CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Cemas Rambut Kanak-kanak Terbakar Lepas Tiup Lilin Kek 'Birthday'

9-11-2021 07:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 764| Komen: 0

Description: Sebuah majlis hari jadi bertukar menjadi detik mencemaskan apabila api daripada lilin yang ditiup terkena bahagian rambut kanak-kanak.
Sebuah majlis hari jadi bertukar menjadi detik mencemaskan apabila api daripada lilin yang ditiup terkena bahagian rambut kanak-kanak.

Lapor Daily Mail, pihak ambulans St. John bergegas ke kawasan kejiranan Darwin petang semalam dan merawat mangsa yang mengalami kecederaan kecil.


Gambar hiasan

Pengurus Operasi St. John, Craig Garraway berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu meniup lilin yang terdapat pada kek sebelum api menyambar rambutnya.

“Ia hanya melibatkan kebakaran kecil di bahagian kulit kepala dan mangsa berada dalam keadaan baik.


“Mangsa masih meneruskan sambutan ulang tahun kelahiran sehingga parti selesai,” katanya.

Oleh itu, Garraway memberi peringatan kepada ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya kepada kanak-kanak kerana lilin boleh menjadi berbahaya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.067055 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top