CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mati Dicangkul Adik Kerana Selalu Maki, Menghina

8-11-2021 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1867| Komen: 12

Description: Seorang adik tergamak memukul abang sendiri menggunakan cangkul sehingga mati kerana sakit hati sering dihina dan dimaki mangsa.
Seorang adik tergamak memukul abang sendiri menggunakan cangkul sehingga mati kerana sakit hati sering dihina dan dimaki mangsa.

Kejadian itu berlaku di kawasan sawah padi di Dusun XII Lubuk Tampu di Ramunia, daerah Beringin.

Jurucakap polis, M. Firdaus mengesahkan kejadian itu.


Mangsa yang cedera parah ketika dirawat di hospital sebelum meninggal dunia.

“Motif pembunuhan adalah suspek berasa sakit hati dengan abangnya yang sering memaki dan menghinanya.

“Tindakan itu menyebabkan suspek menyimpan dendam terhadap mangsa dan berniat untuk membunuhnya,” katanya.

Jelas Firdaus, kejadian berlaku apabila suspek membawa cangkul ke sawah sebelum bertemu dengan abangnya.

Berlaku pertengkaran dan mangsa didakwa terus memaki adiknya sehingga menyebabkan lelaki itu hilang sabar lalu memukul kepala mangsa bertubi-tubi menggunakan cangkul tersebut.

“Selepas memukul abangnya, suspek berlalu pergi dan mangsa ditemukan penduduk kampung sebelum membawanya ke hospital dan meninggal dunia.

“Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia tidak tahu kenapa abangnya sering memakinya, walaupun dia tidak melakukan kesalahan,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rockafella 8-11-2021 02:43 PM
Ramunia itu di mana? Romania? Berita tak lengkap. Ape la UTUSAN nih....
Quote KirazMevsimi 8-11-2021 03:06 PM
Rockafella: Ramunia itu di mana? Romania?  ...
ya, saya pun tertanya kat mana. google td, kat utara sumatera, indonesia
Quote prettyuglybabe 8-11-2021 03:52 PM
kerana mulut nyawa melayang..
apa pun, orang tu pun dah mati nak bela diri..
Quote makadek 8-11-2021 03:55 PM
Napalah benci adik brdik sndiri
Aku syg adik2 brdik aku
Kecik2 remaja adalah selisih faham
Tp dh tua2 ni kami semua ok
Jer ...saling memberi dn menerima
Quote musangbodoh 8-11-2021 04:00 PM
cangkul sbg suspek utama diminta bela diri ya. kalo kt mesia
Quote edayildiz 8-11-2021 10:53 PM
i selalu gaduh ngn my twin..menyakitkn hati jerr dia tu..xtau ikut perangai sapa nth..dia xsuka enjoyyy sgt..ajak shopping kemain liat..kalau time dia kita teman jahh..bila turn kita nk shopping dia buat bodoh jer..mmg selalu gaduhhh..kdg2 i geramm i carut lps weols dh sampai umah..kalau carut dlm krta mau sheols halau i keluar keta..xmkn saman sorg tu
btw takziahhh pd family..romanian ni belah mana?
Quote bro_kr 8-11-2021 11:05 PM
Ramunia, Beringin, Sumatra Utara.

Kalau berita pelik-pelik ni selalunya dari Indonesia.
Quote Adrif 9-11-2021 12:26 AM
sejenis mulut abang aku
hanya kerana dia anak sulung, dia ada hak untuk bercakap apa saja kat kami adik-adik

dia nak maki ka, nak caci ka, dia suruh buat apa ka, kena dengar,
sebab dia anak sulung. ada kuasa veto

ada satu hari tu aku meletup, tak tahan mulut biadap dia tu,
mencarut non-stop, hina, maki, menjatuhkan maruah, mengaibkan,
aku kejar dia guna pisau. masa tu memang dah nekad nak tikam, nak bunuh abang aku tu.
lintang pukang dia lari. tau takut

mulut tuhan bagi bukan untuk menyakitkan hati orang
hang abang ka, kakak ka, mak bapak ka, tok nenek ka, makcik pakcik ka,
mulut tu jaga. orang lain ada hati dan perasaan juga.
hidup lama-lama, berpuluh tahun berzikir,
pastu sekelip mata pahala hilang sebab menghina orang, nak jadi lagu tu?

tak pun sia-sia kena tikam, kena kerat orang
sabar orang ada batasnya.

bukan keluarga ja, kat tempat kerja juga
adoi la mulut masing-masing
patut la bomoh buat bisnes santau orang laku
bontot monyet lagi wangi dari bau mulut diorang ni
Quote green~tea 9-11-2021 12:39 AM
bro_kr replied at 8-11-2021 11:05 PM
Ramunia, Beringin, Sumatra Utara.

Kalau berita pelik-pelik ni selalunya dari Indonesia.

Oh kat sumatera.. awal2 baca i thought teluk ramunia johor... TQ pencerahan, uolz
Quote monreyes 9-11-2021 02:03 AM
Adrif replied at 9-11-2021 12:26 AM
sejenis mulut abang aku
hanya kerana dia anak sulung, dia ada hak untuk bercakap apa saja kat kami a ...

dlm forum ni ada sekor.. mmg layak dihambat dgn pisau
Quote matbad 9-11-2021 02:24 AM
ya sbb ada kuasa veto. aku tak sampai lagi tahap nak ligan dgn pisau. tp aku risau jadi mcm tu. mcm hg kata la tak sia2 pun bila mulut dah mcm tu
Quote batmana 9-11-2021 05:52 AM
Biasanya org suka maki hamun ni ada tanda barah otak..patut bwa scan dulu

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.085151 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top