CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Proses Pembuatan Menjijikkan- Belacan Dipijak, Tauhu Bersepah Dan Tahi Tikus Bersepah

21-10-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2922| Komen: 47

Description: Seberang Perai – Penggemar tauhu dan belacan pastinya akan hilang selera jika mereka menge­tahui premis yang memproses produk makanan itu di dua buah kilang di sini berada dalam ke­a­daan kotor se ...
Seberang Perai – Penggemar tauhu dan belacan pastinya akan hilang selera jika mereka menge­tahui premis yang memproses produk makanan itu di dua buah kilang di sini berada dalam ke­a­daan kotor sehingga diarahkan tutup.


Pengusaha kilang tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini dan sebuah lagi premis menghasilkan belacan di Butterworth diarah untuk menutup operasi mereka selama dua ming­gu mulai semalam bagi kerja-kerja pembersihan.

Tindakan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 tersebut dibuat susulan penemuan najis tikus di kedua-dua premis terbabit, malah belacan yang dijemur di sebuah kilang dipercayai turut dipijak oleh pekerja di situ.


Foto: Kosmo


Kedua-dua produk makanan tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan di sekitar Pulau Pinang sahaja.

Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Kese­lamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri, Mohd. Wazir Khalid berkata, najis tikus itu ditemui bertaburan di dalam stor makanan dan barang-barang di kedua-dua premis berkenaan dalam Ops Bersih yang dijalankan semalam.

Menurutnya, serbuan pertama dibuat terhadap sebuah kilang memproses tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor yang dipercayai telah beroperasi selama 10 tahun.

“Sebenarnya, kilang ini pernah diperiksa lebih dua bulan lalu, namun operasi pemeriksan yang dijalankan pihak berkuasa ketika itu hanya melibatkan soal pematuhan SOP (prosedur operasi standard) pencegahan Co­vid-19.

“Bagaimanapun, apabila ki­lang itu diperiksa semula hari ini (semalam), kami telah menjumpai najis tikus di dalam stor makanan dan barang-barang mereka,” katanya kepada pemberita semalam.

Mohd. Wazir memberitahu, selain najis tikus, keadaan kilang tauhu terbabit juga kotor dengan lebihan tauhu bersepah di atas lantai dan di sekitar mesin penghasilan makanan itu.

Dalam serbuan kedua, Mohd. Wazir berkata, kilang mempro­ses belacan di Butterworth dipercayai telah bero­perasi lebih lima tahun tanpa memiliki lesen perniagaan yang sah dan menggunakan logo halal meragukan.

Katanya, operasi premis ter­babit dipercayai berselindung di sebalik sebuah kilang lain iaitu kilang memproses gaharu yang dipercayai mempunyai ikatan saudara dengan pemilik kilang memproses belacan itu.

“Kilang kedua yang diserbu ini juga mempunyai masalah berkaitan tahap kebersihan apabila belacan yang dijemur untuk diproses itu dipercayai turut dipijak oleh pekerja di situ,” ujarnya.

Mohd. Wazir memberitahu, dalam operasi itu, pihaknya mendapati lapan hingga sembilan pekerja di kedua-dua kilang terbabit belum mendapat suntikan typhoid dan mereka turut dikenakan kompaun secara individu untuk kesalahan itu.

Katanya, kesalahan lain yang turut dikesan dalam serbuan itu termasuk peralatan yang digunakan kotor, tidak memakai sarung tangan dan penutup kepala.

“Secara keseluruhannya, kami telah mengeluarkan sebanyak tujuh notis kompaun bernilai RM12,000 atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan terhadap premis-premis terbabit,” ujarnya.

Selain 15 anggota Jabatan Ke­sihatan negeri khususnya BKKM, Ops Bersih itu turut disertai dua anggota penguat kuasa daripada Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 21-10-2021 11:41 AM
Harap2 yang aku beli di Tanjung Dawai tu, bukan la macam ni.
Quote Artemesiaa 21-10-2021 11:41 AM
Euwww pasti orang akan was2 nak beli belacan Penang tambah kalau tak tahu jenama mana punya angkara
Quote ninja9 21-10-2021 11:49 AM
Artemesiaa replied at 21-10-2021 11:41 AM
Euwww pasti orang akan was2 nak beli belacan Penang tambah kalau tak tahu jenama mana punya angkara

ini lah maslaahnya kalau tidak didedahkan jenama tersebut... mungkin reporter boleh kena saman tapi kalau begitu sepatutnya siapa yang dah termakan patut boleh saman kilang tu....

Quote supermum 21-10-2021 11:51 AM
Belacan aku beli belacan dari Bintulu je. Bau tak menyengat, rasa pun sedap. Pernah beli belacan kat supermarket, tak sedap. Dulu aku tak faham perbezaan rasa belacan, now baru tahu.
Quote Zack8hunter 21-10-2021 11:53 AM
Pengajarannya beli la produk yg ada GMP, HALAL, HCCP, MESTI etc. Terjamin la skit
Quote mesmerize 21-10-2021 11:55 AM
iznanaziz replied at 21-10-2021 11:41 AM
Harap2 yang aku beli di Tanjung Dawai tu, bukan la macam ni.

hahaha ai pun beli belacan mentah online dari tanjung dawai.. harap2 pembuatan dia tak menjijikkan
Quote FOTHER-MUCKER 21-10-2021 11:56 AM
Suruh sahajalah tutup sampai kiamat.
Dah 2021 masih ada lagi kilang seperti itu di Malaysia?

Itulah akibatnya apabila pempimpn mengamalkan rasuah
Quote card_reader 21-10-2021 11:57 AM
kg selamat tu dah kawasan ternakan babi, buat tauhu lagi...mmg A++ la

sungai puyu tu pon kawasan mata sepet gak....
Quote mosti 21-10-2021 12:02 PM
Apalah perangai buat naya orang
Quote matamata 21-10-2021 12:28 PM
Buat belacan, budu, keropok lekor, kicap,  mee kuning ni dah mcm wajib kena proses cara kotor agaknya.... Korang kalau rajin pegilah check... Aku berani jamin ini bukan satu2nya kilang yg buat mcm ni
Quote kenari2101 21-10-2021 12:35 PM
pernah tgk org buat kuih bakar yg popular tu?
pergi lar tgk yg kat kampung2 tu.
ada tu telur pun tak cuci bersih..

pernah masuk dlm majalah 3, proses buat belacn kat penang ke kat lumut
siap ada anjing lagi pi cium2 belacan tu
adoiii larrrr, terus seriau nak beli belacan segi4 tu
Quote NekNgah 21-10-2021 12:54 PM
Balik kampung beli belacan Melaka, home made by makcik aje.  Nampak depan mata.
Allergy pun tak naik.

Kalau makan belacan dekat kedai makan, berapa jam lepas tu aje mesti dah gatal-gatal tangan dan kaki, baunya jangan cakaplah, basuh dengan sabun pun tak hilang.
Quote naina 21-10-2021 12:58 PM
kenari2101 replied at 21-10-2021 12:35 PM
pernah tgk org buat kuih bakar yg popular tu?
pergi lar tgk yg kat kampung2 tu.
ada tu telur pun tak ...

Haha. Ko rasa orang buat kuih banyak2 tu yang pakai telur tu Dorang cuci tak telur dulu? Sama jugak kedai makan restoran2. Aku selalu curious. Yang buat chat Kow tiaw tepi2 jalan tu..berpapan2 telur
Quote angelofish 21-10-2021 12:59 PM
rahsia kelazatan makanan penang
Quote naina 21-10-2021 01:00 PM
NekNgah replied at 21-10-2021 12:54 PM
Balik kampung beli belacan Melaka, home made by makcik aje.  Nampak depan mata.
Allergy pun tak naik ...

Aah. Iols pakai belacan Melaka. Mak iols memang kirim kat sedara2 yg pergi Melaka. Takpun iols order kat jiran iols sebab dia orang Melaka. Gula kabung pun yang Melaka punya elok berderai ori tak macam batu.
Quote TomyamPuteh 21-10-2021 01:29 PM
Jom beli belacan Sg Berembang. Tokey dia pak menakan aku.
Quote kakikuDibibirmu 21-10-2021 02:05 PM
belacan apa kau beli ni marjina, bau hapak lah, itu belacan pulau pinang puan
Quote buragazz 21-10-2021 02:29 PM
Aduhai... belacan jenama pijak kaki...
Quote yusryimran 21-10-2021 02:30 PM
nasib lah iols x buleh makan 2 perkara ini, tauhu sbb Iols alergi ngan soya n belacan pun alergi pengsan gatal hidung dibuatnya

Lihat semua komen(47)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.209511 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top