CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Penganggur Durjana Rogol Anak, Rodok Kemaluan Isteri Dengan Botol Susu

14-10-2021 09:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1204| Komen: 10

Description: Lelaki yang juga penganggur bukan sahaja merogol anak kandung, malah menyeksa isterinya dengan memasukkan objek asing ke dalam kemaluannya ketika melakukan hubungan seks.
Lelaki yang juga penganggur bukan sahaja merogol anak kandung, malah menyeksa isterinya dengan memasukkan objek asing ke dalam kemaluannya ketika melakukan hubungan seks.

Suspek, 40, ditahan semalam selepas perbuatan terkutuknya itu terbongkar apabila isterinya berusia 35 tahun membuat laporan polis dengan bantuan anak saudaranya yang ditemui di Alor Setar.

“Isteri mangsa memaklumkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun dirogol suspek.


Gambar hiasan

“Mangsa sebelum ini tidak mahu menghebohkan kejadian itu kerana bimbang dipukul suspek yang panas baran,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah di Sungai Petani hari ini, lapor Kosmo.


Difahamkan, mangsa rogol merupakan salah seorang daripada enam anak pasangan itu dan ia berlaku sejak Disember tahun lalu dengan kejadian terakhir pada Jun lalu.

“Remaja itu yang juga pelajar cemerlang didakwa dirogol bapa kandungnya ketika isterinya keluar bekerja atau sedang tidur.

“Sejak itu, mangsa mendakwa dirogol sebanyak enam kali dengan kejadian terakhir berlaku pada petang Jun lalu,” ujarnya.

Sementara itu, isteri suspek pula mendakwa kemaluannya sering dimasukkan botol serta objek keras yang tidak diketahui ketika melakukan hubungan seks sejak tiga tahun lalu selepas kelahiran anak bongsu.

Selepas ditahan, suspek mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap isteri serta anaknya.

Suspek yang bebas dari pengaruh dadah direman tujuh hari untuk membantu siasatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 14-10-2021 10:03 PM
Weh. Aku sorang je ke yg baru nampak Porom ada interface baru [em:1:]
Ke aku ketinggalan sampan?? [em:15:]
Utk tak OT - eh celakalah perogol ni
Quote gideoncross 14-10-2021 11:02 PM
Celakaaaa ko smpai mmpus whai c progol.
Quote kaoru44 15-10-2021 06:50 AM
Wah...gila punya perangai..moga2 dpt balasan setimpal..
Quote KamikuP 15-10-2021 10:31 AM
Musibatnyanya perangai.. mana nak tengok rupa penjenayah ni ye? Patut org mcm ni kene santau
Quote manehnya 15-10-2021 10:36 AM
Aku ingat kt luar negri... Babi la jantan ni, tlg bunuh dia ni
Quote paanley 15-10-2021 11:03 AM
Allahu akbar. Vavi sangat org mcm ni. Cepat-cepatlah masuk jel
Quote tipah89 15-10-2021 11:09 AM
musibat punya orang.
Quote Rockafella 15-10-2021 11:49 AM
Tergamaknya aniaya isteri dan anak, langsung takde hati perut!
Quote tupai 15-10-2021 12:53 PM
Bertuhankan nafsu betul jantan ni....

I benci la feature baru porem ni...x best
Quote lwyl 15-10-2021 01:38 PM
Takut baca berita macam ini. Ramai yang gila sex sekarang.

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065033 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top