CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Makhluk Merah Jambu, Tembus Cahaya Macam Alien Terdampar Di Pantai

15-10-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2657| Komen: 17

Description: Beberapa foto tersebar di Facebook selepas makhluk aneh kelihatan seperti makhluk asing terdampar di sebuah pantai di Australia.
Beberapa foto tersebar di Facebook selepas makhluk aneh kelihatan seperti makhluk asing terdampar di sebuah pantai di Australia.

Makhluk misteri berwarna merah jambu dan tembus cahaya itu dilihat di perairan cetek di Pantai Urangan di Teluk Hervey, Queensland, lapor Daily Star.


Kredit foto: Daily Star

Menurut laporan BreezyScroll berhubung penemuan gumpalan aneh, orang awam mengambil gambar dan mempersoalkan sama ada makhluk itu merupakan spesies ikan batu yang terancam.

Ikan batu adalah ikan paling berbisa di dunia dan mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang satu jam.


Namun, teori dalam kalangan pengguna Facebook masih belum menemui jawapan mengenai spesies berkenaan, dan adakah ia sebenarnya dari bumi.



Timbul spekulasi mengenai ia sebenarnya merupakan bahagian ikan paus atau jerung yang cedera atau telah mati.

National Geography mendakwa ia adalah nudibranch, yang biasanya dijumpai di dasar laut dan sebahagian daripada keluarga siput laut.

Walaupun lebih 2,000 spesies dikenal pasti, spesies baharu nudibranch sering dijumpai.

Dilaporkan, penemuan aneh di Queensland tu menarik perhatian sekumpulan pakar di Muzium Australia. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 15-10-2021 01:29 PM
ini macam species hidupan laut yang duduk dalam jurang hitam di dasar laut.. rupa semua mmg agak aneh2..
mereka bercahaya dalam gelap sesuai dengan keadaan tempat tinggal mereka yang jauh di dalam jurang laut yang gelap gelita.. bila mati n timbul kat pantai dia jadi transparent gini..
Quote bellaamsar 15-10-2021 01:45 PM
Selalu yg seram2 gini yg duduk jauh kat dasar laut. mcm mana la boleh naik ke darat.. petanda nk jadi bencana alam ke
Quote nolya 15-10-2021 02:15 PM
Fikir2,  sesungguhnya Allah jadikan makhlukNya dlm bentuk berbagai rupa yg tidak dpt digambarkan manusia sebelum melihatnya.  Setelah  terlihat,  terasa  betapa peliknya Allah menciptakan.  Allah jadikan makhluk2 trs  juga disesuaikan dgn keadaan dn habitatnya setempat. Bila berlaku perlawanan, maka terjadilah kebinasaan spt ikan yg hidup di air, tanpa air ikan akan mati.  Hal2 pelik yg diperlihatkan kpd manusia itu sebenarnya mengajak kita  berfikir dn berkeyakinan  bahawa Allah itu Maha Besar lagi  Berkuasa.
Quote buragazz 15-10-2021 02:15 PM
Spesis Obor2 kot...
Quote ninja boy 15-10-2021 02:21 PM
Kawan Spongebob ni
Quote Simunggu 15-10-2021 02:35 PM
specis anti vaksin
Quote Supersirap 15-10-2021 02:41 PM
Semoga ahli zoologist ataupun saintis dapat memaklumkan dan menerangkan tentang makhluk ini
Quote dudaberhias 15-10-2021 02:49 PM
Tembus cahaya ke lutsinar, mana satu perkataan yang betul ya untuk kita guna? #cikgubm masuk lerrrr

Btw tak hairan pun makhluk2 baru di temui, kita kan baru explore berapa percent je laut tu. Belum iols sebut bertrillion galaksi yang wujud tu lagi. Entah2 dato seri vida dan ceknon versi avatar pun ada. Lepastu bergabung ala2 guardian of the galaxy dan jual produk.
Quote nakkomenjugak 16-10-2021 06:40 AM
Aiyooo pelik rupa nya
Ingat pink panther tadi
Quote missyL 16-10-2021 08:58 AM
I setuju ni hidupan air Laut dalam nie.
Cmne smpi ke darat nie...

Quote Artemesiaa 16-10-2021 11:05 AM
Selalu yang bentuk macam ni tinggal di laut dalam.  Jarang jumpa sebab tak ramai yang teroka kehidupan dilaut dalam lagi.
Quote Blackrose87 18-10-2021 03:02 AM
Betul2.. rasanya spesis dr laut dalam.
Pelik betul rupanya.. tapi warna pink tu cantik!
Quote sejarah 20-10-2021 03:26 AM
dudaberhias replied at 15-10-2021 02:49 PM
Tembus cahaya ke lutsinar, mana satu perkataan yang betul ya untuk kita guna? #cikgubm masuk lerrrr
...

lutsinar lutcahaya legap
lutcahaya lebih sesuai?
Quote ultra78 20-10-2021 07:09 AM
Adakah spesis obor-obor?
Quote lampor 20-10-2021 12:03 PM
Bamjat hati2 kalau nk berbikini kat pantai australia.... Takut disengat ikan paling berbisa ni...
Quote kemaruk 20-10-2021 12:44 PM
kondom terpakai
Quote shernazz 20-10-2021 01:05 PM
Nudibranch ni mcm2 kaler kan..
Siap ada bentuk bunny
Cantiks2.semua..

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.068343 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top