CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Remaja Tikam Abang Berang Ditegur Naik Motor Tanpa Pengetahuan Keluarga

8-11-2021 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1254| Komen: 3

Description: Remaja tergamak menikam abangnya sehingga cedera akibat berang dimarahi kerana dipercayai keluar rumah dengan menunggang motosikal tanpa pengetahuan keluarga.
Remaja tergamak menikam abangnya sehingga cedera akibat berang dimarahi kerana dipercayai keluar rumah dengan menunggang motosikal tanpa pengetahuan keluarga.


Lelaki berusia 15 tahun itu turut mencederakan rakan abangnya yang cuba meleraikan pergaduhan mereka di pangsapuri di Taman Putra Damai, Kelana Jaya di sini, semalam.


Pisau lipat yang digunakan suspek. FOTO ihsan Polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima maklumat kejadian pergaduhan pada 12.08 tengah hari.

"Sepasukan polis yang tiba di lokasi mendapati kejadian membabitkan tiga lelaki. Seorang lelaki berusia 24 tahun terbaring di lantai dalam keadaan luka dan berdarah di bahagian dada kiri serta perut.

"Manakala mangsa kedua berusia 19 tahun iaitu rakan kepada mangsa pertama sedang duduk di kerusi dalam keadaan cedera di bahagian belakang badan.

"Suspek pula duduk di kerusi berhampiran mangsa pertama iaitu abangnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis menemui pisau lipat di lokasi dan kedua-dua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat saksi kejadian, mangsa kedua cuba meleraikan pergaduhan antara dua beradik itu namun turut terkena pisau lipat yang dipegang suspek.

"Pergaduhan berlaku apabila abang berang terhadap adiknya yang keluar rumah dengan menunggang motosikal tanpa pengetahuan kakak mereka," katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, semakan mendapati suspek tidak bersekolah dan mempunyai rekod lampau berkaitan kes curi.

Katanya, suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-11-2021 03:31 PM
sesungguhnya hari ni hari isnin. jalan kembali jem. rupa2nya dragon ball ada 7 biji
Quote prettyuglybabe 8-11-2021 03:48 PM
nasib la bila tau beranak je..
Quote KamikuP 9-11-2021 03:34 PM
Itulah bila x sekolah.. masuk henry gurney le ko dikk

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 04:23 PM GMT+8 , Processed in 3.564958 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top