Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Cabut Lari Di Gertak Awek

7-7-2014 12:13 PM Komen: 53
Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Tindakan berani seorang wanita menggertak dan mengambil gambar dua penjenayah cuba mencuri kenderaan yang menyamar sebagai pekerja agensi tarik kereta menyebabkan suspek melarikan diri.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa yang berusia 32 tahun hampir dirompak penjenayah ketika berada di kawasan meletak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Selayang, Gombak.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zeti, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu kereta Perodua Kelisa bersendirian untuk membeli barang dapur.
Menurutnya, kereta dipandunya secara tiba-tiba dipintas dan dihadang sebuah kereta Perodua Viva dinaiki dua suspek terbabit.

Dia berkata, dua lelaki yang dianggarkan berusia pertengahan 30-an itu secara tiba-tiba mengarahkannya keluar daripada kenderaan dan menyerahkan kunci kereta.

“Seorang suspek memberitahu bahawa dia ditugaskan pihak bank untuk merampas kereta itu kerana saya gagal membayar ansuran bulanan. 

“Saya yang terkejut dengan arahan lelaki itu terus mengajaknya berbincang di pintu masuk pasar raya itu. Saya berasa sangsi kerana kereta itu tidak lagi terikat dengan pinjaman bank berikutan semua baki ansuran sudah dijelaskan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul di sini, semalam.

Tidak puas hati dengan tindakan suspek yang cuba memperdayakannya, Zeti meminta suspek menunjukkan surat arahan dari bank bagi menarik kereta itu selain memberitahu nama pemilik sebenar kenderaan dipandu.

“Malangnya suspek gagal menunjukkan sebarang bukti dokumen selain memberitahu nama sebenar pemilik kereta ini,” katanya, Bagaimanapun, tembelang kedua-dua penjenayah terbongkar apabila seorang suspek berpura-pura menelefon seorang `pegawai bank’ dan bertutur dalam bahasa Tamil.

“Dia mendakwa mendapatkan maklumat daripada pegawai bank yang mengarahkan kereta saya ditarik. Namun saya tambah pelik apabila dia memberitahu bahawa pegawai bank itu bernama Faizal sedangkan dia berbual dalam bahasa Tamil.

“Saya kemudian bertindak berani mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gambar suspek dan kereta dipandu. Tindakan saya itu menyebabkan penjenayah tersentak seketika,” katanya.

Terkejut dengan tindakan mangsa, suspek kemudian terus melarikan diri dari lokasi kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya berhubung kejadian itu.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
4
Terkejut
5
Sedih
3
Lawak
4
Bosan
3
0
0
Komen: 53
Komen

Komen Terbaru

Quote melia_star 10-7-2014 04:44 PM
berani2 sgt nk amek gambor org tu dgn plet kete dia...sekali kene dgn samseng tegar, diparangnya ko kt situ camne....nasib baik yg try ko tu samseng jadian jah.....ishhh...

Lain-lain Komen

Quote lavasahur 6-7-2014 02:39 AM
selayang..??...gombak..??

@boyagombak  .....sat lagi lu famous amos la gambar sudah kena ambik....



Quote cmf_blingblings 6-7-2014 02:48 AM
Perkida, Perkida...
Quote boyagombak 6-7-2014 02:54 AM
lavasahur posted on 6-7-2014 02:39 AM
selayang..??...gombak..??

@boyagombak  .....sat lagi lu famous amos la gambar sudah kena ambik... ...

Cheitt poodah cheitt.wa cakap Hindustan tau la psl ada kena mengena dgn SRK & Salmonella Khan. Tapi awek tu ada ckp yg salah sorang koling tu panggil kawannya labatambi. Lu tunggulah ya kut nnti ada org ketuk pintu masa sahur nnti. Selamat bersahur di IPD Gumbak
Quote kakikuDibibirmu 6-7-2014 02:54 AM
perodua dengan perodua, proton tepuk tangan
Quote lavasahur 6-7-2014 02:59 AM
boyagombak posted on 6-7-2014 02:54 AM
Cheitt poodah cheitt.wa cakap Hindustan tau la psl ada kena mengena dgn SRK & Salmonella Khan. Tap ...

gombak tarak ipd la...sentul ada..gombak tumpang sekaki situ..

abang ipar member wa adik dia polis yg bagitau..



Quote jengkoil 6-7-2014 03:02 AM
Viva nak rompak kelisa...

ckp lebih2 kan tergelincir jadi riak ujub takbur...
Quote Babai 6-7-2014 03:03 AM
Keleng rupanya perompak tu.
Quote FanTasyCreaTioN 6-7-2014 03:29 AM
perompak terlupa seketika ..
ada nya alat canggih manggih sekarang ni

Quote sigila 6-7-2014 03:40 AM
Masih bernasib baik
Quote intriQue 6-7-2014 05:50 AM
Siang2 hari pun dah tak selamat
Quote noor2 6-7-2014 05:53 AM
beraninya...nasib depa tak cedera atau membunuh...sebenar kita sebagai mangsa tu la yang paling kita takut..
Quote ~anya~ 6-7-2014 05:59 AM
Mana gambarnya pencuri2 tidak semenggah itu...
Quote alinone78 6-7-2014 05:59 AM
Pompuan ni memang berani
Kena ajo anak bini ni
Quote ~anya~ 6-7-2014 06:00 AM
Harap gambar tersebut go viral supaya pompuan lain boleh berwaspada..
Quote lasagnaklcc 6-7-2014 06:02 AM
Berani nya hakak berhentikan kereta...

Buatnya org tu mmg beli kereta cash, confirm terpinga2.
Quote tupaiterbang 6-7-2014 06:10 AM
paria dan taktik tarik kete mmg susah dipisahkan..diharap polis tembak mampos
Quote sueism 6-7-2014 06:23 AM
kat malaysia nie kena pakai kereta beat up car aje , kalau kereta dah tua
lapuk memang penyamun pun tak nak samun sebab kereta tua perception
org tak ada duit kan?
Quote peYno 6-7-2014 06:34 AM
kakikuDibibirmu posted on 6-7-2014 02:54 AM
perodua dengan perodua, proton tepuk tangan

malu la nak bandingkan  preve yg 6 airbags dgn keta2 murah perodua tuu
Quote mak_wa95 6-7-2014 06:39 AM
nasib kete tu dah habis bayor..

kalau x..mungkin terkena..

Lihat semua komen(53)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top