CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Liyana Jasmay Tetap Nak Berlakon Walaupun Dah Jadi Pengarah

20-10-2021 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2078| Komen: 26

Description: Biarpun wajahnya semakin jarang kelihatan di kaca televisyen mahu layar perak, ia bukan bermakna pelakon Liyana Jasmay, 33, meletakkan titik noktah dalam lakonan, sebaliknya lebih aktif dalam dunia di ...
Biarpun wajahnya semakin jarang kelihatan di kaca televisyen mahu layar perak, ia bukan bermakna pelakon Liyana Jasmay, 33, meletakkan titik noktah dalam lakonan, sebaliknya lebih aktif dalam dunia di sebalik tabir sebagai pengarah kreatif.


Mengakui masih berlakon, namun, buat masa ini, Liyana lebih fokus dalam pembikinan supertele terbaharu berjudul Cikgu VS Hantu terbitan syarikatnya, Mermaid Studios.

Aktres yang pernah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-22 itu berkata, dia terbabit dengan filem Baik Punya Ah Long bersama Datuk Afdlin Shauki, tahun lalu.

Foto: IG


"Bagaimanapun, saya belum sempat mengambil tawaran lakonan memandangkan penggambaran banyak kali tertunda.

"Sepatutnya, saya mungkin sudah ada masa untuk berlakon drama lain, tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi banyak yang terpaksa dipinda.

"Jadi, buat masa ini, saya mahu menyiapkan projek syarikat yang tertangguh dahulu," katanya kepada BH Online.



Katanya, kesibukannya sebagai pengarah kreatif antara salah satu faktor terpaksa memilih tawaran lakonan.

"Sesebuah penggambaran drama atau filem perlu mengikut jadual saya. Mungkin saya boleh terima tawaran untuk projek yang tidak memakan masa lama, mungkin antara lapan hingga 10 hari.

"Namun, tiada masalah sekiranya berlakon dalam naskhah terbitan syarikat sendiri. Saya boleh atur masa mengikut kesesuaian. Jika bertanya sama ada saya menolak tawaran orang lain, ia bergantung pada keadaan.



"Jika tawaran menyeronokkan, susah juga untuk saya menolaknya dan cuba atur masa. Kalau kawan minta tolong, saya pastinya akan cuba buat," katanya.

Liyana berkata, dia teruja dapat kembali ke lapangan bagi mengarahkan supertele bergenre komedi seram, Cikgu VS Hantu, lakonan Juliana Evans, Afdlin dan Khir Rahman.

Katanya, itu adalah penggambaran pertamanya selepas beberapa bulan berehat ekoran pelaksanaan PKP 3.0.



"Ini adalah penggambaran pertama selepas pelaksanaan PKP 3.0. Sebelum ini, saya ada merakamkan travelog pada April lalu dan ini juga adalah naskhah drama Mermaid Studios selepas beberapa bulan tidak beroperasi.

"Saya merancang penggambaran supertele ini sebelum PKP 3.0, di mana skrip sudah siap sejak tahun lalu. Jadi, penggambarannya sepatutnya dimulakan selepas Aidilfitri lalu, tetapi situasi penularan COVID-19 teruk dan penggambaran tidak dibenarkan," katanya.

Mengulas pandangan pelakon menolak suntikan vaksin, Liyana menghormati pendirian masing-masing.



Bagaimanapun, katanya, setakat ini, semua pelakon yang bekerja dengan produksinya sudah menerima vaksinasi lengkap.

"Setakat ini, saya memilih pelakon lengkap vaksin. Saya tahu vaksin menjadi isu yang sangat sensitif, jadi terpulang pada individu kerana tidak boleh memaksa.

"Namun, ambillah vaksin jika tidak mahu mendatangkan risiko pada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamason 20-10-2021 12:17 PM
Dah tak pakai tudung ye dia ni... Rasanya hr tu dah berhijab..
Quote slyfynx 20-10-2021 12:42 PM
Mamason replied at 20-10-2021 12:17 PM
Dah tak pakai tudung ye dia ni... Rasanya hr tu dah berhijab..

Ye, dr tudung, ke scarf, ke turban, ke snow cap, terus ke free hair.
Tp still la desa nan permai
Quote dudaberhias 20-10-2021 12:48 PM
Tak di nafikan dia memang berbakat berlakon. Suka lakonan dia, tapi bukan jadi heroin ye. Belakon jadi mak orang ke, jiran joyah ke. Pengemis jalanan ke ok la atau watak2 pembantu lain sebab dia memang boleh berlakon. Cumanya wajah dia biasa2, macam anak2 makcik dapat 8A+ SPM yang duduk desa kampung pisang bersebelahan yestana kokdiang. Contohnya dr amelina tu wajah betul2 kokdiang tapi at the same time pandai.
Quote mamajawie 20-10-2021 02:21 PM
muka so kampung ye..
Quote Prickford 20-10-2021 05:01 PM
Dia ni muka nampak busuk kan. Nampak kepam & masam.
Style la camne sekalipon. Sampai telanjang balik la bukak tudung, tetap nampak busuk dik.
Quote miss_perfect 20-10-2021 05:20 PM
Dia ni muka sangatlah biasa tapi berlakon okey la juga... tapi entahlah tak minat dia sebab ada vibe perasan bagus dan eksyen.
Kalau kat hollywood ada je retis rupa biasa2 tapi berlakon best dan kalau diorang berlakon rasa teringin juga nak tengok. Tapi kalau dia ni berlakon apa2 takde pulak perasaan nak tgk cerita2 dia.
Quote silampumeja 20-10-2021 06:04 PM
Suka je dia berlakon.... Memang dia lg berbakat berlakon... Dulu kecik kecik dia jadi som dalam drama best dendam terlerai ka
Quote naina 20-10-2021 08:05 PM
Ayyo..tabik Spring dia tnjuk muka tanpa filter togel dia kat atas tu..
Quote Mulotkoyak 20-10-2021 10:35 PM
Perasan bagus selepas terima anugerah uolsss.. Kebanyakkan artis mmg cenggitu. Termasuk lah si shiela rusly tuh...
Quote Kurex 20-10-2021 11:02 PM
Buka dia jenis muka busuk
Quote royaldanish 21-10-2021 12:03 AM
Byk duit takda hal
ko pengarah ko pelakon… tapi tak minat muka2 mcm LJ ni
Quote Nenolen 21-10-2021 12:29 AM
Muka org2 kebanyakkan...
Quote ReginaGeorge 21-10-2021 04:56 AM
Walaupun kepam tapi masih awet muda [em:4:]
Quote Carcosa 21-10-2021 06:51 AM
Try hard betul si muka kampung ni.
Kaya, tapi apa pun tak menjadi. Apo, nama production Mermaid?? Takde commercial value, bodoh. Bunyi tak profesional.
Kat situ je dah nampak, perangai terpaling dia tu. Harus lawyer nasihatkan, dia takmoh dengar
Anyways, suka hati kaulah kampung. Duit ko.
Muka kau nampak busuk mcm tak mandi, by the way. Buatlah treatment berjuta kali pun
Quote kiah_mai_pulak 21-10-2021 07:34 AM
berkerakk sngat kau ni.. xyah lah nk jadi heroin produksi sendiri deknonnnn, geliiii
Quote nononcrux 21-10-2021 08:40 AM
dudaberhias replied at 20-10-2021 12:48 PM
Tak di nafikan dia memang berbakat berlakon. Suka lakonan dia, tapi bukan jadi heroin ye. Belakon ja ...

betul, dalam lakonan sesuai beraksi watak yg extreme dia ni.. contoh KAMI
Quote tipah89 21-10-2021 11:39 AM
kampungnya muka dia dlm video besday tuuu... mcm bibik pun ade
Quote belilies 21-10-2021 01:17 PM
Sheols ni tau ke apa maksud peer pressure? Ko letak jelah pressure kat situ. Gegeh nak nampak urban.

Tapi iols suka liyana ni berlakon, sbb kdg2 tu pun filem yg sheols ada tu (kecuali yg sheols produced, dh mcm syok sendiri) mcm best
Quote KamikuP 21-10-2021 04:21 PM
Sapa jen ak tengok citer / filem dia ni chuolls?

Lihat semua komen(26)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.085573 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top