CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

9 Penunggang Motosikal Ditahan Jadi Superman, Buat Zig Zag

25-10-2021 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1740| Komen: 14

Description: Sembilan lelaki melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 216 hingga 193, Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur, pada Ahad.
Sembilan lelaki melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 216 hingga 193, Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur, pada Ahad.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, penahanan sembilan lelaki berusia 20 hingga 29 tahun itu dibuat hasil aduan pengguna lebuh raya terbabit.


Kredit foto: Facebook Polis Trafik Pahang.

"Ketika operasi dijalankan, kesemua mereka didapati menunggang motosikal dengan kelajuan tinggi, melakukan aksi zig-zag, menundukkan badan serta kedua-dua kaki ke belakang seperti Superman.


"Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana didapati menunggang secara melulu dan berbahaya, sembilan motosikal milik mereka turut disita," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Ops Samseng Jalanan yang dilakukan pasukan Polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Bukit Aman bersama JSPT Pahang dan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kuantan dengan kekuatan empat pegawai dan 27 anggota itu bermula 9 pagi hingga 12 tengahari pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 217 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi itu.

Sehubungan itu, Kamarulzaman berkata, pihaknya akan mengadakan operasi ini secara berterusan bagi memastikan pematuhan peraturan jalan raya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 25-10-2021 05:21 PM
Bila dah buka sempadan, setan2 ni bukannya nk insaf sb blum mampos kena covid, tp makin menjadi2 pulak...awatla tuhan x ambik je nyawa org yg betul2 nk mati ni..
Quote KamikuP 25-10-2021 05:23 PM
Mohon yg buat aksi rempit ni dihukum  kurung masuk ladang kelapa sawit kerja selama 6 bulan
Quote edayildiz 25-10-2021 08:59 PM
yelaa mmg ada jmpa kalau lalu lpt..bebudak motor..bbnu
Quote Jitu 25-10-2021 11:19 PM
edayildiz replied at 25-10-2021 08:59 PM
yelaa mmg ada jmpa kalau lalu lpt..bebudak motor..bbnu

sis tak minat bawak motor ke ?
sy bkn mat motor tp baru2 ni balik kampung ada sedara baru beli motor 150cc pastu try lah bawak jalan2 lepas sekian lama tak bawak motor
best jugak rasa  
rasa nak beli sport bike je sebuah tp tak mampu lah
tp rempit2 ni mmg tak layan lah, mmg benci rempit2 ni
Quote KIM.K 25-10-2021 11:19 PM
Ni pon masuk berita. Pui
Quote edayildiz 26-10-2021 12:33 PM
Jitu replied at 25-10-2021 11:19 PM
sis tak minat bawak motor ke ?
sy bkn mat motor tp baru2 ni balik kampung ada sedara baru beli mo ...

xpandai la bro..keta pun suam2 kuku jer i bwk..moto lg bahaya..possibility nak jatuh moto dan mensebabkan calar di muka dan badan sgt tinggi yach..tp teringin gak la nk naik muto..skuter blh la kot kan
Quote Jitu 26-10-2021 06:57 PM
edayildiz replied at 26-10-2021 12:33 PM
xpandai la bro..keta pun suam2 kuku jer i bwk..moto lg bahaya..possibility nak jatuh moto dan mens ...

lah tak cekap lg bawak keta kan dah bg tips sebelum ni kena selalu bawak jalan jauh nnt lama2 cekap lah
owh tak pandai bawak motor kena belajar ni mana tau nnt kena bawak motor ada emergency ke apa kan
skuter senang utk mula2 belajar ni sbb takde gear dgn clutch
tak jatuh lah bila motor dah gerak cuma nak kena kawal handle je
mcm bawak basikal lah cuma lg senang

tp risau jugak klu jatuh habis nnt wajah yg cantik jelita tu
dah2 tak payah lah bawak motor




Quote Belibis 26-10-2021 07:51 PM
Kalau motor..gaya superman.
Kalau penjenayah pisau rambo..banyak betul pengaruh movie dalam istilah bahasa mesia nihh..
Quote edayildiz 26-10-2021 08:22 PM
Jitu replied at 26-10-2021 06:57 PM
lah tak cekap lg bawak keta kan dah bg tips sebelum ni kena selalu bawak jalan jauh nnt lama2 ceka ...

ckp psl xcekap bwk keta..tiberr balikk td tercalar sikit keta terlanggar tembok nk masuk parking..menyesal pulak..


Quote stingercutiepie 26-10-2021 08:26 PM
edayildiz replied at 26-10-2021 08:22 PM
ckp psl xcekap bwk keta..tiberr balikk td tercalar sikit keta terlanggar tembok nk masuk parking.. ...

Doa reverse ada baca tak? Kalau dah baca...then bukan salah kau tapi salah tembok...dan kau patut keluar keta maki sama iteww tembok kenapa dok situ....

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingercutiepie 26-10-2021 08:29 PM
Bukan semua mat motor iteww adalah mat rempit...tapi yg pasti semua mat rempit adalah mat motor...

Kahkahkahkahkah
Quote edayildiz 26-10-2021 08:31 PM
stingercutiepie replied at 26-10-2021 08:26 PM
Doa reverse ada baca tak? Kalau dah baca...then bukan salah kau tapi salah tembok...dan kau patut  ...

dimana2 bro sting muncul
tembok pun xsalah..yg salahnya uol khenzz
Quote Jitu 26-10-2021 09:50 PM
edayildiz replied at 26-10-2021 08:22 PM
ckp psl xcekap bwk keta..tiberr balikk td tercalar sikit keta terlanggar tembok nk masuk parking.. ...

adoi dah keta tak lawa...takpe lah sikit je blh polish balik
beli kancil lah satu buat utk latihan memandu ni klu calar, kemik, bumper pecah pun tak sayang sangat
lg satu masa parking tu klu rasa tak lepas jgn teruskan jugak rileks dulu
reverse/keluar pastu baru parking semula
tengok semua blindspot
panjang lg nak membebel ni tp dah cukup lah dulu setakat ni


Quote edayildiz 26-10-2021 09:58 PM
Jitu replied at 26-10-2021 09:50 PM
adoi dah keta tak lawa...takpe lah sikit je blh polish balik
beli kancil lah satu buat utk latiha ...

baikk bro jitu

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.079820 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top