CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Puak Maori Larang Antivaksin Buat Tarian Haka

16-11-2021 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 827| Komen: 1

Description: Orang asli Maori yang terkenal dengan tarian haka ‘Ka Mate’ melarang golongan antivaksin daripada melakukan ritual tersebut ketika menyertai demonstrasi.
Orang asli Maori yang terkenal dengan tarian haka ‘Ka Mate’ melarang golongan antivaksin daripada melakukan ritual tersebut ketika menyertai demonstrasi.


Puak Ngati Toa diiktiraf dalam undang-undang New Zealand untuk melindungi kebudayaan serta sejarah haka Ka Mate, lapor AFP.

Ngati Toa mengutuk penggunaan haka Ka Mate untuk mempromosi mesej anti vaksin Covid-19.


Protes antivaksin di luar Parlimen di Wellington, New Zealand, minggu lepas.
Kredit foto: Hagen Hopkins/Getty Images

“Oleh hal yang demikian, kami melarang mana-mana penunjuk perasaan antivaksin melakukan ritual tersebut,” menurut kenyataan yang dikeluarkan puak tersebut.


Terdapat pelbagai gerakan tarian haka Maori, namun Ka Mate yang sering dilakukan oleh pasukan ragbi All Blacks merupakan paling popular.

Tarian Haka juga sering dilakukan ketika majlis perkahwinan dan pengebumian masyarakat di negara ini.

Ka Mate diasaskan pahlawan Maori iaitu Te Rauparaha sekitar 1820-an bagi meraikan kejayaannya melepaskan diri dari kumpulan musuh.

Pada 2014, Parlimen New Zealand meluluskan undang-undang yang mengiktiraf Ngati Toa sebagai ‘penjaga haka’. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 16-11-2021 02:27 PM
“Many of our tupuna lost their lives in previous pandemics and our iwi suffered greatly. We are absolutely clear that the Covid-19 vaccine is the best protection we have available to us and we are committed to supporting our whānau to get vaccinated as soon as possible.

“As the descendents of Te Rauparaha, we insist that protestors stop using our taonga immediately. We do not support their position and we do not want our tupuna or our iwi associated with their messages.”
-----
Oh kira macam antivaks kat malaysia ni jugak lah ye, tapi kat malaysia ni religion riders....

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-5-2022 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070211 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top