Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Tarif Letrik Naik pulak... selepas gula.. ERL...Terima Kasih Kerajaan BN..

2-10-2012 03:40 PM |Dilihat:14692| Komen: 206
Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak
11:44AM Okt 2 2012

Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.
Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.

Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear.

Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.

"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.

Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan, namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya.

Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 206
Komen

Komen Terbaru

Quote versys 9-10-2012 07:22 PM
crossfire posted on 9-10-2012 05:17 PM
Tarif elektrik kekal pada kadar semasa

2012/10/09 -

Terima kasih pada Pakatan rakyat kerana sebab PR, Kerajaan tak jadi nak naikkan tarif letrik..

Lain-lain Komen

Quote ctaz 2-10-2012 01:20 PM
yeaaaaaaa...seronoknyer.........
Quote citulla3 2-10-2012 01:21 PM
sila naik...jgn malu2...

note: bila pulak ERL naik rege?
Quote lizaliza 2-10-2012 01:26 PM
ala...naik je...masa bila lagi nak kaut untung...
Quote mehmet 2-10-2012 01:26 PM
naikkan je aa, kesian gomen tanggung kos,  gomen share aa dgn rakyat,

p/s jgn lupa markup utk project pembinaan yek...pastu buat direct award....

~rakyat prihatin~
Quote biezie_slalu 2-10-2012 01:36 PM
dgn kaedah pengiraan bil yg baharu pun dah naik mendadak...
ini nak naik lagi?
Quote Anakpencen 2-10-2012 01:44 PM


ni baru panggil Urban bongok ko ni.. lain kali pakai kaki ayam jagan pakai selipar.. miskin sangat ko ni
Orang Asli gombak ke..

biasalah kalau nak standard macam Tokyo ke New York ke London ke baru best n seronoknya

yahoooooooooooooooooooo akhirnya Impian wa Malaysia setaraf Jepung tercapai..

sori ne  wa Urban Melayu bukan estate Melayu
Quote brownstone 2-10-2012 01:44 PM
Dkat US tarifnya fluctuate...kat Malaysia? Kalau TNB rugi pon..CEO dpt bonus bagai...kerani/ pekerja2 bawahn yg memastikan elektrik 24/7 sentiasa ada? Haram la nak merasa...hohoho, layak dpt BRIM jela..
Quote taji2906 2-10-2012 01:53 PM
Pangkah dacing, dah berat sebelah nampaknya dacing tu
Pangkah keris, menyucuk2 menikam2 pulak

PRU 13 dah terbayang nak pangkah tang mana...
Quote winamp05 2-10-2012 01:56 PM
bila nak naikkan harga beras, garam, minyak masak, dan lelain lagi pulak ? tak sabar ni.
Quote langlobat 2-10-2012 02:11 PM
Gaji aku jugak tak naik2
Quote haruslah 2-10-2012 02:17 PM
MAIH RENDAH BERBANDING NEGARA2 ASIA YG LAIN....
Quote freebird 2-10-2012 02:22 PM
kalau tak suka, dipersilakan guna pelita......pahammmm??
Quote underground 2-10-2012 02:26 PM
ah, akhirnya... baru la menyokong aspirasi BN.. brg naekkk...

rakyat heran sbb dah lama tak dgr benda2 naek nih... bila dah naek neh baru kami tidak lagi hidup dlm kehairanan. syabas.
Quote cmf_kunyit 2-10-2012 02:28 PM
tiap-2 bulan ada cas xtra ni,apa maksud "kumpulan wang tenaga bole baharu" ?
Quote tebuanharimau 2-10-2012 02:29 PM
Bil Naik!!!
Quote baghal_bortuqal 2-10-2012 02:40 PM
cmf_kunyit posted on 2-10-2012 02:28 PM
tiap-2 bulan ada cas xtra ni,apa maksud "kumpulan wang tenaga bole baharu" ?

feed-in-tariff

utk membantu membayar pembangunan industri tenaga boleh baharui

Quote surwanis 2-10-2012 02:45 PM
freebird posted on 1-10-2012 06:22 PM
kalau tak suka, dipersilakan guna pelita......pahammmm??

bkn bertukar kewarganegaraan ke??
Quote jem^roselle 2-10-2012 02:49 PM
kita semakin ditekan dgn kos2 lain setelah mereka janji dgn habuan mcm2 tu.

habuan -skali je dpt
knaikan kos - sampai mati tanggung
Quote cmf_wombat 2-10-2012 02:50 PM
kalau dah miskin tu buat cara miskin
jangan nak berlagak nak guna letrik air bagaiii...
u dont like u can gedotof here

Lihat semua komen(206)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.062179s Gzip On
To Top