CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Fadzil Teh Mohon Maaf Nama Farah Ahmad Tercicir

8-11-2021 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4015| Komen: 22

Description: Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh memohon maaf kepada pelakon Farah Ahmad dan juga ibu mentuanya, Fauziah Nawi di atas insiden nama pelakon itu tiada di dalam 'credit title' drama Tahyul yang disia ...
Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh memohon maaf kepada pelakon Farah Ahmad dan juga ibu mentuanya, Fauziah Nawi di atas insiden nama pelakon itu tiada di dalam 'credit title' drama Tahyul yang disiarkan TV3, baru-baru ini.


Farah yang melakonkan 'watak kecil' sebagai Nyai Eseh dalam karya itu berasa kesal apabila nama dan karekternya tidak dimasukkan ke dalam 'credit title' bersama barisan pelakon lain.


Kredit foto: IG Farah & Fadzil

Dalam hantaran lain, Fadzil berkata dia selalu akan mengingatkan editor (pengarang) 'credit title' agar nama, pangkat, jawatan, watak itu penting. Jangan pandang remeh. Pratonton sebelum disiarkan stesen TV.


Terdahulu, menerusi perkongsian di laman sosial, Farah seakan kesal dan merasakan hasil kerjanya tidak dihargai apabila namanya tiada di dalam senarai nama pelakon drama Tahyul yang dibintangi itu.





Farah berkata dia seorang yang sangat menghargai hasil kerjanya dan tidak sambil lewa atau main-main dalam berseni.

Menurut Farah, bagi orang lain mungkin senang tapi bukan pada dirinya untuk bersedia walau sebagai watak tambahan lagi-lagi di saat akhir dan bahasanya juga lain.



Perkongsian dibuat Farah berkenaan turut mendapat perhatian pelakon Fauziah Nawi yang menyokong tindakan menantunya itu dan meminta Farah terus memantapkan aksi lakonan dipersembahkan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aikiko 8-11-2021 04:45 PM
Sape tgok citer ni??

Ada kak jee jadik jahat, menjadi jugak eh wataknya

Geramm jer...
Quote minah_selekeh 8-11-2021 06:14 PM
Tak tengok pun cerita ni.. Tapi tak patut la orang buat kerja tak dapat kredit. Sedih pulak bila fikir kita nak claim credit pun nak kena mintak maaf dulu sebab takut orang pikir kita overreact.
Quote markonahlah 8-11-2021 06:22 PM
Kesian Farah, kalau dia tak bring up kat IG, production buat bodoh
Quote CiliPadiSedap 8-11-2021 08:18 PM
kaka tengok netflix jee. tak main lah drama korea
Quote makneng 8-11-2021 08:24 PM
Perempuan kebaya merah yg jumpa nyai eseh tu lakonan Jee ke? Puas mak telek mukA dia Tp x kenal siapa
Quote fealefea 8-11-2021 09:17 PM
Lakonan che ta yg kunyah chewing gum tapi cam kunyah sirih jugak yg dihighlightnya. Dasarkan pilih kabel.
Quote addamnor 8-11-2021 09:40 PM
makneng replied at 8-11-2021 08:24 PM
Perempuan kebaya merah yg jumpa nyai eseh tu lakonan Jee ke? Puas mak telek mukA dia Tp x kenal siap ...

Fauziah latiff sangat muka nya.. lately ternampak dalam dua drama dah termasuk yang ini.
Quote dudaberhias 8-11-2021 09:45 PM
cerita pasal apa ni??? btw farah tu macam tak sesuai jadi nyaii sebab wajah sheolss very the bajau laut ikan masin sabah.. bukan jowo teemor era2 yindu majapahit....
Quote makadek 8-11-2021 09:54 PM
dudaberhias replied at 8-11-2021 09:45 PM
cerita pasal apa ni??? btw farah tu macam tak sesuai jadi nyaii sebab wajah sheolss very the bajau l ...

Wajah dia exotic memula tk lawa tp bila tgk rupa dia unik... Sesuai jd pelakon org asli..muka paling hodoh yg pernah aku tgk kt alam maya ni si shrek and his twin sister sikit lg nk sama mcm kt sepilok
Quote Aikiko 8-11-2021 09:55 PM
makneng replied at 8-11-2021 08:24 PM
Perempuan kebaya merah yg jumpa nyai eseh tu lakonan Jee ke? Puas mak telek mukA dia Tp x kenal siap ...

Yelah mak...cantik sheols banding nek ta

Nampak kertu sangat even lam tv padehal realitinya kak jee lagi senior kan
Quote makneng 9-11-2021 08:43 AM
Aikiko replied at 8-11-2021 09:55 PM
Yelah mak...cantik sheols banding nek ta

Nampak kertu sangat even lam tv padehal realitinya kak j ...

Itulah pasei.. Punyalah mak menilik sape pompuan ni... Sheolls mmg lawa berbanding cheta sedari muda lagi.
Quote makneng 9-11-2021 08:46 AM
addamnor replied at 8-11-2021 09:40 PM
Fauziah latiff sangat muka nya.. lately ternampak dalam dua drama dah termasuk yang ini.

Tak cam uolls. Maafin mak.  Wah ada demand dia berlakon ya. Oklah tapi jgn berlakon dgn si danish lagi.. Kosser..
Quote balakkampung 9-11-2021 08:55 AM
aku jujur dah lama tak tengok drama tv3..tapi camna hari tu terbukak tv ada drama ni..serius aku cakap..aku terkesima dengan lakonan fauziah latiff...sangat2 mantap..tak kusangka kak jee yg lemah lembut tu boleh bawak watak jahat camni..lakonan dia bukan main2...penghayatan watak dan lontaran dialog dia superb...ira ni pon walau muncul sekejap tapi lakonan terbaik...aku dari dulu paling anti nak tgk cerita seram..sebab kebanyakkan nya bukan seram tapi geli..tapi drama ni aku boleh layan..siap ulang lagi tgk kat youtube..
terus aku melekat tak sabar nak tunggu tiap episod..dah habis malam tadi episod last.
Quote cikatilia 9-11-2021 09:43 AM
personally aku sgt suka farah ni
karakter dia strong tegas... and sempoi2 aje
Quote prince_marhaen 9-11-2021 12:05 PM
Sian Farah, walaupun nampak sipi-sipi je, tapi lakonan dia lagi berkesan daripada CheTom feeling jadi detektif tap pakaian feeling pergi oversea ye bertukar ganti trench jacket, dengan bulu mata pelesu berlapis...jauh bertiang tinggal dengan Fauziah Latiff yang cantik gila tu, Kak Jee berlakon pun mantap gila... bebudak lain tu of course kayu kayan lah..
Quote kechikchomel 9-11-2021 12:21 PM
fav. mak iolss ni. tetiap malam tengok. kalau hari isnin tu, iolss tgh tgk jirisan, sebelum pukul 10 mak iolss dah warning. pukul 10 buka tv3!!!
Quote mamajawie 9-11-2021 12:54 PM
makadek replied at 8-11-2021 09:54 PM
Wajah dia exotic memula tk lawa tp bila tgk rupa dia unik... Sesuai jd pelakon org asli..muka pali ...

dia kan penah pegang watak mak orang asli drama bulan 8 ri tu..lead hero ben amir citer Anak Sena

Quote watie79 9-11-2021 12:57 PM
CiliPadiSedap replied at 8-11-2021 08:18 PM
kaka tengok netflix jee. tak main lah drama korea

Gimme Five..drama melayu apa la ni pon ai taktau
Quote jijilaaa 9-11-2021 05:16 PM
aku pun suka hasil karya dia, dia tak banyak berlakon tp once dia berlakon mmg watak dia tu ada impact gitu...benda mcm ni tak semua pelakon ada tau. certain2 je boleh jadi gitu, and mostly diaorg ni tak de la jambu, putih, lawa mana...muka mcm2 kita je

Lihat semua komen(22)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 10:00 PM GMT+8 , Processed in 4.052053 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top