Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Warga emas nyaris maut ditikam penyamun

26-2-2013 09:17 AM |Dilihat:5566| Komen: 22
Kuala Lumpur: Seorang warga emas berusia 64 tahun nyaris maut ditikam dua lelaki bermotosikal yang bertindak menyamun mangsa dalam kejadian di belakang tokong Cina, Jalan Maharajalela, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Wong Kock Hin berseorangan melalui laluan pejalan kaki.

Secara tiba-tiba mangsa dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal lalu bertindak cuba menyamun mangsa. Difahamkan berlaku pergelutan menyebabkan suspek menikam perut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur.

Mangsa rebah dengan pisau melekat di perutnya. Suspek memecut laju meninggalkan mangsa dan orang awam yang melihat kejadian itu menghulurkan bantuan, katanya.
WONG terbaring kesakitan selepas ditikam dua lelaki bermotosikal.

Zainuddin berkata, mangsa yang menetap di Bandar Bukit Jalil, dekat sini kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 22
Komen

Komen Terbaru

Quote munchkin 27-2-2013 02:01 AM
Kurang ajarrrrr

Lain-lain Komen

Quote KarinaKapur 26-2-2013 09:31 AM
ya Allah kesiannya dan ngerinya..kalau gua ada kat situ, mau pengsan.. haihh malaysia masih selamat
Quote mrbotak 26-2-2013 09:36 AM
aduii.. ngilu perut aku tgk pisau nye masih t'pacak..
Quote amyainsamad 26-2-2013 09:44 AM
kesian.....
Quote testas 26-2-2013 10:21 AM
gila ahhhh
Quote azlinahmad 26-2-2013 10:39 AM
penyamun/peragut masih tak berkurangan...
Quote cak! 26-2-2013 12:50 PM
DAily TRaffic REport
Like This Page 2 hours ago

Kes ragut berlaku semalam di Salak Selatan.. Mengapa penjenayah semakin ganaz dan tidak berperikemaknusiaan.. Jangan Jadi hamba yang nak cepat kaya..
Pic sumbangan rakan FB.. terima kasih..

Quote NIXAR 26-2-2013 12:55 PM
peragut2 ni mmg patut dibelasah sampai mampus je. hidup susahkan org je
Quote ren0_0 26-2-2013 12:59 PM
perghhh gila kejam. manusia sanggup buat apa juga untuk duit

harap peragut tu ditangkap dan didakwa atas cubaan membunuh
Quote SulurBidar 26-2-2013 12:59 PM
Akibat keceluparan Hishamuddin yg menyatakan "Malaysia sebuah negara yg selamat.."

maka, rakyatlah yg menjadi mangsa..
Quote flying_cow 26-2-2013 01:00 PM
Celaka punya peragut. Harap kau mati dilanggar lori atau dijangkiti HIV.
Quote PitMie 26-2-2013 01:03 PM
Jenayah ragut nih bilaaa laaa nak selesai....kalau setakat ragut je okay lg, nih sampai yg diragut pun mcm2 jd...paling ganaz sampai ibu mengandung pun mati kes ragut...grrgrrrrrr.........!!!

Aku penah tgk kes ragut depan mata, kena kat kawan sendiri (pompuan) dlm kawasan tmpt kejer, tp tak sempat tangkap walaupun kejar sbb dia smpat naik atas moto kwn yg dok tunggu....do'a mampos eksiden je time tuh..
Quote SulurBidar 26-2-2013 01:06 PM
Salah satu tanda bahawa jenayah di negara semakin meningkat

1 - rompakan berlaku secara terang-terangan
2 - pembunuhan berlaku di kawasan awam
3 - masyarakat awam mula mengambil tindakan sendiri utk menghapuskan jenayah

ada 3 tanda ni cukup utk menyatakan Malaysia bukan kawasan yg selamat.
Quote Komrade 26-2-2013 01:15 PM
apa nak jadi sekrang ni!!!
Quote redmoskito 26-2-2013 01:20 PM
takut btol nak keluar g jalan2 skrang nie.. sbb mcm x aman jek,, masuk umah sendiri pon penyamun boleh dtg menyamun.. seram2
Quote tobby 26-2-2013 01:20 PM
SulurBidar posted on 26-2-2013 01:06 PM
Salah satu tanda bahawa jenayah di negara semakin meningkat

1 - rompakan berlaku secara terang-te ...

right. bila polis dah tak boleh buat apa terhadap jenayah maka org  ramai akan kembali kpd kaedah zaman dulu iaitu tangkap sendiri & hukum sendiri.
Quote ladygempak 26-2-2013 01:24 PM

kejamnya..
Quote addina3606 26-2-2013 01:26 PM
'selamat' sungguh Malaysia ku yg terchenta nih..
Quote ifanonline 26-2-2013 01:29 PM
padah memberi IC percuma...
Quote ifanonline 26-2-2013 01:32 PM
padah memberi IC percuma...

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044996s Gzip On
To Top