CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Puteri Aishah Nak Kahwin Dengan Ahli Perniagaan Bulan Ini

8-11-2021 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15441| Komen: 107

Description: Puteri Aishah, 27, berkongsi khabar gembira apabila bakal menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun, bulan ini.
Puteri Aishah, 27, berkongsi khabar gembira apabila  bakal menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun, bulan ini.

Puteri Aishah berkata, dia bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi maklumat terperinci mengenai majlis pernikahannya itu. 


Foto: IG

"Sepatutnya kami merancang untuk bernikah lebih awal, tapi melihat kepada keadaan semasa kami bersepakat mendirikan rumah tangga pada bulan ini. 

"Sekiranya semua dipermudahkan, kami akan teruskan seperti apa yang dirancang. Alhamdulillah segala persiapan menuju hari bahagia berjalan lancar dan sudah siap hampir 80 peratus. 




"Kalau boleh tak nak majlis kami diadakan secara maya kerana nak perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak.

"Saya juga tidak berniat untuk merahsiakan tarikh perkahwinan dan identiti bakal suami. Siapa yang tahu, tahulah. Tapi selebihnya, semua saya akan kongsikan pada hari terbabit nanti," katanya.

Menurut Puteri Aishah, dia mengenali bakal suaminya itu lebih dua tahun lalu dan tidak sabar untuk melangkah ke fasa seterusnya. 




"Saya sangat bersyukur kerana bakal suami menyokong karier seni saya selepas ini. Malah, kami berdua memang kuat bekerja dan tiada masalah mengenai perkara itu.

"Kami faham mengenai kerjaya masing-masing. Dia juga tidak pernah melarang minat saya terhadap dunia lakonan, sebaliknya memberi galakan terhadap apa yang saya lakukan. 




"Doakan semoga majlis pernikahan nanti akan berjalan lancar. Apa yang dapat saya kongsi lagi, majlis akan diadakan secara sederhana dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamason 8-11-2021 03:05 PM
Tahniah...semoga kekal till jannah
Quote gold_teeth 8-11-2021 03:10 PM
Sape bAKal suami..skjap je la rapat ngn abg long n*za
Quote helicornia 8-11-2021 03:18 PM
baru nak teka geng naza, tapi umo baru 28 so bukan la tu
Quote bedahmenjuyah 8-11-2021 03:32 PM
Tahniah. Bakal suami biz man oooo. Moga lancar semuanya. Tetiba teringat artis yg baru kawin pastu dilarikan mentua, bak kata si suami. Harap2 takde la jd mcm ni ye.
Quote dudaberhias 8-11-2021 03:34 PM
untung jadi dewi remaja boleh tangkap jerung
Quote 3chanceno 8-11-2021 04:03 PM
Untunglah dapat somi bisnesman boleh pasang bodiguard

Dak nie yang dulu couple dengan abang long eh??
Quote brown_pupil 8-11-2021 04:05 PM
untung la masih ada market walaupun puas ditoron abg long..
Quote prince_marhaen 8-11-2021 04:07 PM
Tahniah ler....teringat posting bertenggek berselfie dalam kereta red couch... ehhh!
Quote newyork 8-11-2021 04:08 PM
Dalam insta kemain lawa. Dlm tv berpetak
Quote AshkieLa 8-11-2021 04:13 PM
tik tok baju biru tu..
aiyo... perut "anak dara"...
Quote awanysss 8-11-2021 04:17 PM
brown_pupil replied at 8-11-2021 04:05 PM
untung la masih ada market walaupun puas ditoron abg long..

jujurnya uols tulis..
Quote brown_pupil 8-11-2021 04:19 PM

seb baik takde vids berterbangan mcm sofa merah jer..
Quote TabletSusu 8-11-2021 04:24 PM
kulit dia mmg cantik gitu ke in real live? suka pulak aku tgk
Quote Zaien 8-11-2021 04:24 PM
jerung banglong ka tuhh..
hahahaahahah
Quote bankerpencen 8-11-2021 04:39 PM
Walaupunlah bekas naza, ada juga orang nak. Rezeki orang ada rupa.
Quote tapirbiru 8-11-2021 04:54 PM
artis kokak pun mengejar bisnesman ..jual air tebu pun bisnesman tauuu
Quote AbukRokok 8-11-2021 08:15 PM
saya pun ahli perniagaan juga walaupun jual burger je
Quote AKAZ85 8-11-2021 08:16 PM
Dah lunyai kena bedal dek abg long notelo laku jugak bisnesmen nak kat ko eh.. Moga berkekalan laa perkahwinan sampai akhir hayat
Quote AbukRokok 8-11-2021 08:18 PM
brown_pupil replied at 8-11-2021 04:05 PM
untung la masih ada market walaupun puas ditoron abg long..

walauapapun nti dapat baka elok...itu yg penting

Lihat semua komen(107)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-8-2022 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.076577 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top