CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Brader Ini Kongsi Tip Cara Bezakan Restoran Mamak Muslim Dan Hindu

8-11-2021 05:45 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9441| Komen: 103

Description: Restoran mamak sememangnya sudah sebati dengan rakyat Malaysia kerana boleh didapati di merata tempat terutamanya di pantai barat dan utara Malaysia.



Restoran mamak sememangnya sudah sebati dengan rakyat Malaysia kerana boleh didapati di merata tempat terutamanya di pantai barat dan utara Malaysia.

Budaya melepak di restoran mamak sudah menjadi kebiasaan buat semua golongan umur tanpa mengira kaum dan agama. Selain lepak untuk berborak kosong berbau politik, menonton perlawanan bola sepak di restoran mamak sehingga larut malam juga adalah satu kebiasaan buat kebanyakkan rakyat Malaysia yang tinggal di bandar.

Gambar sekadar hiasan



Menu paling menjadi pilihan utama kalau lepak mamak adalah roti canai, teh tarik dan nasi kandar. Namun sebut saja mengenai makanan pasti ramai di kalangan pengunjung Muslim yang ragu-ragu atau takut tersalah pilih restoran mamak "palsu" yang sudah pasti status Halal makanan yang disediakan juga adalah diragui.

Untuk mengelakkan kekeliruan itu, seorang lelaki terpanggil berkongsi panduan bagaimana untuk membezakan restoran mamak Muslim dan Hindu.

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian oleh Afyan Mat Rawi di laman sosial Facebook miliknya, ada 6 cara untuk mengenalpasti restoran mamak Muslim atau mamak Hindu.

1. Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali. Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.
Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran Mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai hindu walaupun beliau Muslim.
Terkejut beruk saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali.
Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim.
Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran Mamak.
Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran Mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain.
Jangan risau, ada cara lain.
2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.
Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.
Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.
Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran Mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.
3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”.
Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.
Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Saya pernah beberapa kali menggunakan "test" cara ini dan dapati ada juga restoran Mamak Muslim yang mengambil pekerja pekerja dari kalangan Hindu.
Ada sesetengah restoran Mamak yang famous tapi pekerja mereka gagal apabila saya gunakan "test" ini. Terus saya angkat kaki jika pekerjanya gagal jawab salam. Pada saya, ia agak mengecewakan kerana sepatutnya restoran dengan imej Muslim, sepatutnya mengambil pekerja Muslim sahaja.
Cara ini paling ampuh berbanding cara-cara lain. Mustahil orang Islam tak boleh jawab salam. Kalau nak lebih dramatik, test bacaan surah al-fatihah. Saya pernah test ke atas seorang peminta sedekah selepas solat Jumaat, dan terketar-ketar akhirnya apabila mengaku bukan Islam.
Saya ulangi, isunya ialah bukan kepada restoran Muslim menggunakan pekerja Muslim. Isunya ialah orang Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Tidak kira sama ada tauke atau pekerja.
4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.
Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak akan ada.
5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya.
Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
6. Boleh juga semak nama restoran dengan website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA). Klik https://www.presma.com.my/info/senarai-ahli/
Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran Mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara. Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran Mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.
Pagi tadi saya pusing-pusing sekitar Sri Gombak dan Prima Gombak, dan inilah hasilnya. Restoran Mamak dibuka dan meriah. Restoran yang saya sudah tahu memang dimiliki oleh Hindu, memang tutup sebagaimana dijangka. Tapi ada juga beberapa restoran Mamak Muslim yang tutup. Kenapa tutup? Wallahua'lam, hanya pemiliknya sahaja yang tahu.
Sebenarnya bukan isu halal haram yang saya ingin highlightkan. Tapi isu Hindu yang mengelirukan dan menyamar sebagai Muslim. Pekerja Hindu tapi dipakaikan kopiah supaya nampak macam orang Islam.
Jika dia Hindu dan tidak mengelirukan pelanggan Muslim, dan pelanggan yakin ia halal, tiada masalah di situ. Cuma saya akan elakkan jika tahu begitu.
Sebenarnya posting seumpama ini, pernah saya kongsikan beberapa tahun lalu, juga ketika cuti Deepavali.
Pagi tadi kebetulan hantar anak sekolah, pusing-pusing kawasan sekitar ini. Sekolah anak saya tak cuti ketika Deepavali, maka saya pun tak cuti juga. Huhu...
Masa buat aktiviti ini tadi, saya baru perasan beberapa perkara;
1. Banyak betul restoran Mamak di sini. Rasanya kedai makan Melayu pun tak sebanyak ini.
2. Restoran Mamak majoritinya berada corner lot atau paling kurang end lot. Susah nak cari kedai Melayu yang berkedudukan strategik sebegini.
3. Nama restoran Mamak memang simple. Selalunya ada perkataan Arab (Thaqwa, Berkat, Haji, Al-Azhaar, Abdullah, Al) atau ada perkataan “Maju” atau kedua-duanya.
4. Awal-awal pagi dah buka. Mungkin juga sebab 24 jam.
5. Kebanyakan masa di restoran Mamak sentiasa ramai orang. Apa rahsia mereka?

Apa kata anda pula ambil gambar-gambar restoran Mamak di sekitar kawasan anda, hari ini dan kongsikan?

Loading FB Post...

DISCLAIMER: Ini adalah panduan umum kebetulan ketika cuti Deepavali. Gunakan kesemua cara yang dikongsikan untuk memilih restoran Mamak Muslim. Apabila ditutup pada hari Deepavali, bukanlah secara automatik ia adalah restoran Mamak palsu. Hanya owner restoran sahaja yang tahu kenapa ia ditutup. Jika hari lain ia dibuka dan para pekerjanya memang lulus "test" Assalamualaikum tadi, kemudian namanya ada dalam direktori PRESMA, insya Allah Mamak Muslim. Wallahua'lam. Afyan Mat Rawi Susulan posting ini, ada yang tuduh saya rasis. Mungkin baru kenal saya melalui posting ini. Saya bukan kali pertama bongkar penipuan sebegini rupa. Dah banyak kali dah saya bongkar kes scammer Melayu Muslim. Juga saya bongkar kes penipuan dalam pemasaran takaful, unit trust, private mandate, ASB Financing yang rata-rata dipelopori oleh orang Melayu Islam.

Untuk info, kes restoran mamak bukan Muslim yang menyamar restoran mamak Muslim juga bukanlah perkara baru kerana sudah banyak berjaya dibongkar sebelum ini. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 8-11-2021 05:53 PM
Restaurant Thai ke kopitiam tu pun Sila lah waspada status halal mereka
Quote Skuau 8-11-2021 06:24 PM
tauke cina...kedai makan pekerja letak indon,bangla,canna...pulok???
Quote _blackbird 8-11-2021 06:34 PM
alamak.. benda ni mmg dah lama lah. betul apa yg ko ckp tu bukan stakat mamak je tomyam, kopitiam dan juga hispter cafe. ada mamak siap cina lagi owner nya. hihihi
Quote Normabaru 8-11-2021 06:35 PM
kaka yang yakin..hajris cheras tu ok..pelita jln ampang ok..mydina ok..dorg ni taim raya eid pon bukak..so tips raya tu xblh pki sgt....

yg nz corner tepi wisma dredging tu owner muslim tp pekerja krik2..kaka pernah tgkp sekor staff dia dr india mari xpuasa..dia kata dia hindu.l

dlm apps food delivery…byk kedai xde tanda halal..so tgkla part daging tu..klu tulis mutton manjang elakkn order laaa…

kedai ereb2 tp syiah pon sama..yg dok taim raya buka kt FD tu mmg kaka pangkah awal2 xmo beli dah la..hehe
Quote Decaffeinated 8-11-2021 06:43 PM
yang dah kaki mamak tu ko katalah itu kedai hindu apa dia kesah

tapi jgn kedai cina walau bersih berkilat all vegetarian pun ummah tetap was2

Quote chazey 8-11-2021 06:45 PM
Tapi...Kari karipuley kedai Hindu original sedap dek. Dia rasa macam mamak Pineng punya cara masak.
Quote Trumpettt 8-11-2021 07:03 PM
Ni baru mamak...actually ada kedai mkn nasi campur yg jaga staff melayu tokey non muslim..
Quote edayildiz 8-11-2021 07:15 PM
i mkn kedai chinese yg vege blh jer kan..
kedai mamak xberapa minat sgt masakan dorg..kalau pergi pun sbb nk jaga hati kwn..i order air jela..
Quote edayildiz 8-11-2021 07:17 PM
i selalu nak tau halal ke tak..weols tgk la custoner bertudung meleis ada ke tidak..tu jer penanda aras..mcm sakae sushi dlm gamuda tu ada org ckp xhalal..tp i tgk ramai jah meleis bertudung masuk..i rasa halal la kan
Quote Rogue98 8-11-2021 07:23 PM
Lagi satu kalau nampak kedai gantung ayat suci AlQuran tu...test suh diaorang baca..tengok boleh ke tak...takkan dah gantung tak tau baca pulak kan.
Quote anakjiran 8-11-2021 07:25 PM
edayildiz: i selalu nak tau halal ke tak. ...

Lepas tu dorang pun sama macam ko jugak sis.. Tengok ada yg bertudung ke tak walaupun restoran serve arak free pork?  
Quote Firenzza 8-11-2021 07:31 PM
No pork no lard
Quote STONER 8-11-2021 07:33 PM
Ni betul dek.abang peratikan je ummah hijabista pakai i phone bayar ansuran ikat 3 tahun rilek jah lepak restoran terkemuka free pork teda logo halal pun, staff semua pekerja nepal ke myanmar pakai kemeja ala2 bartender
Quote makneng 8-11-2021 08:05 PM
Dah duduk desa ni.. Rindu Ali maju.. Tapi baru jap cek nama Ali maju kat link tu.. Takde.. Apakahhh
Quote Suchi 8-11-2021 08:08 PM
Bersepah kedai yg tak ketahuan halal ummah muslim duk melantak.
Terutama cafe hipster tu alasan dorang tgh memohon sijil halal tp mmg semua bahan dorang halal katanya.
Ntahlaaa sedangkan acik jual sik lemak tepi jln pun xde sijil halal ye dop.
Mmglaa dia tak wat sambal tumis babi, tp rupa dapur dia korang pun tak tau cemana.
Dia masak pakai baju ke atau berkemban?
Rambut bertutup tak? eh byk lagi laa nak sebut kang sendiri kembang tekak plak.
Quote makita 8-11-2021 08:27 PM
Kat area sini ada kedai mamak yg ada tempat sembahyang cina kotak merah tu blkg kedau. Meols balik dari gym pukul 11.30pagi setiap hari mesti ternampak India ni pi sembah tokong tu. Tp kedai tu x lama tutup. Sampai skrg dah dekat 5 tahun tak bukak2. Kedai tu depan soping komplek..laluan kereta nak keluar dari situ. So mmg bole nampak la laluan blkg kedai tu ada tokong
Quote epal_putih 8-11-2021 08:36 PM
Kena lebih peka
Yala benda nak masuk perut
Jadi darah daging
Quote Mulotkoyak 8-11-2021 09:00 PM
Lepas ni suh kerajaan plak buat barcode spesel utk restoran muslim. Alang2 dah ade my sejahtera tu kan. Keluarkan sekali name pemilik bangunan dan restoran. So xsusah la kita ni nk meragui benda cmni. Betol x?  Lg satu bile nk order scan siap pelayan tuh... Jgn scan mata uols... Kih3. So idea iols ni bernas ke tidak uols semua???  Cpt komen ckit. Jgn lupe tag iols skali.
Quote dudaberhias 8-11-2021 09:08 PM
Restoran mamak yindu ke yuddist ke islam ke bukan lah yang iolss tumpukan.. tapi makanan tu halal ke idokkk itu jah... Takat mamak islam masak ujung2 rhoperrrnyaaa daging tak sembelih dikkk lepastu bulu2 tangan dan peluh masuk dalam tu

Macam pizza hut ke apa tu ada je pekerja semua non muslim, tapi semua ikut procedure halalan toyyiban..

Lihat semua komen(103)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073906 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top