CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Lihat artikel

"Dia Tak Pernah Menunjuk Kaya", TokTi Curi Perhatian Pakai Jam Tangan RM1 Juta

9-11-2021 02:04 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 16786| Komen: 261

Description: Kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, di pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada malam Ahad mencuri perhatian ramai apabila memakai jam tangan mewah diangga ...



Kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada malam Ahad mencuri perhatian ramai apabila memakai jam tangan mewah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Menerusi perkongsian sebuah video di platform TikTok, seorang wargamaya berkongsi momen Datuk Siti atau mesra disapa TokTi menghadiri pertunjukan fesyen rekaan Rizman Ruzaini dengan memakai jam tangan mewah berjenama Richard Mille.

Di minit 21 saat, TokTi melambai pada kamera yang sedang merakam video dan jelas kelihatan jam mewah bertatahkan berlian ditangan kanannya.

Untuk info, jam tangan mewah buatan Swiss itu hanya dipakai oleh orang kenamaan dan selebriti ternama antarabangsa sahaja kerana harganya sangat mahal. Antara selebriti yang pernah memakai jam ini adalah seperti Cristiano Ronaldo, Ed Sheeran, Jackie Chan, Kylie Jenner dan ramai lagi.


Rata-rata wargamaya memuji penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu yang sentiasa merendah diri biarpun bergelar jutawan, malah dikatakan isteri Dato' Sri Khalid bin Mohamad Jiwa itu tidak pernah menunjuk dan riak dengan kekayaannya.


Kredit : Gempak


Memetik mStar, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang kini bergelar usahawan, Iqbal Zulkefli turut meninggalkan komen di video itu hingga menarik pelbagai reaksi wargamaya.

"Datuk Seri Siti memang sudah lama pakai jam yang harga ratusan dan juta ringgit. Ini antara brand kegemaran saya," ujarnya.

Kredit : mStar

Hasil kajian, jam tangan mewah yang dipakai TokTi pernah tular di Twitter sekitar tahun 2019 lagi.

Kredit : TheVocket

Memang betul-betul kaya dan sangat "humble" TokTi hinggakan peminat pula yang "sibuk selidik harga" barangan mewah yang di pakai olehnya. Ini baru betul-betul kaya giler kan! - CARI



1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aduh2sayang 9-11-2021 02:28 AM
tak hairan pun dia pakai brang mewah juta-juta sebab dulu tak silap dia pernah tersenarai wanita ketiga terkaya di Malaysia kan. kebanyakan orang yg betul2 kaya memang low profile je melainkan baru nak start kaya
Quote BungaTepiMeja 9-11-2021 02:45 AM
aduh2sayang: tak hairan pun dia pakai brang ...


Kalau perasan.. Orang yang selalu show off ni mostly yang jual produk atau MLM dan nak tarik orang jadi downlink stokis agen etc dia
Quote Normabaru 9-11-2021 03:45 AM
Sian betul kaka tgk netz n zoners yang dok kira apa rentis tu pki.. Ptt ko dh nmpk mcm tu.. Ko toksah dh la beli produk2 timbang kati depa uiii.. Ni x.. Semua ko nk beli.. Atas faktor minat.. Konon tanda support.. Walhal dia makin kaya tp ko makin kayap..hehe
Quote jari10 9-11-2021 04:23 AM
BungaTepiMeja replied at 9-11-2021 02:45 AM
Kalau perasan.. Orang yang selalu show off ni mostly yang jual produk atau MLM dan nak tarik orang ...

Tau takpe..mmg itupun MO dorang. Hahaha simpan je dalam hati walau rasa nak kecam. Tak menayang katanya tapi netizen yg sebok tanya harga
Quote musangbodoh 9-11-2021 04:52 AM
produk langkawi lh...timbang gram pun laku keras
Quote cikperiukkera 9-11-2021 07:02 AM
Siti nurhaliza kotttt? Kalau ciki rempit bohsia mendosa tu harusla di who areyusssss sajorkkkkk
Quote chazey 9-11-2021 07:02 AM
Normabaru replied at 9-11-2021 03:45 AM
Sian betul kaka tgk netz n zoners yang dok kira apa rentis tu pki.. Ptt ko dh nmpk mcm tu.. Ko toksa ...

Aiol tak minat Siti, Kaka Norma tapi produk SimplySiti sheol ai beli karna good quality yach. Setanding Loreal gitu. Even better ai ghasa karna produk sheol tu dibuat di Korea so seswai banget dengan ummah nusantara. Bila hada sale mur2 di Shopi musti ai beli.
Quote kitmal 9-11-2021 07:15 AM
oklah tu..................tapi bab rampas laki orang..........dia tak tunjuk juga
Quote Piramida 9-11-2021 07:31 AM
Milik pemenat2 dia juga.. yg bagi dia harta dok beli product2.. dok sapot . so adalah saham sikit dlm jam tu hihi
Quote sarah_ary2 9-11-2021 07:35 AM
chazey replied at 9-11-2021 07:02 AM
Aiol tak minat Siti, Kaka Norma tapi produk SimplySiti sheol ai beli karna good quality yach. Seta ...

Ai suka sgt lipstick Argan SimplyCT jenis x kering best pulak product dia ni
Quote makton 9-11-2021 07:35 AM
kitmal replied at 9-11-2021 07:15 AM
oklah tu..................tapi bab rampas laki orang..........dia tak tunjuk juga

hahahah                         
Quote mojarean_X 9-11-2021 07:44 AM
Semoga Rita menumpukan perniagaan minyak wangi crush, product skinglo dan juga sos terer seterusnya menjadi usahawan berjaya spt Siti. Amin...
Quote asfaz 9-11-2021 07:56 AM
mojarean_X replied at 9-11-2021 07:44 AM
Semoga Rita menumpukan perniagaan minyak wangi crush, product skinglo dan juga sos terer seterusnya  ...

Siti mulut tak celupar macam acik rita kau
Quote Normabaru 9-11-2021 08:20 AM
chazey replied at 9-11-2021 09:02 AM
Aiol tak minat Siti, Kaka Norma tapi produk SimplySiti sheol ai beli karna good quality yach. Seta ...

oh kaka maksudkan produk timbang kilo dia yang hat ber ejen2 bagai mcm beausiti tu.. Ntah apa dlm ntah.. Xpernah dgr org kata bagus. Yang simplysiti ni circle kaka norma pon ramai pakai.. Benda masuk farmasi semua ni lepas means ada quality la.. Unlike product jah, air pisang nk masuk big stores pon xlepas hujung2 dikambus si duda
Quote wadiunong 9-11-2021 08:26 AM
chazey replied at 9-11-2021 07:02 AM
Aiol tak minat Siti, Kaka Norma tapi produk SimplySiti sheol ai beli karna good quality yach. Seta ...

iols pulak terbalik kaka. produk2 krim muka dari Korea iols tak boleh. pernah beli krim muka simplyct ni, iols alergik. iols sesuai produk barat sajork
Quote mojarean_X 9-11-2021 08:35 AM
asfaz replied at 9-11-2021 07:56 AM
Siti mulut tak celupar macam acik rita kau

Baiklah
Quote umbut 9-11-2021 08:45 AM
chazey replied at 9-11-2021 07:02 AM
Aiol tak minat Siti, Kaka Norma tapi produk SimplySiti sheol ai beli karna good quality yach. Seta ...

Betul.. Pernah beli foundation 5 in 1 dolu2. Best.. Tapi cari lagi dah x jumpa. Lipstick dia pun quality. Acik gomen pun ac kwsp juta2 lagikan mak iti yg kerja dari umur 16 diva. Mau cecah bilion
Quote annehuda 9-11-2021 08:51 AM
korang mesti dah lupa kan siti memerli rakyat marhaen ni dengki pasal dia buat majlis akikah time pkp tu
Quote missHaidiD 9-11-2021 08:55 AM
mojarean_X replied at 9-11-2021 07:44 AM
Semoga Rita menumpukan perniagaan minyak wangi crush, product skinglo dan juga sos terer seterusnya  ...

Acik royani itu suka cari gaduh dgn netizen..ada je isu tak reti dok diam .

Lihat semua komen(261)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.076883 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top