CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mati Lepas Sedut Lemak

8-11-2021 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2680| Komen: 18

Description: Seorang wanita dari United Kingdom (UK) meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani pembedahan sedut lemak di Istanbul, Turki.
Seorang wanita dari United Kingdom (UK) meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani pembedahan sedut lemak di Istanbul, Turki.

Diarra Akua Eunice Brown, 28, dilaporkan ke Istanbul pada Oktober lalu untuk melakukan pembedahan itu.

Bagaimanapun beberapa hari selepas selesai pembedahan itu yang pada mulanya dianggap berjaya, Brown tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia.


Kredit foto: Newsflash

Diarra Akua Eunice Brown, 28,meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani pembedahan sedut lemak di Istanbul, Turki. - Foto Google



Keluarga dan kenalannya menzahirkan penghormatan terakhir melalui media sosial, yang antaranya menyatakan, 'Ini umpama mimpi, masih sukar untuk mempercayainya'.

Seorang lagi kenalan mangsa juga menulis coretan, 'Saya pasti akan rindukan awak. Saya terkilan awak pergi sebelum masanya'.

Laman sesawang Turki, Sabah, melaporkan pakar bedah plastik yang bertanggungjawab melakukan pembedahan hanya dikenali dengan sebagai SGB, dikatakan ada membersihkan luka selepas pembedahan, beberapa hari sebelum kematiannya.

SGB dilaporkan sudah ditahan polis dan kertas siasatan dibuka berkaitan kematian itu.

Bedah siasat juga sudah dijalankan, namun keputusannya belum didedahkan kepada umum.

Laman berita Haberler melaporkan SGB 'tidak tahu menahu' di sebalik kematian mengejut Brown.

Selepas bedah siasatan, mayat Brown dihantar pulang ke UK untuk dikebumikan. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 8-11-2021 07:59 PM
last year ada dua org kan laki..dia buat  kt turki jgk..teringin jgk nk sedut lemak sekilo dua..tp smlm beli baju..bila try kebetulan kot size kecik satu size drp biasabrt taode pulak turun
Quote noor2 8-11-2021 08:02 PM
Badan x de la gemok...lain la obes lebih 100kg..
Quote sambaldurian 8-11-2021 08:07 PM
turki ni kira port murah utk plastic surgery bg org2 uk. nasib la dpt x elok punya. aritu ada org uk buat tanam rambut, jd menggerutu pulak kulit kepala, seriau pulak tgk kepala org tu.
Quote tikusmontok 8-11-2021 08:44 PM
sambaldurian replied at 8-11-2021 08:07 PM
turki ni kira port murah utk plastic surgery bg org2 uk. nasib la dpt x elok punya. aritu ada org uk ...

Patut la ada yg kemaruk nak berlaki turki...sana sedut lelemak babat murah rupa2nya.
Quote sambaldurian 9-11-2021 07:06 AM
tikusmontok replied at 8-11-2021 08:44 PM
Patut la ada yg kemaruk nak berlaki turki...sana sedut lelemak babat murah rupa2nya.

murah la kot, org kata currency rate Msia hampir sama dgn duit turki, so klu rs2 nk ber'europe' , main salji, pki sweater, g jln2 turki. org kata la.
Quote Rdizz 9-11-2021 09:04 AM
Duit turki Lira masa 2018 RM1 = lira 1.40 kalau x silap, lupa dah, tapi syok shopping kat grand bazar dan 1 lagi bazar yg famous tu, bersih dan teratur, org turki pun suka org msia, ada terjumpa yg boleh ckp melayu sorang seller tu.
Quote ninja9 9-11-2021 09:08 AM
bahasa turki, sabah = pagi
Quote TomyamPuteh 9-11-2021 09:39 AM
Yg cucuk hidung pulak?
Quote MsOren 9-11-2021 09:57 AM
@sarah82 ko hati2 kalo nak seduttt lemakkk, better takya acik rina harun
Quote Artemesiaa 9-11-2021 01:31 PM
Rdizz replied at 9-11-2021 09:04 AM
Duit turki Lira masa 2018 RM1 = lira 1.40 kalau x silap, lupa dah, tapi syok shopping kat grand baza ...

Kena hati2 soping area bazzar tu ada kes kena scame juga dilapurkan dulu.  Ada yang pandai berbahasa melayu sebab dulu mereka ramai di sini berniaga balik sana semula jumpa orang Malaysia mudah mereka berkomunikasi.
Quote Artemesiaa 9-11-2021 01:33 PM
Dapatkan khidmat dari mereka yang benar2 bertauliah jangan hanya padang pada harganya silap langkah nyawa sendiri yang melayang.
Quote makadek 9-11-2021 02:04 PM
Kat melesie tanah air tercinta negara tk berapa nk stabil mana law dia
Terlebey lebey lemak sampey mati ke diri
Quote jijilaaa 9-11-2021 05:19 PM
kat tiktok ada org promote telan bebola air tu. besar tau bola tu. masa telan dia kecik je..lepas telan dia mengembung dalam badan...bertahan dalam perut selama 4 bulan. after 4 bulan belon tu pecah sendiri...giler la sapa2 yang berani telan tu
Quote merrissa 9-11-2021 06:06 PM
awat aku terbaca title dia mati sedut siput sedut masak lemak...AHAHAHA

laamanyaaa x makann rindu plak
Quote Tinot7 9-11-2021 06:13 PM
takziah kpd keluarga..
nih bkn kes pertama... ramai jahh nak jadik kuyus dgn cara mudah tapi tak sedar yg exercise, eat healthy dsb lagi selamat..
minah nih bknnya ada byk lemak utk disedut.. dia meninggal sbb apa yach? fat embolus ke apa?
Quote Decaffeinated 9-11-2021 07:54 PM
sambaldurian replied at 9-11-2021 07:06 AM
murah la kot, org kata currency rate Msia hampir sama dgn duit turki, so klu rs2 nk ber'europe' ,  ...

untuk kaji affordability tak boleh cuma tengok exchange rate sahaja tapi tengok juga how far that much money goes.

saya ke Istanbul pada 2017. Masa tu secawan kopi turki dgn sepotong kuih dan segelas air tawar berharga 17 Lira ~ RM21. Mahal ka murah?


Quote sambaldurian 9-11-2021 09:55 PM
Decaffeinated replied at 9-11-2021 07:54 PM
untuk kaji affordability tak boleh cuma tengok exchange rate sahaja tapi tengok juga how far that  ...

klu mkn cafe premium tu mmg la mahal, sini pun starbuck harga gitu. x cari kedai biasa/ mcm warung.  klu google cost of living comparison, ikut comparison Malaysia cost of living higher than Turkey.  ni as per google search jela, dr web numbeo, betul ke x, xtau la


Indices Difference
Consumer Prices in Malaysia are 25.39% higher than in Turkey (without rent)
Consumer Prices Including Rent in Malaysia are 27.41% higher than in Turkey
Rent Prices in Malaysia are 36.77% higher than in Turkey
Restaurant Prices in Malaysia are 3.21% higher than in Turkey
Groceries Prices in Malaysia are 57.53% higher than in Turkey
Quote anony-mous 10-11-2021 12:51 AM
jijilaaa replied at 9-11-2021 05:19 PM
kat tiktok ada org promote telan bebola air tu. besar tau bola tu. masa telan dia kecik je..lepas te ...

Seriau i baca komen uols ni

Lihat semua komen(18)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.405325 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top