CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Telefon Digodam, Hantar Mesej Ugut Undi PH Kalau Tak Nak Gambar Isteri Tular

19-11-2021 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1682| Komen: 4

Description: Pakatan Harapan (PH) mendakwa telefon bimbit dua calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang dan Rim serta seorang pengarah pilihan raya DUN Ayer Molek parti itu digodam pihak tertentu, semalam.
Pakatan Harapan (PH) mendakwa telefon bimbit dua calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang dan Rim serta seorang pengarah pilihan raya DUN Ayer Molek parti itu digodam pihak tertentu, semalam.


Ketua Unit Perundangan Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR, G Manivannan, mendakwa pihaknya menerima maklumat sekitar jam 3 petang semalam mengenai telefon bimbit calon PH di DUN Kelebang, Datuk Gue Teck; calon DUN Rim, Prasanth Kumar Brakasam dan Pengarah Pilihan Raya DUN Ayer Molek, Wan Mahadi Wan Hussein, digodam.


Kredit foto: Bernama

Penggodam dikesan menggunakan telefon bimbit ketiga-tiga mangsa untuk menghantar mesej berbaur ugutan kepada sejumlah pengundi kaum Cina untuk memaksa mereka mengundi PH.


Sehubungan itu, katanya, ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang dilihat bertujuan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pengundi kaum Cina terhadap PH menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.

"Ketiga-tiga mangsa hanya mengetahui insiden itu selepas ditegur penerima mesej. Beberapa penerima mesej, semuanya masyarakat Cina menerangkan mereka menerima satu mesej mengatakan jika tidak mengundi PH gambar peribadi isteri mereka akan ditularkan.

"Ketiga-tiga mangsa sudah membuat laporan polis dan kami mohon pihak berkuasa membuka kertas siasatan mengenai perkara itu.

"Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga diminta melakukan siasatan bersama dan mengambil tindakan yang segera," katanya pada sidang media secara maya, hari ini.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 20-11-2021 12:29 AM
Gambar bogel bini ke? Takziah atas ujian.
Quote kakikuDibibirmu 20-11-2021 12:33 AM
Haiya melah melah, selupa laya cina lorhhhh
Quote Firenzza 20-11-2021 11:53 AM
Camne penggodam blh dpt gmbr bugil bini pengundi? Sesatu sgt.....
Quote Supersirap 20-11-2021 08:39 PM
Janganlah sampai jadi begini, di mana sifat professionalism mereka ni

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.072866 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top