CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Antara ‘Nama Besar’ Bakal Sertai GV8?

8-11-2021 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4656| Komen: 28

Description: Tidak lama lagi rancangan realiti popular, Gegar Vaganza akan kembali untuk musim yang kelapan (GV8), malah beberapa ‘teaser’ awal GV8 telahpun dikongsi.
Tidak lama lagi rancangan realiti popular, Gegar Vaganza akan kembali untuk musim yang kelapan (GV8), malah beberapa ‘teaser’ awal GV8 telahpun dikongsi.


Difahamkan, GV8 atau juga dikenali sebagai GV2021 akan bermula sebaik program All Together Now Malaysia (ATNM) melabuhkan tirainya pada 14 November 2021. 

Ketika ini, sama seperti tahun-tahun sebelumnya peminat terlebih dahulu membuat spekulasi mengenai peserta GV8 berdasarkan petunjuk beberapa penyanyi popular selain daripada ramalan mereka sendiri.



Bagi edisi kali, dikhabarkan turut disertai ‘nama-nama besar’ dalam industri seni. Malah, kami juga tidak menolak spekulasi tersebut. Sebelum ini, Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris telah mencuri perhatian ramai apabila menyertai GV7 manakala Linda Nanuwil pula menjadi bintang program realiti pertama yang sertai Gegar Vaganza. 

Berikut ramalan bagi senarai peserta GV8 kali ini.


Shahir Zawawi


Setelah sekian lama ‘hiatus’ daripada media sosial, kemunculan semula bekas juara Akademi Fantasia di laman Instagram baru-baru ini mencuri perhatian peminat.  



Berkongsi foto penampilan terkini nya yang berambut panjang, Shahir turut menulis kapsyen mengenai ‘kembali’.


Nikki Palikat


Ramai yang merindui Nikki Palikat! Manakan tidak, penyanyi berbakat besar ini memperlahankan karier seni selepas berkahwin dengan komposer terkenal, Audi Mok sekitar tahun 2009.  

Untuk rekod, Nikki yang juga anak saudara kepada penyanyi yang popular dengan lagu Anak Kampung, Jimmy Palikat mula dikenali ramai setelah menyertai program realiti Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. 

Selepas itu, Nikki mekar dengan lagu Caramu dan trio bersama mentornya, Ning Baizura dan Allahyarhamah Yanie menerusi lagu Drama.


Aliff Aziz


Mengejutkan! Nama Aliff Aziz disebut-sebut sebagai peserta GV8. Sebelum bergelar pelakon, Aliff terlebih dahulu mencipta nama sebagai seorang penyanyi yang popular dengan single Sayang – Sayang. 

Ketepikan kontroversi lalu, suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini giat mendalami ilmu agama dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.


Adibah Noor


Antara nama besar yang dikhabarkan akan turut sertai GV8. Tidak tolak kemungkinan tersebut, peminat juga menyifatkan Adibah Noor juga sudah sekian lama tidak menghiasi ‘pentas-pentas utama’ dengan kemerduan suara yang dikagumi ramai.

Digelar sebagai selebriti verstail, adakah benar Adibah bakal sertai program realiti ini?


Dato Fazley Yaakob


Selain Adibah Noor, penyanyi yang juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob juga disebut sebagai salah seorang peserta GV8.

Popular dengan jolokan ‘Abang Asmara’ oleh peminat sehingga ke hari ini, kami juga tidak tolak kemungkinan Fazley akan muncul kembali mengubati kerinduan peminat dengan suaranya.  

Menerusi carian di laman Instagram Fazley juga telah mengemaskini ‘Singing Masterchef’ sebagai biografi profil nya.


Ani Maiyuni


Saban tahun, nama penyanyi dangdut Ani Maiyuni disebut-sebut peminat akan membarisi senarai peserta Gegar Vaganza. Sama seperti tahun ini, Ani sekali lagi menjadi ‘pertaruhan’ peminat dalam GV8. 


Dalam hantaran terkini Ani, rakan seangkatannya, Haiza Hanafi meluahkan rasa tidak sabar mengenai sesuatu sebelum dibalas oleh peminat peminat GV8. Adakah Ani menepati ramalan peminat kali ini?


Fairuz Selamat (Q-Face)


Setiap tahun, ada sahaja vokalis kumpulan penyanyi era 90-an menjadi peserta Gegar Vaganza. Malah, hampir kesemua mereka tampil cemerlang dalam program ini sehingga ada diantaranya dinobatkan sebagai juara. 

Pada tahun ini, bekas vokalis kumpulan Q-Face yang popular dengan lagu Izinkanlah, Fairuz Selamat dikatakan turut sertai GV8.

Meskipun sudah mempunyai pekerjaan tetap, namun Fairuz sering kali membuat ‘cover’ lagu-lagu popular era kini di laman Instagram dan You Tube miliknya.


Azan Scan


Nama bekas vokalis Scan, Azan yang popular dengan lagu ‘Kau Dipaksa Aku Terpaksa’  disebut-sebut sebagai peserta GV8.




Malah, menerusi sebuah hantaran di laman Facebook nya pada awal Oktober lalu, penyanyi era 90-an ini mendedahkan akan kembali dengan sebuah kejutan buat peminat. Namun, Azan tidak mendedahkannya dengan terperinci selain meminta peminat tunggu akan pengumuman tersebut.


Bandi Amuk


Menerusi sebuah video ‘teaser’ yang dimuatnaik pihak Astro, kelihatan sebuah topeng muka di atas pasir seakan memberi bayangan mengenai salah seorang peserta GV8. 

Susulan itu, rata-rata peminat beranggapan bahawa vokalis Amuk yang terkenal dengan identiti di sebalik topeng, Bandi adalah peserta yang dimaksudkan. 

Untuk rekod, Bandi mempunyai puluhan lagu popular bersama Amuk yang masih didengari oleh ramai peminat sehingga ke hari ini.


Ruhil Amani

Penyanyi bersuara lantang, Ruhil Amani juga diharapkan oleh peminat akan sertai GV8. Memetik laporan media tempatan, meskipun sudah lama berehat dalam industri seni, namun penyanyi yang popular dengan Ruhil sudah menyiapkan beberapa single baharu nya.

Adik kepada pengacara Ruhil Syafinaz ini juga menyatakan kesediaannya untuk kembali mengiburkan peminat.


Francisca Peter



Peminat tidak menolak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu-lagu ‘evergreen’ seperti  ‘Sekadar Di Pinggiran’, ‘Aku Kehilanganmu’, Francisca akan kembali mengubati kerinduan peminat dalam GV8. 

Meskipun disifatkan sebagai ‘penyanyi lagenda’ namun mereka tidak menolak Fran akan turut serta, mengikut jejak langkah Jatt Black Dog Bone dalam GV6 sebelum ini.


Leina Hangat


Seorang lagi penyanyi era 90-an, Leina Hangat menjadi tekaan peminat sebagai peserta GV musim ini. 

Leina yang pernah mendapat gelaran Ratu Reggae Malaysia berikutan menjadi penyanyi wanita pertama yang mempertaruhkan genre muzik Reggae dalam industri seni hiburan tanahair kini tampil ayu dengan penampilannya yang berhijab.

Meskipun sudah berhijrah dan enggan memandang semula imej seksinya suatu ketika, namun pemilik nama sebenar Nor Azlina Abd Rahman ini masih mengekalkan nama pentas Liena Hangat berikutan dikenali ramai dengan nama tersebut.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 8-11-2021 03:23 PM
CANCEL CULTURE FOR ALIF AZIZ…


GI BLK SG LA OIII!!!

Quote helicornia 8-11-2021 03:26 PM
ya tuhan wujud lagi shahir
gigi besi dah bukak lom?
abis GV ko pun ke kuburan semula
Quote dua_chzy 8-11-2021 03:37 PM
Dah kenapa Fran Peter pi join kontes hauk ni?
Quote dudaberhias 8-11-2021 03:41 PM
Normabaru replied at 8-11-2021 03:23 PM
CANCEL CULTURE FOR ALIF AZIZ…



Noooo kaka, janji herlokkkk kita kena maafkan, walaupun putik jagung saja rhoperrnyaaa siap pakej garu2 ada eczema... Tapi lelaki boleh berubah dikkk.... Kita je kena bagi peluang banyak2...

Moga aliff aziz jadi juara terus tanpa bertanding...

Lain la kalau rhoper shuk atau tauke jambu...

Yang tu sebelum masuk pertandingan lagi kita wajib rasuah juri suruh theyolss singkirkan dua hekooo kepamm ni... takpun waktu deorang nak start nyanyi, kita pi tutup api bagi gelap gulita je pentas tu.
Quote KamikuP 8-11-2021 03:42 PM
Mohon tokpit bukak balik ig mengulas sepatah dua kata utk peserta GV8 ni eyh
Quote manehnya 8-11-2021 03:54 PM
Layak ke gv utk datok fazley tuuuu
Quote prince_marhaen 8-11-2021 04:05 PM
Caer gigi besi bangkit dari kuburan edisi ke berapa ni??? yihhhh!! Alep Ajis cendawan enoki pun hadoooo ke...
Kak Fran dah level Tok Kat Kirim Salam tu tak perlu lah ye...dah legend dah..yang lain-lain tu oklah kot.. masih tersisa bakat mereka.
Quote sleepandream 8-11-2021 04:22 PM
makanya big stage takda yach taun ni?
Quote Rhyno 8-11-2021 04:35 PM
Edited by Rhyno at 8-11-2021 10:15 PM

motip Francisca Peters nak join?
Quote bankerpencen 8-11-2021 04:54 PM
Fazley? Adoi. Sedarlah yang kau takleh menyanyi woi. Aliff Aziz tu pun, perlu ke
Quote makadek 8-11-2021 05:18 PM
Frans tk payahla kot dia dah ade dlm league sendiri ...legendary.. Wat malu je kalau kena komen lebey2

Tu lina hangat sendu di didepabali jah
Tayah tk de sapa minat

Alif aziz abah2 dh nampak matang
Masih sdp mata mandang ..lulus

lelain tu hokeh2 laa sian beku sgt
Quote Suchi 8-11-2021 05:28 PM
Kenapa frans masuk plak???

Ahh tidak.

Iols minat dia dan tanak dia masuk pertandingan yg bakalan buat dia bakalan dicerca je nanti.
Lejen2 sblm ni ramai dah kenaa weh.

Baidewei sejak bila alip aziz adalah satu nama besar?
Quote tikusmakmal10 8-11-2021 05:53 PM
one hit wonder jah si alip ajis ni ...
Quote laksmanabentan 8-11-2021 06:21 PM
bankerpencen replied at 8-11-2021 04:54 PM
Fazley? Adoi. Sedarlah yang kau takleh menyanyi woi. Aliff Aziz tu pun, perlu ke

kannnn....... terus hilang mood nak tgk GV8..
Quote inspektoremos21 8-11-2021 07:14 PM
Azan scan ni adik beradik dgn loko drummer butterfingers kan.?
Quote chaos_sweetly 8-11-2021 08:40 PM
Dato’ Fazley blh nyanyi live ke? Sbb rsnya suara dia mcm biasa2 je kot.
Quote sukacactus 8-11-2021 09:45 PM
Yg lain2 tu lantak la
Tp menantu rosmah tu eii
Apa yg ada dia, semua jd turn off
Quote Rhyno 8-11-2021 10:15 PM
iols dah create benang GV8. acik2 semua boleh bergosip di situ yach!

Link benang :
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5001676&extra=page%3D1&page=14

Quote Pujangga22 8-11-2021 10:56 PM
Fazley??Shahir??surammm pentas

Lihat semua komen(28)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 06:26 PM GMT+8 , Processed in 2.719034 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top