CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hujan, Sejuk Melampau- Punca Harga Sayur Naik Mendadak

24-11-2021 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2230| Komen: 66

Description: Georgetown: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengesahkan faktor kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini berpunca daripada cuaca dan hujan ...
Georgetown: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengesahkan faktor kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini berpunca daripada cuaca dan hujan yang tidak menentu.


Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan bekalan sayur-sayuran di pasaran negeri ini berkurangan serta berlaku kerosakan sayur-sayuran milik petani di Cameron Highland, Pahang.

“Selain itu, bekalan sayur-sayuran import turut berkurangan ekoran negara pengeluar mengalami keadaan cuaca sejuk melampau serta kenaikan kos pengangkutan kontena dari negara asal.

“Sehubungan itu, Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan dan menyerahkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) ke atas pengimport serta  pemborong sayur bagi mendapatkan maklumat harga sayur-sayuran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Gambar Hiasan, Foto: Google

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa KPDNHEP dan FAMA menyelesaikan segera isu kenaikan berganda harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini.

Ini berikutan harga sayur-sayuran kini meningkat sehingga mencecah 200 peratus sejak dua minggu lalu sehingga membebankan para peruncit di negeri ini. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 24-11-2021 11:35 AM
Wah senang kerja kdpnkk, harga barang naik jah salahkan hujan, lepastu xda tindakan apa2!
Quote MissYouSayang 24-11-2021 11:42 AM
As expected, BN- Barang Naik
Quote kakikuDibibirmu 24-11-2021 11:43 AM
Harga siakap naik pun sebab hujan lah agaknya iya?
Quote sepiITUindah 24-11-2021 11:44 AM
segala mak nenek naik la ni

bukan sayur jer
Quote akusukaq 24-11-2021 12:00 PM
Hujan je turun  tak pernah naik.
Quote sharlenetexas 24-11-2021 12:04 PM
Sebelum covid dulu harga bawang merah naik giler melampau2. Hampir rm20 sekilo.

Quote harkktuih 24-11-2021 12:11 PM
sementara itu pakar cakap gaji 1200 tak cukup sbb rakyat boros....
Quote glump 24-11-2021 12:28 PM
Ada chain mini market Kat sini tukar hampir kesemua tanda harga barangan dikedai mereka .stok lama pun Naik harga.
Kementerian yg jaga hal ehwal pengguna Mana ? Tido ke semua kena covid
Quote AbukRokok 24-11-2021 12:39 PM
sbb tu china awal2 lagi suh rakyat dia stock up sayur
nak harap cameron je tanah terhad
kawasan tanah pamah pula dibeli developer utk buat taman perumahan
tanah bukit lain sendat buat tanam musang king  kelapa sawit
Quote ilacantik 24-11-2021 12:47 PM
Tak mampu dah meols nak makan sayuran daunan hijau. Sekarang ni beli kobis sebiji utk makan seminggu sampai jemu jelak. Buat tumis air, masak lemak, goreng dgn telur. Nanti dah abis, beli peria pulak. Gila2 naik harga sayur.
Quote gigahertz 24-11-2021 01:03 PM
dodolgemok replied at 24-11-2021 03:35 AM
Wah senang kerja kdpnkk, harga barang naik jah salahkan hujan, lepastu xda tindakan apa2!



senang kan keje KPDN.
Quote kemaruk 24-11-2021 01:06 PM
harga barang naik ni sebab peniaga ambik kesempatan sebelum GST dikuatkuasakan lagi kelak

kalau ada GST dorang takleh sewenang-wenang naik harga
Quote gigahertz 24-11-2021 01:08 PM
sepiITUindah replied at 24-11-2021 03:44 AM
segala mak nenek naik la ni

bukan sayur jer




harga simen pun naik.
Quote nikaido 24-11-2021 01:08 PM
Kena kencing mcm tu je kpdnhep dgn peniaga cina. Mcmla xpenah musim hujan hjg tahun
Quote ~boolean 24-11-2021 01:21 PM
naik laju ja kan..

esok lusa cuaca panas balik tetap statik gitu jugak harganya... kalau turun pun bak kentut pus pus ja seposen dua...
Quote missus_meow 24-11-2021 01:36 PM
naik dgn dahsyatnya ... stress ahkak .... kena kurangkan makanlah kot ...
Quote takayama 24-11-2021 01:37 PM
agak sekrg aje ke ada musim hujan, sejuk dan sewaktu dgnnya, dedulu xde ke
jd lps ni xyah dah nk mkn sayur, kaka br jer tanam kacang panjang, cili padi 2 minggu lps, lambert lg nk dpt hasil
utk sementara waktu ni beli aje samada kobis panjang atau bulat serta timun
xde dah sayur hijau nampaknya
Quote ketipongtipah 24-11-2021 01:40 PM
Mentori dok sibok PRN...kesah apa...makan la kangkung asalkan bukan DAP. Tokdir?
Quote anony-mous 24-11-2021 01:46 PM
AbukRokok replied at 24-11-2021 12:39 PM
sbb tu china awal2 lagi suh rakyat dia stock up sayur
nak harap cameron je tanah terhad
kawasan tana ...

Sayur dari china byk tercemar. Hati2

Lihat semua komen(66)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2021 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.084531 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top