ayda89 25-11-2021 10:07 AM
Baru malam tadi i tengok citer arwah kembar siam hahah. Menghiburkan
Quote zamzam 25-11-2021 10:10 AM
Kalau nak fame sendiri tak payah awal2 kompang siapa bapak kau.
Quote dudaberhias 25-11-2021 02:15 PM
mujur anak2nya hidung mancung ikut ayahnya dan bukan mancung tang gigi....
Quote red_velvet 25-11-2021 02:50 PM
Anak arwah yg pompuan yg jadi doktor Tu anak dgn Bini yg mana.. arwah Ada kawin lebih Dari 1 eh sebab kat artikel tulis budak2 ni hasil perkahwinan dgn isteri first
Quote sukacactus 25-11-2021 02:57 PM
red_velvet replied at 25-11-2021 02:50 PM
Anak arwah yg pompuan yg jadi doktor Tu anak dgn Bini yg mana.. arwah Ada kawin lebih Dari 1 eh seba ...

Aaa br nak tya soklan yg sama sebab tau ank dia yg jd doktor tu je
Quote fadz84 25-11-2021 03:02 PM
red_velvet replied at 25-11-2021 02:50 PM
Anak arwah yg pompuan yg jadi doktor Tu anak dgn Bini yg mana.. arwah Ada kawin lebih Dari 1 eh seba ...

Anak perempuan arwah yg doktor tu anak dgn wife kedua. Dua org anak dgn wife kedua tu.
Quote johan-adx 25-11-2021 03:32 PM
lejen tu mr os...very humble
Quote ezacbee 25-11-2021 03:36 PM
red_velvet replied at 25-11-2021 02:50 PM
Anak arwah yg pompuan yg jadi doktor Tu anak dgn Bini yg mana.. arwah Ada kawin lebih Dari 1 eh seba ...

Beliau meninggalkan dua balu dan tujuh anak.
So yg ni anak 1st wife.
Quote DayangKirana 25-11-2021 05:25 PM
“Ya... kami berdua memang anak Mr. Os. Tapi ikutkan tak nak beritahu orang mengenai diri kami. Tak nak dikenali sebagai anak Mr. Os. Bimbang orang meletakkan expectation yang tinggi terhadap kami"..


the irony..
Quote nakkomenjugak 25-11-2021 05:25 PM
Dah tu ko gitau sape apak ko dah kenapa
Quote CikYaYaYa 25-11-2021 11:01 PM
Arwah mr.os nie tengok muka diaa pon dh rsa nk gelak. Sorg lagi iols suka tengok Hamid Gukha. Tu pom lawak gak
Quote AshkieLa 26-11-2021 03:02 PM
mencari sepahtu yg hilang ni camner?
lepas menang jadi ahli sepahtu?
Quote Nenasketum 26-11-2021 03:32 PM
Rindu la pulak nak dengor telor Peghok dia, al fatihah untuk Mr Os
Quote lasagna 26-11-2021 03:35 PM
lahhhh idok ler tau arwah ni pernah ada 1st marriage.. rupanya bini skrg ni bini no. 2 ke.
tapi anak arwah mostly menjadi semuanya..
Quote nylliette 26-11-2021 03:57 PM
mashaAllah anak2 dia elok je smua takde pulak ikut gigi mancung. semoga anak2 mr os berjaya dalam bidang hiburan ni. nampak cam semua dpt didikan yg baik drpd arwah

Lihat semua komen(17)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2021 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.074362 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top