CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pakai Selipar Asadi Je, Mana Ada Orang Betul-Betul Kaya Baling Duit!

4-11-2021 08:56 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6973| Komen: 123

Description: Baru-baru ini netizen sangat teruja melihat kepada gambar-gambar percutian yang dikongsi oleh pelakon utama filem Paskal, Hairul Azrin dan isterinya, Hanis Zalikha.



Baru-baru ini netizen sangat teruja melihat kepada gambar-gambar percutian yang dikongsi oleh pelakon utama filem Paskal, Hairul Azrin dan isterinya, Hanis Zalikha.

Di dalam perkongsian mereka, mungkin kita perasan satu gambar keluarga tersebut bergambar bersama seorang lelaki Cina.

Ternyata lelaki Cina tersebut adalah hartawan terkenal di luar dan dalam negara yang memiliki perniagaan besar, Tan Sri Vincent Tan, lapor Kosmo.

Vincent Tan memang terkenal dengan kekayaannya dan beliau bukan kaya biasa-biasa. Beliau turut memiliki kelab bola sepak terkenal yang berpengkalan di England.

Namun apa yang menjadi bualan ramai apabila melihat beberapa foto yang dikongsikan oleh pasangan selebriti negara itu adalah cara berpakaian dan lagak orang yang betul-betul kaya.



Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, Vincent Tan hanya mengenakan baju dan seluar biasa serta mengenakan selipar berjenama Asadi.

Rata-rata orang ramai turut terkejut dengan penampilan tersebut dan menganggap penampilan dan lagak hartawan itu seperti orang kebanyakan tidak seperti orang yang ‘mula nak kaya’.

“Lowkey, humble dan simple sahaja pakaian dia. Ni baru betul billionaire, bukan macam si polan tu baru kaya sikit dah baling-baling duit macam tak ada nilai. Siap listkan ootd dari atas sampai bawah,” jelas sitoaidaadnan.



“Biasa gila, kalau orang tak kenal tan sri ni ingat macam orang kampung biasa saja,” kata Mustaqimhusin.

Selain Vincent Tan, Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook dan juga antara usahawan terkaya di dunia juga sangat "humble" dan bersahaja. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ctrl 4-11-2021 09:11 AM
kalau terserempak ngan aku pun tak cam vincent tan ni
Quote Acikgomen 4-11-2021 09:21 AM
Khennnnz rambut pun nipis bodo2 beminyak jekk
Tak gaduh heshe pi gunting rambut kat rodikimora melayu bekerak yg fefeling bedarah jepun tuh
Quote chazey 4-11-2021 09:25 AM
Ni barulah apek kaya sejati. Singlet pagoda tidak dilupa.
Quote ultra78 4-11-2021 09:28 AM
Bila kita ada banyak sangat wang, barang-barang branded yg dikatakan mewah ini kita dah tak heran dah pun. Kita akan dapat kepuasan dari bentuk lain,contohnya traveling satu dunia,belayar naik kapal sendiri,etc.

Yang baru-baru nak up aje duk sibuk beli benda branded untuk tayang kat orang.
Quote setori_mori 4-11-2021 09:28 AM
Pastu bukak pulak ig anak nya… hmmm
Quote Kurex 4-11-2021 09:52 AM
Beza dgn kekrol.& Keknis nak menayang semua benda. Tapi sebab kekrol berbadan sedap, iols maafkan kekrol sorang jah
Quote KIM.K 4-11-2021 09:54 AM
Kaya tapi tak tayang
Kau ingat ni grup asatizah
Quote edayildiz 4-11-2021 09:56 AM
biasa leteww kalau dh kaya level dia ni dh xhadap pun nk flex lg dh..marhaen mcm kita ni jer la..beli starbak sthn sekali pun nak upload gmbo kt ig
anak laki dia kan laki si ponny
Quote Catpaw 4-11-2021 10:03 AM

Selipa asadi best, ringan dan tahan lama, value for money
Quote elnor_81 4-11-2021 10:04 AM
Mmg org klo btul2 kaya..x menunjuk..pakai biasa2. Org2 yg kaya bru nak up ni yg melebih2
Quote fortiori13 4-11-2021 10:06 AM
Yg lebih dr mampu ok je nak pakai brg branded, tp kalau pakai brand beshe2, mmg wajar dipuji org gini....
Quote musangbodoh 4-11-2021 10:09 AM
cuma nk komen satu je...apsal aku trauma tgk avatar ko
Quote makadek 4-11-2021 10:11 AM
Kurex replied at 4-11-2021 09:52 AM
Beza dgn kekrol.& Keknis nak menayang semua benda. Tapi sebab kekrol berbadan sedap, iols maafkan ke ...

Tp dia mcm lembam haha
Quote white_musk 4-11-2021 10:14 AM
Sepanjang masa kah beliau berAsadi?
Quote _blackbird 4-11-2021 10:19 AM
ni dia pergi pulau main boat je mmg la pakai beshe2 je. tunggu la gi attend majlis rich gentlemen club confirm dia flex juga curut paling mahal dlm donia bersama customize 3 pieces of suit
Quote miu84 4-11-2021 10:22 AM
setori_mori replied at 4-11-2021 09:28 AM
Pastu bukak pulak ig anak nya… hmmm

Ahahaha mekasih chuols kerana telah menulis komen yg terlintas di kepala meols. VT ni udah tua. Tak heran dah outfit bagai. Macam juga bapak bapak dok TTDI. Sempoi jah pi bekfes, kan. Yg gigih OOTD lifestyle lavish pelbagai ni anak anak deme. Sebab soc media. Yg toiboi Vida tu pulak jadi cemtu sebab masih ramai lagi manusia bodo macam lembu kat dunia ni yang sikit sikit terkagum, lepastu pegi jadi agen segala. Yang bertambah banyak duit dia, yang makin miskin deme yg bodo ni
Quote LadyCarefree 4-11-2021 10:26 AM
iols xleh ah. Dok tgk kekrol nganga.
Quote exclusive_vvip 4-11-2021 10:38 AM
white_musk replied at 4-11-2021 10:14 AM
Sepanjang masa kah beliau berAsadi?

kannnn…ntah2 asadi tu heols pakai buang je..rakyat marhaen pakai sampai reput..pastu puji org kaya kengkonon humble melambung2..
Quote green~tea 4-11-2021 10:46 AM
_blackbird replied at 4-11-2021 10:19 AM
ni dia pergi pulau main boat je mmg la pakai beshe2 je. tunggu la gi attend majlis rich gentlemen cl ...

Biasanya camni lah.. tang santai2 casual mmg selamba je.. jam tangan pun tak pakai... tp biasa yg tukang cari duit ni je la pakai biasa2 time santai.. anak bini (or pompuan simpanan) still pakai pakai benda mahal walau nampak biasa.. contoh, pakai tshirt and jeans, tp subang solitaire rm200k sepasang

Lihat semua komen(123)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.072835 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top