CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Kugiran Masdo Minta Maaf, Peminat Bawah 18 Tahun Dilarang Tonton Persembahan

20-10-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1966| Komen: 15

Description: Kumpulan Kugiran Masdo meminta maaf kepada peminat bawah umur 18 tahun yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan persembahan Temasya Buka Panggung di PJPac pada 13 dan 14 November ini.
Kumpulan Kugiran Masdo meminta maaf kepada peminat bawah umur 18 tahun yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan persembahan Temasya Buka Panggung di PJPac pada 13 dan 14 November ini.


Penyanyinya Ali Sariah berkata, ia berikutan salah faham berkenaan had umur kebenaran menonton yang ditetapkan.


Foto: IG

"Awalnya kami ingat semua golongan umur boleh menonton. Tapi, kami diberitahu oleh pihak lokasi berkenaan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan lengkap dua dos vaksin saja boleh hadir.

"Jadi dari situ, apabila ada peminat umur bawah 18 tahun dah beli tiket, kami terpaksa minta mereka hubungi pengurus Masdo untuk tindakan lanjut.


"Kami buat kumpulan 'WhatsApp' dan cuba berbincang sama ada untuk pulangkan wang semula atau mereka beli terus. Kiranya, ini situasi menang-menang untuk kedua belah pihak.



"Sekurang-kurangnya, tidaklah mereka rasa rugi beli kerana kita pun tak sangka benda sebegini akan terjadi," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas sambutan peminat, Ali berkata tiket untuk persembahan pada 13 November, jam 8 malam sudah hampir habis dijual.

"Kini, kami berharap tiket untuk persembahan pada 14 November, jam 4 petang akan laris terjual sepertimana hari sebelumnya. Jumlah penonton yang dibenarkan pula sekitar 300 orang saja.

"Sejujurnya kami rasa rugi juga, tapi kenalah ikut SOP untuk kesenangan semua. Kami takut terjadi apa-apa nanti dan tak nak ambil risiko yang terlalu besar. Jadi, lebih baik ikut saja syarat yang ditetapkan.



"Masdo memang teruja untuk buat 'show' ini selepas hampir dua tahun tidak beraksi. Bila dah boleh buat persembahan, memang kami nak beri sehabis baik untuk peminat yang sekian lama rindukan menonton 'live' show," katanya.

Ali berkata, agak merugikan apabila kapasiti PJPac yang boleh memuatkan ramai peminat tidak dapat digunakan sepenuhnya berikutan perlu mengikut SOP.

"Secara tak langsung bila hanya 50 peratus kehadiran penonton dibenarkan, kami terpaksa jual tiket mahal untuk pembiayaan semula kos dikeluarkan.



"Sebenarnya amat berisiko juga nak jual tiket mahal pun, ini kerana kita kena fikirkan situasi negara yang tengah pandemik dan kebanyakan orang berhadapan masalah duit.

"Tapi, syukur alhamdulillah kerana nampaknya masih ada orang yang sanggup beli tiket dari harga RM50 hingga RM150 ditetapkan untuk 'show' Masdo ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 20-10-2021 09:12 AM
Dah dengar band ni live.




Hauk sedeh terkesima terkutuk terhina.
Quote NekNgah 20-10-2021 11:43 AM

Pemuziknya atau penyanyinya yang hauk?
Quote Parit.Hilton 20-10-2021 11:47 AM
peminat masdo banyak budak remaja. agak rugi jugak bila buat had macam ni. Tapi takpe la, takde la budak2 bawah umur ni balik lewat.
Quote Parit.Hilton 20-10-2021 11:48 AM

ayoyoo serius ka? iols rajin pegi gig. Masdo antara yang ok. crowd sangat supportive
Quote dudaberhias 20-10-2021 11:55 AM

nauzubillah min zalikkk...
mesti hazab betul kalau kaka komen gittew...

iols pulak rasa nak je ambil gunting atau pemotong rambut dan botakkan seko2....

ape ko hengat lawa ke rambut fesyen macamtu??? dah macam chewbacca...

kalau vokal atau live ok tu boleh lagi kita pejam mata... ni live pun haukkk... di tambah pulak tak herlokkkk dan haukkk betul pemandangan fesyen gitu lagi lah menyesal kalau jadi penonton.. baik tengok live cek non terkinja2 tu...
Quote slyfynx 20-10-2021 12:46 PM
Kami buat kumpulan 'WhatsApp' dan cuba berbincang sama ada untuk pulangkan wang semula atau mereka beli terus. Kiranya, ini situasi menang-menang untuk kedua belah pihak.


Huh, pe maksud beli terus? Adekah aku yang konpius. So kalau beli terus maksudnye yang u18 dpt tgk tiket je la. Ke cemane?

"Sekurang-kurangnya, tidaklah mereka rasa rugi beli kerana kita pun tak sangka benda sebegini akan terjadi," katanya kepada Harian Metro.


Iols is sgt keliru
Quote Kurex 20-10-2021 11:07 PM
Tapi ciknek vokalis dia mcm nalla
Quote Cikembok 21-10-2021 02:14 AM
Hari ni kat pjpac band Hujan perform sampai hari ahad, ticket pon dh sold out..
Quote supermum 21-10-2021 08:15 AM
slyfynx replied at 20-10-2021 12:46 PM
Huh, pe maksud beli terus? Adekah aku yang konpius. So kalau beli terus maksudnye yang u18 dpt tgk ...

Means taknak refund kot. Sebab dorang ada offer refund tu, maybe fans tu nak simpan jadi kenangan ke or nak jual kat orang lain ke
Quote nononcrux 21-10-2021 09:36 AM
prefer la bittersweet yang high performance & unic.. dah beranak ni pon masih segar lagi lyn bittersweet instead of masdodol ni
Quote kakakko 21-10-2021 09:44 AM
nononcrux replied at 21-10-2021 01:36 AM
prefer la bittersweet yang high performance & unic.. dah beranak ni pon masih segar lagi lyn bitters ...

Aku zaman belajar dulu layan gak Bittersweet. Baru2 ni husband pasang Bittersweet kat youtube. Dikutuknya band tu kata ntah apa2 disebut penyanyi tu..
Quote nononcrux 21-10-2021 09:51 AM
kakakko replied at 21-10-2021 09:44 AM
Aku zaman belajar dulu layan gak Bittersweet. Baru2 ni husband pasang Bittersweet kat youtube. Dik ...

heheh tapi ironic music dia tu lain dari lain
Quote pearl.silver 21-10-2021 10:52 AM
nakkomenjugak replied at 20-10-2021 09:12 AM
Dah dengar band ni live.



Diorg kan penah masuk ajl

Tgk performance
Mmg hauk ke lautan hindi lah..
Quote RinIna 21-10-2021 12:13 PM
pearl.silver: Diorg kan penah masuk ajlTgk performanceMmg hauk ke lautan hindi lah..


Haaa.. kan.. sumbang mambang betul aku dengar.. tu yg aku mcam WHAT!!
Quote ketupatnasi 25-10-2021 11:39 AM
Dah lama gila tak tengok live band/gigs since Butterfingers, Koffin Kanser or yang baru sikit Teh Tarik Crew...
Sesekali dengar radio macam boleh layan jugak Masdo ni, tapi dah hagak dah mesti ke laut live nya. Tak de kepercayaan haku!!  

Lihat semua komen(15)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 06:58 PM GMT+8 , Processed in 2.918542 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top