Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kisah Hantu Tandas Yang Popular Di Jepun

25-4-2014 05:19 PM Komen: 40
Kisah Hantu Tandas Yang Popular Di Jepun

Kecil - kecil dulu setiap daripada kita pasti pernah merasakan perasaan ini; takut untuk ke tandas. Mesti anda tak nak mengaku kan! Lagi menyeramkan kalau tandas rumah anda jenis yang berada di luar rumah atau waktu mula - mula kenal tandas asrama.

Hal sebegini adalah normal pada setiap budak - budak mahupun mereka yang masih lagi ketakutan walhal sudah layak menimang cucu! Bermacam cerita dan rupa entiti yang kita bayangkan semasa di tandas, di belakang atau bawah pintu tandas, di depan cermin, di sinki, atau di dalam mangkuk tandas!



Di Jepun contohnya, mereka mempunyai kisah dan urban legend yang tersendiri mengenai hantu dalam tandas. Kalau bertanya kepada budak - budak Jepun, pastinya mereka sangat kenal dengan nama dua jenis hantu tandas yang popular ini.

AKA MANTO

Ako Manto adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai sejenis semangat jahat yang gemar menghantui tandas awam dan tandas sekolah. Hantu Ako Manto ini akan datang kepada anda dan meminta anda memilih kertas merah atau kertas biru. Semasa seseorang sedang duduk dalam tandas (biasanya bilik air yang paling akhir sekali), akan datang satu suara yang meminta untuk membuat pilihan antara kertas merah atau biru. Kalau anda menjawap kertas merah, maka dengan serta merta anda akan dihiris sehingga baju yang dipakai bertukar menjadi merah darah! Manakala jika anda memilih kertas biru, semangat tadi akan terus mencekik anda sehingga wajah anda bertukar menjadi biru. Kedua - dua pilihan adalah maut! Jadi semasa membuat pilihan, pilihlah yang terbaik untuk anda. Jika diminta kertas merah atau kertas biru, maka pilihlah 'atau' untuk jalan selamat (Admin memandai tambah). Tetapi jika anda salah membuat pilihan, semangat jahat tersebut akan mengheret anda ke dunia yang lain.Ada pula versi lain dimana, hantu Ako Manto ini meminta anda untuk memilih sama ada mantel merah atau mantel biru. Jika anda memilih mantel merah, bahagian belakang badan anda akan dikoyak sehingga menyerupai mantel merah. Manakala jika anda memilih mantel biru, darah anda akan dihisap sehingga kering pucat!

Ada juga kisah dimana seseorang cuba mengejek semangat jahat tersebut dengan meminta kertas kuning, akibatnya kepalanya akan ditolak masuk ke dalam mangkuk tandas yang sedang digunakan. Kehkehkeh!

HANAKO-SAN

Seperti AKO Manto, Hanako-san juga adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai roh yang mendiami tandas sekolah. Cuma bezanya, ia menyerupai bentuk fizikal seorang kanak - kanak perempuan dan akan muncul jika namanya dipanggil. Jika anda pergi ke bilik air yang paling akhir dan mengetuk pintu sebanyak 3 kali sambil bertanya, "Hanako-san, awak ada di dalamkah?", satu suara akan menjawap "Saya disini!". Dan jika anda masuk, anda akan segera mendapati seorang kanak - kanak perempuan dengan skirt merah, sedang menunggu anda. Hanako-san sangat popular secara meluas dan kerap kali dimainkan oleh budak - budak sekolah untuk menakut - nakutkan pelajar baru, menyamai legenda Bloody Mary di sekolah - sekolah barat.





Hanako-san dilaporkan dalam pelbagai variasi rupa dan tindak tanduk, bergantung kepada kawasan dan sekolah yang dihuninya. Penampilannya juga boleh jadi berbeza, namun biasanya adalah budak perempuan dengan rambut yang pendek dan mengenakan skirt merah. Tingkah lakunya juga boleh jad nakal, dengki hati ataupun mesra.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
1
Terkejut
7
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
5
Komen: 40
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ekjoz_double 16-4-2014 12:46 PM
DrBikers posted on 5-4-2014 07:39 PM
cerita ni agak lama dah terjadi,masa 80an...masa tu duk asrama..asrama putera ngan puteri xde lah ...

Kikikiki.. Masa aku sekolah berasrama pun aku ada geng nakal skodeng asrama budak perempuan.. Tapi nakal2 kami pun takat skodeng je la.. ada geng yg lebih nakal lagi dok curi bra bebudak perempuan sampaikan warden anjurkan solat hajat.. Yg kena pengalaman angker pun geng curi bra ni jugak, geng kami alhamdulillah balasan dalam bentuk lain..huhuhu

Lain-lain Komen

Quote popjack 1-4-2014 06:12 PM
heheheheh bloody mary bloody mary aku nk merak jgn kaco!
Quote lavendernovella 1-4-2014 08:39 PM
Kt setiap tandas mmg ader setan dan jin ... aka hantu ...
Quote jonkunyit 1-4-2014 09:06 PM
lavendernovella posted on 1-4-2014 08:39 PM
Kt setiap tandas mmg ader setan dan jin ... aka hantu ...

termasuk tandas rumah awak kah?
Quote esbok 1-4-2014 10:03 PM
mujur time dok asrama aku tak penah nak ingat pasal cerita hantu tandas walau pun jam waktu aku bangun nak ke toilet kul 3 pagi. siap pilih tandas terakhir sebab tandas faveret yang mmg aku jaga kebersihannya.
Quote purpledesire 1-4-2014 10:55 PM
tandas mmg tempat tinggal depa..sbb itu Islam dok ajaq kalo nak keluar masuk tandas kene bace doa..
Quote clarizsa 2-4-2014 12:53 AM
skrg pun i takut lg nk p tandas mlm2... sbb ketagih citer antu la ni... x pasal2 jd takut... dhle slalu rsa seram sejuk...

Quote clarizsa 2-4-2014 01:05 AM
i nk share cerita pasal tandas kt opis sebuah kilang... ni kwn i yg citer...

sorang amoi ni, i pggil D je la ye... D suke pkai skirt pendek,sexy... suatu hari, D gi toilet opis sorang2... agak lama dia kt dlm toilet tu...

tetiba D kuar dr toilet, menangis2 minta tolong, sambil separuh badan disembunyikan belakang pintu toilet... rupanya skirt D dah hilang, ghaib masa dia tgh nak tolak skirt ke bawah,utk duduk, atas seat toilet tu...

kwn i ni IT exec yg jaga cctv pun check, mmg si D ade pakai skirt masa ke tandas tu... jenuh kwn2 geledah toilet tp x jupe..

big boss pun pggil bomoh cina, dia ckp ada penghuni toilet tu berkenan kt D.. xtaula betul ke, tidak.. pastu bomoh tu tampal kertas jampi kt toilet tu n suh buka pintu blkg toilet supaya sinar matahari masuk pepagi...

makcik cleaner pun pnah kna kaco kt kilang tu..

hehe... cam seram kelakar plak..
Quote amirezu 2-4-2014 01:51 AM
Teringat masa sekolah rendah dulu kat Sabah. Pernah satu hari tu sekolah jadi kecoh ada budak pompuan menjerit dalam tandas. Katanya ada HANTU MENTOL!
Quote clarizsa 2-4-2014 03:47 AM
dulu pnah kecoh kat uitm, ade makhluk isap darah pad kt tandas... seram giler...
Quote zakutaki91 2-4-2014 06:29 AM
Pengalaman tandas aku lah. Xde lah seram mana. Just misteri je.

Berlaku masa aku sekolah rendah, lebih kurang darjah 4 or 5. Aku terpaksa pergi sekolah awal pasal bapak aku kene outstesen aritu. Pukul 6 da sampai sekolah. Memang sunyi sepi lagi lah sekolah time tu. Jenis aku memang pagi2 akan memerut(perangai ni membawak smpai sekarang. Hehe).

Disebabkan tergopohgapah ketika bersiap untuk kesekolah, aku terlupa untuk memerut pagi tu dan bermula lah pengalaman misteri aku.

Aku ni pulak memang jenis penakut. Nak2 kalau pasal tandas. Tapi sebab da tak tahan sangat nak memerut, kugagahi jua langkahku menuju ke tandas. Kang tercirit dalam selua kang dah satu hal pulak. Bayangkanlah pukul 6 lebih tu, haripun gelap lagi. Ada lah jugak beberapa budak lain tapi sume aku x kenal untuk aja meneman. So aku pegi lah ketandas.

Aku pilih tandas yang mula2 skali pasal pada hemat aku yang masih innesen tu, senang nak lari kalau jd pape. Da siap plan da kalau emergency sangat xyah cebok pon xpe, cabut je dr tandas tu dulu. Hehehe. Sedang syok meneran tetiba aku terdengar bunyi air dari singki luar tu terbukak. "Ah sudah, dia main air pulak! Jahanam plan aku sebelom nie. Aku bujet antu tu kua dr tandas ujung, nie kat singki pulak. Macam mane nak lari? Kang kene berdepan pulak. Adesss." Otak ku berpikir.

Aku memang da cuak gila lah pasal aku dpt bezakan bunyi air tu. Air tu just dibukak dan dibiarkan mengalir mcmtu je. Kalau tadah tangan msti rosa flow air tu kan and bunyi pon akan berubah. Ni x. Just bunyi air mengalir sekata je. Then dari kejauhan aku dengar bunyi tapak kaki dan suara budak bersembang menuju kejamban. Lega siit hati ni. Bila bunyi tapak kaki da dekat otomatik bunyi air dari singki tu pon stop. Apa lagi, tanpa berlengah aku cebok bersih2 dan keluar. Sempat aku tanya budak dua org tu ada nampak budak keluar x daripada tandas. Dan disebab kan ni cerita misteri, aku rasa mesti korang da tau jawapan budak dua orang tu kan? Hehehehe

Aku pun terus belah keluar tandas dan terus dihantui misteri sampai lah sekarang.
Quote fifie_olin 2-4-2014 08:57 AM
jamban seme tu kan umah jin2 setan ni...pe nk heran...
Quote Limah 2-4-2014 12:18 PM
kat Malaysia ada

Hantu Susu.. Malam2 ketuk pintu umah org mintak susu
Hantu tetek... suka sorok budak yg main time magrib bawah tetek dia.

itu aje hantu Malaysia yg Limah ingat.. hehehe
Quote Shahreen74 2-4-2014 01:36 PM
tandas kan tempat kesukaan mende tuh... kt umah ok lg lah.. x skeri mana pun... tp klu kt luar tu kekdg rasa cam seram jer bila masuk dlm tandas...

tp kenapa ada tandas yg berkunci dr dlm ekkk.. tunggu punya tunggu...punya tunggu  xde org pun kuar dr tandas tu? camner leh lock plak kan... tandas tu rosak ke? kaka cleaner tu lock kan ke?
Quote supernaturalee 2-4-2014 03:36 PM
Shahreen74 posted on 2-4-2014 01:36 PM
tandas kan tempat kesukaan mende tuh... kt umah ok lg lah.. x skeri mana pun... tp klu kt luar tu ke ...

tgh tgu awak










Quote Emoloser 2-4-2014 03:58 PM
tandas perempuan memang banyak hantu sebab nak isap darah haid
Quote Syumaimah 2-4-2014 04:40 PM
Aku akan takut nak masuk tandas klu siling dia berlubang.... memang aku akan pandang je kat lubang tu sambil membayangkan ada hantu ju on merangkak keluar... huhu
Quote esbok 2-4-2014 04:48 PM
Emoloser posted on 2-4-2014 03:58 PM
tandas perempuan memang banyak hantu sebab nak isap darah haid

plus ada yang tak cuci, penah tengok pompuan ni buang pad dia dalam tong sanitary, tapi pegan hujung jari je. Geli sangat kekdahnya dengan pad sendiri, aku fikir geli kan apa. Bila aku teliti, mak aih, penuh darah. Kot ya pun tak cuci nok oi, bungkus la. Dah engko geli dengan darah sendiri apatah lagi org lain.
Quote DrBikers 2-4-2014 10:33 PM
  dlu kitorg mmg kaki intai pelajar pompuan kat toilet sekolah asrama(zaman nakal+bangang)..ade skali tu..kami tersalah intai...bila ingat blk... sejak kes tu...taubat dah!
Quote Shahreen74 3-4-2014 08:13 AM
DrBikers posted on 2-4-2014 10:33 PM
dlu kitorg mmg kaki intai pelajar pompuan kat toilet sekolah asrama(zaman nakal+bangang)..ade skal ...

cerciter.. cerciter... ko nampak antu tgh jilat pad ye... eeeiii... giler aarr dorang nih.. x reti cuci...

so buat lelaki yg bakal berkahwin atau dah berkahwin.. sila bgtau bakal isteri atau isteri2 kamu.. supaya mencuci pad walau dimana sahaja pad tu dibuang.. jgn ingat mudah saja ye...

pernah terbaca dlm article mana tah dedulu... mengatakan bahaya darah itu adalah benda yg bernyawa.. & bla... bla.. bla.. lupa dah apa citernyer tp start dr tu mmg cuci pad lah setiap kali tukar walau kt mana pun...

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.100906s Gzip On
To Top