CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kucing Paling Tua Di Dunia, Berusia 26 Tahun

24-11-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1177| Komen: 15

Description: Oregon – Seekor kucing di Oregon, Amerika Syarikat mungkin menerima gelaran kucing paling tua di dunia oleh Guinness World Records selepas pemiliknya mendapati ia sebenarnya berusia dua tahun lebih t ...
Oregon – Seekor kucing di Oregon, Amerika Syarikat mungkin menerima gelaran kucing paling tua di dunia oleh Guinness World Records selepas pemiliknya mendapati ia sebenarnya berusia dua tahun lebih tua berbanding kucing yang memegang gelaran itu ketika ini, lapor agensi United Press International.


Charly Briggs berkata, rakan-rakannya mencadangkan supaya dia menghubungi Guinness World Records selepas mendapati kucingnya, Samm yang berusia 26 tahun itu mungkin merupakan kucing paling tua di dunia.

Foto: Clean Bowled

“Saya bertanya kepada Guinness dan mereka memaklumkan bahawa kucing paling tua di dunia ketika ini berusia 24 tahun.

“Saya kemudian memberitahu rakan-rakan-rakan di media sosial  bahawa Samm boleh memenangi gelaran kucing tertua di dunia kerana ia berusia 26 tahun,” katanya.

Menurut Briggs, Samm merupakan kucing jalanan yang ditemui di Memphis pada 2002 dan dibelanya.

Pegawai veterinar telah mengesahkan kucing itu berusia 26 tahun dan memiliki kesihatan yang baik.

Guinness menyenaraikan seekor kucing dari Texas, Creme Puff sebagai kucing paling tua dalam sejarah  kerana hidup selama 38 tahun dan 3 hari. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 23-11-2021 10:02 PM
Pegawai veterinar telah mengesahkan kucing itu berusia 26 tahun dan memiliki kesihatan yang baik.


cemana nk sahkan? any idea
Quote Thunderclouds 23-11-2021 10:12 PM
Alahai.. mata oyen dh bcataract ke tu?
Quote edayildiz 23-11-2021 10:16 PM
kucing oyen yg pakai sock mmg cerdik kan..teringat kt aruah kucing dulu..cerdikk wpn selalubsakit2 tp umo heshe pjg banding kuceng lain..
wah 26..kita mcm nak sebaya la ye oyen tp awk tua setahun kot
Quote CARI-MRO 24-11-2021 11:14 AM
Oregon – Seekor kucing di Oregon, Amerika Syarikat mungkin menerima gelaran kucing paling tua di dunia oleh Guinness World Records selepas pemiliknya mendapati ia sebenarnya berusia dua tahun lebih tua berbanding kucing yang memegang gelaran itu ketika ini, lapor agensi United Press International.


Charly Briggs berkata, rakan-rakannya mencadangkan supaya dia menghubungi Guinness World Records selepas mendapati kucingnya, Samm yang berusia 26 tahun itu mungkin merupakan kucing paling tua di dunia.


Foto: Clean Bowled




“Saya bertanya kepada Guinness dan mereka memaklumkan bahawa kucing paling tua di dunia ketika ini berusia 24 tahun.


“Saya kemudian memberitahu rakan-rakan-rakan di media sosial  bahawa Samm boleh memenangi gelaran kucing tertua di dunia kerana ia berusia 26 tahun,” katanya.


Menurut Briggs, Samm merupakan kucing jalanan yang ditemui di Memphis pada 2002 dan dibelanya.


Pegawai veterinar telah mengesahkan kucing itu berusia 26 tahun dan memiliki kesihatan yang baik.


Guinness menyenaraikan seekor kucing dari Texas, Creme Puff sebagai kucing paling tua dalam sejarah  kerana hidup selama 38 tahun dan 3 hari. – CARI


Sumber: Kosmo
Quote hyie 24-11-2021 11:24 AM
dah level uyut2 gittew larat pulak dia jalan2 lagi ye
Quote epal_putih 24-11-2021 11:45 AM
comel
oyennnnn
Quote tripleid 24-11-2021 12:33 PM
cianyaa..mata oyenn dah naik katarak
Quote missus_meow 24-11-2021 02:03 PM
panjang umo oyen ...
Quote ezacbee 24-11-2021 02:24 PM
Kucing aku umo 11thn pun asyik tido je. Badan dah gemok. Nak berjalan pun malas.
Quote Raline 24-11-2021 02:29 PM
ezacbee replied at 24-11-2021 02:24 PM
Kucing aku umo 11thn pun asyik tido je. Badan dah gemok. Nak berjalan pun malas.

dah ada la awak

[Dunia] Kucing berusia 26 tahun dipercayai kucing tertua di dunia
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 82&highlight=Kucing



Quote KIM.K 24-11-2021 02:30 PM
Aku suke komen kat fb2 grup kucing komen2 terencat. 'Dak oyeen..' 'Semekom' 'Somotnye muke'

Dah komen baru teringat ni fb bisnes aku. Dah berbulan tak post ape2
Quote KIM.K 24-11-2021 02:32 PM
Semoga keksam panjang umur..cukahamnidah
Quote kakikuDibibirmu 24-11-2021 02:32 PM
Like sikit:

like.jpg

like2.png
Quote gideoncross 24-11-2021 11:14 PM
KIM.K replied at 24-11-2021 02:30 PM
Aku suke komen kat fb2 grup kucing komen2 terencat. 'Dak oyeen..' 'Semekom' 'Somotnye muke'

Dah kom ...

Klau komen2 cmni utk kocheng2 mmg ngam tpi klau BBNU yg utarakn, slayaknya d maki brjemaah uol.
Quote Myhappyending 25-11-2021 02:01 AM
Omey angat ni

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2021 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.101534 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top