Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pos Laju Diiktiraf Terbaik Di Malaysia

16-4-2015 11:26 AM |Dilihat:4849| Komen: 33
Pos Laju Diiktiraf Terbaik Di Malaysia



KUALA LUMPUR – PosLaju memenangi Anugerah Kecemerlangan Malaysia Frost & Sullivan 2015 bagi Pengendali Perkhidmatan Express Domestik Terbaik untuk tahun ke-tujuh berturut-turut semalam.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim berkata, pihaknya amat berbesar hati memenangi anugerah berprestij itu untuk tahun ketujuh berturut-turut.

“Terima kasih kepada semua warga kerja kami di seluruh negara yang telah berusaha dengan gigih untuk menunaikan tanggungjawab memastikan setiap penghantaran dilakukan dengan sempurna.

“Kami mengucapkan penghargaan kepada orang awam di atas sokongan berterusan ke atas Pos Malaysia. Kami akan terus mempertingkatkan lagi usaha supaya dapat memberikan kecemerlangan dalam perkhidmatan kami kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 
Anugerah Kecemerlangan Malaysia Frost & Sullivan 2015 memberi pengiktirafan kepada amalan terbaik dan prestasi cemerlang oleh syarikat-syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor.

Pemenang diadili melalui sesi temu bual, analisis dan penyelidikan yang menyeluruh yang dijalankan oleh penganalisis Frost & Sullivan.

Bagi mengenal pasti amalan terbaik, syarikat-syarikat akan dikaji berdasarkan pendapatan, bahagian pasaran, keupayaan dan sumbangan keseluruhan kepada industri.

Pos Malaysia sebelum ini memenangi anugerah Brand of the Year 2015 (Anugerah Nasional) dalam kategori Perkhidmatan Pos oleh World Branding Forum (WBF) yang berlangsung di Paris pada Mac lalu. – MYNEWSHUB.cc



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 33
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote lavaklip 17-4-2015 05:31 PM
ice_sky92 replied at 17-4-2015 05:28 PM
Setakat ni guna pos laju ok je. Paling jauh hantar ke Borneo. Cepat je sampai....

mahal...antar pakai kurier tokei india lagi murah...siap pick up kat rumah lagi.

ctsi logistik.


Lain-lain Komen

Quote Simunggu 16-4-2015 08:16 AM
memang Poslaju terbaik....kalah yg lain...
Quote bellaa 16-4-2015 08:23 AM
Seriously?

aku pakai citilink, lagi laju
Quote ad_hoc79 16-4-2015 08:56 AM
aq suka guna kiriman ekspress... kalau pos dokumen lah. mmg sampai keesokkan hari kalau pos hari ni
Quote qronaldo7 16-4-2015 09:21 AM
yup.. aku respek pos laju!!

walaupun postage banyak dorang still dapat deliver within 24 hours..

tapi ade gak dengar certain area problem. maybe attitude pekerja dorang la kot
Quote khailya 16-4-2015 09:25 AM
oh yeke.. asal aku duk tgk kawan2 aku sokmo komplen kt fb psl pos laju..
klu time perayaan tu boleh diterima lagi..
ni hari2 biase pn problem jugak.. camner tuu
Quote zach2008 16-4-2015 09:31 AM
Sekarang ni service dia org mmg ok. Byk tempat boleh pergi... stesen minyak pun ada pos laju.
Masa penghantaran pun sama je atau lbh cepat dari  courier service lain.
Quote pinkpunk 16-4-2015 09:37 AM
i hate pos laju.. klu deliver brg tu xleh ke call klu xde org bukak pintu? dah ler hon 2 kali, bunyi sayup2.. dgr plak dari dlm bungalow myollss tu
Quote alieyrina 16-4-2015 10:14 AM
Kwn aku yg xpenah bli on9 dpt parcel rebeh skit salahkan poslaju ...tah apa2 dia p tuduh poslaju bukak parcel dia...koser sgt..

aku xdak masalah dgn pl sbb brg aku suma sampai on time...so aku setju their service is the best
Quote Acong 16-4-2015 10:15 AM
mmg terbaik.........! hari ni kirim, semalam sudah sampai
Quote Al-Patih 16-4-2015 03:28 PM
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim berkata, pihaknya amat berbesar hati memenangi anugerah berprestij itu untuk tahun ketujuh berturut-turut.

budak budak kamu yang sepatutnya terima anugrah tu...
Quote amyra_aima 16-4-2015 03:39 PM
IYEKE TERBAIK?? APSAL PARCEL YANG AKU HANTAR KE SABAH, KOTAK KOYAK RABAK?? MCM ADA TIKUS PLAK GIGIT KOTAK TUH>> SIAN CUSTOMER AKU!!

Quote stania83 16-4-2015 03:42 PM
true that. pos beratus barang semua sampaiiii!!!!!
Quote zafira 16-4-2015 03:42 PM
oklah tu... tahniah...
Quote Changa 16-4-2015 03:44 PM
pinkpunk replied at 16-4-2015 09:37 AM
i hate pos laju.. klu deliver brg tu xleh ke call klu xde org bukak pintu? dah ler hon 2 kali, bunyi ...

tapi akak pernah terima call sekali dari pos laju nak hantar barang.
depends pada jenis barang kot?
yg akak terima call itu barang berkotak la.
kalau takat surat bodoh2 mmg tak pernah la terima call.
mereka letak jah notis bodoh itu.
Quote liyanur 16-4-2015 03:49 PM
amyra_aima replied at 16-4-2015 03:39 PM
IYEKE TERBAIK?? APSAL PARCEL YANG AKU HANTAR KE SABAH, KOTAK KOYAK RABAK?? MCM ADA TIKUS PLAK GIGIT  ...

yg ni betul so aku decide x hntar pkai kotak lg dah...
apa2 aku cari plastik jugak...

time dia laju 2 hari smpai...
tp kena ambik kat p.pos sndri...kol n htr jarang skali...

time dia slow seminggu pun snyap sunyi...
check kat tracking pun x berupdate...
Quote lonso 16-4-2015 04:19 PM
setakat ini okey dgn pos laju.. well done...
Quote HANIMUSLIMAH 16-4-2015 04:22 PM
Al-Patih replied at 16-4-2015 03:28 PM
budak budak kamu yang sepatutnya terima anugrah tu...

biasalah tu,lembu punya susu,
sapi dapat nama..
Quote Artemesiaa 16-4-2015 04:34 PM
Ok gak servicenya sekarang berbanding satu waktu dahulu.  Hanya kalau time delivery ke rumah je malas sikit dia nak tunggu cepat nau cabutnya
Quote kelip2_07 16-4-2015 04:36 PM
terbaik ke?klu brg dh smpai pn dok kepam berhari2..jenuh col sana cni xjgk antar

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.081996s Gzip On
To Top