CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bakar Rumah Adik Sebab Tak Sokong Abang Sendiri Jadi Ketua Kampung

19-11-2021 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1168| Komen: 2

Description: Seorang anggota Perlindungan Masyarakat Desa Watumbelar di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur yang dikenali sebagai Niko membakar rumah seorang penduduk dalam satu kejadian semalam.
Seorang anggota Perlindungan Masyarakat Desa Watumbelar di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur yang dikenali sebagai Niko membakar rumah seorang penduduk dalam satu kejadian semalam.


Menurut polis, tindakan itu dilakukan kerana Niko berang mangsa tidak menyokong calon ketua kampung yang dicadangkannya untuk bertanding dalam pemilihan ketua baharu.


Kredit foto: Okezone

Selain itu, calon ketua kampung tersebut juga merupakan abang kandung mangsa.

“Berdasarkan soal siasat, Niko memberitahu dia berasa sakit hati selepas mangsa enggan menyokong calon ketua kampung yang dicadangkannya, sebaliknya menyokong calon lain.


“Mangsa juga dikatakan ‘melupakan pertalian keluarga’ kerana tidak menyokong abang sendiri,’ ujar jurucakap polis, Handrio Wicaksono.

Dalam pada itu, Handrio memaklumkan, polis masih menyiasat jika ada pihak lain terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, mangsa mengalami kerugian sekitar 40 juta rupiah (RM11,752) akibat kebakaran itu.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 22-11-2021 10:31 AM
indon dgn hati busuknya munafiknya mmg tak boleh pisah
Quote Artemesiaa 22-11-2021 10:39 AM
Jenis pentingkan diri mana difikirnya akibat pada saudara sendiri pada hal kalau adiknya sokong pun belum tentu boleh memang

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 06:52 AM GMT+8 , Processed in 1.216324 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top