CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Wanita Dirogol Dalam Kereta Api- Polis Berang Penumpang Lain Tak Tolong, Tengok Je

20-10-2021 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3967| Komen: 45

Description: Seorang wanita dilaporkan menjadi mangsa dirogol ketika berada di dalam sebuah kereta api yang dipenuhi penumpang lain.
Seorang wanita dilaporkan menjadi mangsa dirogol ketika berada di dalam sebuah kereta api yang dipenuhi penumpang lain.

Superintendan Timothy Bernhardt dari Jabatan Polis Upper Darby berkata, pegawai dipanggil ke terminal 69th Street sekitar jam 10 malam Rabu selepas menerima laporan mengenai serangan tersebut yang berlaku di dalam sebuah kereta api yang sedang menuju ke arah barat di Market-Frankford Line.

Seorang pekerja daripada Lembaga Pengangkutan Southeastern Pennsylvania yang ternampak kejadian tersebut sewaktu kereta api melintas dihadapannya, menelefon polis dan memberitahu bahawa "ada sesuatu yang tidak betul" sedang berlaku kepada seorang wanita di dalam kereta api, kata Bernhardt.

Polis SEPTA yang menunggu di perhentian seterusnya menemui mangsa dan berjaya menahan seorang lelaki.

Gambar Hiasan


Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital.

Bernhardt berkata, mangsa seorang "wanita yang sangat kuat" dan dia mampu memberikan banyak maklumat kepada polis.

Dia mendakwa tidak mengenali penyerangnya, katanya.

Kejadian terbabit dirakam kamera litar tertutup di kawasan terbabit yang menunjukkan kehadiran orang lain di dalam kereta api tersebut semasa serangan tersebut berlaku.

"Ada banyak orang, pada pendapat saya, mereka seharusnya campur tangan, seseorang sepatutnya melakukan sesuatu.

"Ini menunjukkan sikap masyarakat sekarang, maksud saya, siapa akan biarkan sesuatu seperti ini berlaku? Ini sangat membimbangkan," kata Bernhardt.

Suspek, Fiston Ngoy, 35, dituduh merogol, melakukan serangan tidak senonoh dan tuduhan lain yang berkaitan, menurut catatan dari mahkamah Delaware County.

Menurut Bernhardt, Ngoy sememangnya dikenali dalam kalangan polis SEPTA dan Upper Darby.

SEPTA mengeluarkan satu kenyataan dengan tajuk "tindakan jenayah yang mengerikan" serta meminta orang ramai yang menyaksikan serangan tersebut berlaku untuk tampil memberikan maklumat.

"Ada orang lain di dalam kereta api serta menyaksikan tindakan mengerikan ini, dan mungkin ia boleh dihalang lebih awal jika penunggang menelefon talian 911," kata pihak berkuasa. - CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jayayakaka33 20-10-2021 11:03 AM
Sadis betul
Tgh ramai org pun berani gak buat jahat
Yg ramai2 tu pun tgk je ke
Cuba bayangkan korg plk jd mangsa
Org lain tgk je
Apa rasa
Quote kelip2_07 20-10-2021 11:06 AM
masyarakat zaman skg mkin teruk
Quote Mooverine 20-10-2021 11:20 AM
teruknya
baik kasi pampang ja gambar-gambar mereka tu, biar orang ramai tau perangai mereka sanggup tengok saja orang kena rogol depan mata
mana lah hati perut mereka kan..
Quote MontanaHannah 20-10-2021 11:22 AM
Jayayakaka33 replied at 20-10-2021 11:03 AM
Sadis betul
Tgh ramai org pun berani gak buat jahat
Yg ramai2 tu pun tgk je ke




Na3uzubillah
Quote MontanaHannah 20-10-2021 11:25 AM
Islam kata seorang perempuan xboleh melangkah keluar melebihi 20 marhalah iaitu bersamaan lebih 90km berseorangan.


jadi seorang pengembara bagi seorang perempuan kiranya dia dha melanggar larangan Allah.


Balik ke topic ini, bila zina di lihat biasa sehinggakan jenayah rogol pun dipandang tiada apa-apa oleh masyarakat yang telah lama rosak akhlak.

takziah dan kepala butohhhhhhhhhhhhhhh kepada semua yg menjadi setan bisu !
Quote ninja boy 20-10-2021 11:50 AM
Manusia sudah tiada kemanusiaan
Quote Babai 20-10-2021 11:52 AM
Jayayakaka33 replied at 20-10-2021 11:03 AM
Sadis betul
Tgh ramai org pun berani gak buat jahat
Yg ramai2 tu pun tgk je ke

Kalau kat sini dah jadi lauk dah mamat tu
Quote shernazz 20-10-2021 11:52 AM
Iols igt kat india...
Huhu..
Sorry indiabest..

Kesian pompuan.tu..adakah yang tengok tu siap.rakam.dgn henpon?
Quote stingercharm 20-10-2021 11:57 AM
MontanaHannah replied at 20-10-2021 11:25 AM
Islam kata seorang perempuan xboleh melangkah keluar melebihi 20 marhalah iaitu bersamaan lebih 90km ...

92% masyarakat kita kini sudah berjaya 'dirogol' oleh pihak berwewenang  utk divaksin...did we do anything montago?kita hanya melihat tanpa melakukan apa apa?

Why?why?

Kahkahkahkahkahkah

Quote gujiwa 20-10-2021 12:40 PM
akibat tak nak mencampuri urusan orang lain kot.. sbb tu lah jadi mcm ni.
Quote babelina 20-10-2021 12:46 PM
mgkn kah sbb dh biasa dorg (omputeh) nie wat seks kt public.. so dorg ingt tu couple biasa.. tp msti la pmpuan tu jerit2 kn kna rogol.. xkn dgr earphone smpai buat x taw perilaku dpn ko kn.. Nauzubillah..
Quote tipah89 20-10-2021 12:52 PM
manusia zaman sekarang
Quote dua_chzy 20-10-2021 12:57 PM
babelina replied at 20-10-2021 12:46 PM
mgkn kah sbb dh biasa dorg (omputeh) nie wat seks kt public.. so dorg ingt tu couple biasa.. tp msti ...

Nope. Meka tau mangsa dirogol tapi takda sorang pun dial 911. Perogol ni PATI nigga. Mangsa dirogol 40 minit yah. Dan semua orang dok tengok sambil record. Turn on ka hapa? Babinya manusia2 era 2021!

Sangat disturbing kes ini bila baca report detailed dalam BI.
Quote jfq 20-10-2021 01:02 PM
Tak boleh bayangkan apa yg pekerja yg buat report polis tu nmpk dari luar
Quote Artemesiaa 20-10-2021 01:06 PM
Itulah realitinya zaman sekarang makin ramai dah hilang sifat kemanusiaan dan belas kesihan
Quote eetodee 20-10-2021 01:08 PM
gila lahh. taknak dok merakam jah.

hish laa.
Quote bintangct 20-10-2021 01:31 PM
shernazz replied at 20-10-2021 11:52 AM
Iols igt kat india...
Huhu..
Sorry indiabest..

sama la iols pun igt ni belah india
sama je manusia ni walau dimana2 pun.. berhati2 la wahai wanita
Quote lattehazelnut 20-10-2021 01:39 PM
Cuba kalau perogol white n mangsa black kompem viral..
Quote tikusmontok 20-10-2021 01:54 PM
Takkan semua penumpang lain tu sejiwa ngan syuk badak air

Lihat semua komen(45)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-5-2022 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065803 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top