CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Sebelum Asar Bayar Balik" - Scammer Guna Imej Ustaz Don Minta Duit

15-10-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1345| Komen: 8

Description: Kegiatan scammer semakin menjadi-jadi hingga ada yang menggunakan imej dan nama selebriti atau figura terkenal tanah air.
Kegiatan scammer semakin menjadi-jadi hingga ada yang menggunakan imej dan nama selebriti atau figura terkenal tanah air. 

Pendakwah bebas dan usahawan terkenal, ustaz Don Daniyal juga tidak terlepas dari menjadi mangsa.


Kredit foto: IG Ustaz Don

Menerusi tangkap layar perbualan mesejnya bersama scammer di WhatsApp, scammer tersebut menggunakan fotonya berserban sebagai gambar profil dan menghantar mesej meminta wang berjumlah RM3,750 sambil mengatakan akan membayar semula wang sebelum solat Asar.



Difahamkan, scammer tersebut menggunakan fotonya dan nama wanita yang tidak dikenali bagi menipu mangsa.




Melihat perkongsian ustaz Don di Instagramnya, warganet meluahkan rasa marah terhadap scammer dan berkongsi pengalaman menerima mesej serupa di ruangan komen.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 15-10-2021 02:36 PM
Scam macam ni baru kepas kena dekat masjid imam tempat kawan, nasib baik imam tu cepat-cepat maklumkan dalam group kalau terima msg mcm ni jangan layan
Quote paiayam 15-10-2021 04:08 PM
Scammer ni mcm byk sangat dh kes. Sama je gaya whatsapp, tu belom lg dia guna perkataan Allahuu.. mcm nak penaboh la, lepas bebas tak tertangkap2.
Quote namemysoul 15-10-2021 04:20 PM
X phm..mksdnya ustaz don kn scam dgn fake?....musti scammer tuh nyesal salah target...hehehehe
Quote orenmango 15-10-2021 07:43 PM
Ayat penipu ni mmg sebiji.. guna la nama apa pun
Quote nakkomenjugak 15-10-2021 08:41 PM
Yihhhhhh kan bagus yang suka scam orang ni perut terburai on the spot ala2 cite mastika
Quote slyfynx 15-10-2021 08:44 PM
Eh, kalau orang mntk masuk akaun orang lain, tu bukan die la.
Tu je kene paham.
X kisah la alasan kad hilang ke, akaun anak saudara ke.
Nope
Quote fortiori13 15-10-2021 10:12 PM
Byk dah kes gini, harap kita semua hati2 bila dpt msg/Whatsapp gini
Quote eely_shana 16-10-2021 10:45 AM
mcm2 zaman skrg. suka guna nama org lain

Lihat semua komen(8)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.077572 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top