CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Dua Dentuman Sangat Kuat, Api Marak- Juruterbang Terbunuh Pesawat Terhempas

17-11-2021 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5466| Komen: 70

Description: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth, Selasa ...
Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth, Selasa malam.


Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

Sementara itu, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan mengalami kecederan berada dalam keadaan selamat dan stabil dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.


Foto: Bernama

Bunyi deruan pesawat yang luar daripada kebiasaan dan diikuti dengan dentuman kuat mengejutkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan Pangkalan TUDM di Butterworth, Selasa malam.


Peniaga, Mastura Mohammad Nordin, 44 berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.07 malam itu membuatkan dia meluru melihat apa yang berlaku di landasan Pangkalan TUDM yang tidak jauh dari gerainya di Kampung Benggali, Sungai Puyu, di Butterworth.

Menurutnya, selepas mendengar dentuman kuat sebanyak dua kali dia melihat pesawat terbakar di atas landasan.

"Saya memang dah biasa dengan bunyi pesawat tetapi kali ini memang lain.

"Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentuman sangat kuat sebelum melihat api marak ketika pesawat itu terhempas," katanya ketika ditemui media berhampiran lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua anggota yang terlibat dalam insiden itu.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan TUDM mengesahkan berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk MK108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth.

Dalam satu kenyataannya, TUDM berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.07 malam, Selasa.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, jenazah Mohamad AffendI sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 17-11-2021 12:22 AM
Quote R2D2 17-11-2021 12:23 AM
Quote sharlenetexas 17-11-2021 12:23 AM


[ig]https://www.instagram.com/p/CWV7xHYvmdO/?utm_medium=copy_link[/ig]

Quote leen_shaza 17-11-2021 12:47 AM
Ada video tak?

Al-Fatihah
Quote pyropura 17-11-2021 01:01 AM
Butterworth? Ni tempat radar yg.overlooked MH370 dulu kan?
Quote pyropura 17-11-2021 01:02 AM
Cemana boleh terbunuh? Ejector tak function ka? Sprm eloklah start jeling2 yer
Quote sharlenetexas 17-11-2021 02:32 AM


[ig]https://www.instagram.com/p/CWWJ6hEv-Pt/?utm_medium=copy_link[/ig]

Quote edayildiz 17-11-2021 02:35 AM
takziah..lama xde citer terhempas gini
Quote 3chanceno 17-11-2021 07:37 AM
Innalillah..takziah buat keluarga..semuga keluarga terima berita dengan reda..siasatan telus harap dijalankan
Quote MissYouSayang 17-11-2021 07:55 AM
Dah ckp dah.zaman bee end ni, anything can happen.petanda buruk.pesawat terhempas la,planet terhempas,hempas datang lagi..tibah...
Quote stingerwind 17-11-2021 07:55 AM
rebah sebelum berjuang.....

BOI and no cover up please....
Quote ctaz 17-11-2021 07:58 AM
baru je haritu tutup tender utk ganti pesawat ni...
emmm...patut takyah terbang dah
Quote takayama 17-11-2021 07:58 AM
Salam takziah buat family mangsa
Bila dgr berita ni awal pg terdetik juga agak lama x dgr kejadian seumpama ini, moga xde lg selps ini, kesian pd mangsa dan family
Quote CARI-MRO 17-11-2021 09:28 AM
Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth, Selasa malam.


Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas berkenaan.


Sementara itu, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan mengalami kecederan berada dalam keadaan selamat dan stabil dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.




Foto: Bernama




Bunyi deruan pesawat yang luar daripada kebiasaan dan diikuti dengan dentuman kuat mengejutkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan Pangkalan TUDM di Butterworth, Selasa malam.


Peniaga, Mastura Mohammad Nordin, 44 berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.07 malam itu membuatkan dia meluru melihat apa yang berlaku di landasan Pangkalan TUDM yang tidak jauh dari gerainya di Kampung Benggali, Sungai Puyu, di Butterworth.


Menurutnya, selepas mendengar dentuman kuat sebanyak dua kali dia melihat pesawat terbakar di atas landasan.


"Saya memang dah biasa dengan bunyi pesawat tetapi kali ini memang lain.


"Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentuman sangat kuat sebelum melihat api marak ketika pesawat itu terhempas," katanya ketika ditemui media berhampiran lokasi kejadian.


Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua anggota yang terlibat dalam insiden itu.


Terdahulu Sinar Harian melaporkan TUDM mengesahkan berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk MK108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth.


Dalam satu kenyataannya, TUDM berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.07 malam, Selasa.


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, jenazah Mohamad AffendI sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya. - CARI


Sumber: Sinar Harian
Quote prettyuglybabe 17-11-2021 09:33 AM
takziah... dah patut check dah jentera pertahanan kita ni..
Quote dudaberhias 17-11-2021 09:35 AM
Innalilah, takziah... Tengok gambar elok je pesawat tu nak mendarat, ada technical failure la tu atau hilang kawalan... Sekali bila pesawat terbakar memang habis agitteww
Quote sukacactus 17-11-2021 09:40 AM
Salam takziah kepada semua yg terkesan
Quote yayah8989 17-11-2021 09:41 AM
Salam takziah buat keluarga si mangsa
Quote Babai 17-11-2021 09:43 AM
dudaberhias replied at 17-11-2021 09:35 AM
Innalilah, takziah... Tengok gambar elok je pesawat tu nak mendarat, ada technical failure la tu ata ...

Kejadian waktu malam. Yang gambar kat atas tu gambar hiasan artikel, waktu siang.

Lihat semua komen(70)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.183412 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top