CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hebat Dalam Penulisan? Jom Jana Pendapatan Sampingan Dengan Menjadi Penulis Freelance CARI

7-7-2021 10:43 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3090| Komen: 2

Description: Anda minat menulis? Ingin menjana pendapatan melalui penulisan? Minat dengan topik trending di laman sosial?



Anda minat menulis? Ingin menjana pendapatan melalui penulisan? Minat dengan topik trending di laman sosial?

CARI Content Warrior merupakan satu skim baharu yang diperkenalkan di CARI.COM.MY khas untuk anda yang berminat untuk menulis apa sahaja yang boleh boleh menjadi viral atau diminati pengguna lain.

Anda layak bergelar CARI Content Warrior atau penulis kami bila artikel yang anda hantar terpilih untuk disiarkan di laman CARI.COM.MY dan Cari Facebook page (followers 100 ribu ++).


Bagaimana ingin sertai?
1. Daftar di SINI dan anda boleh mula hantarkan artikel anda kepada kami.

2. Untuk hantar artikel, selepas daftar, anda boleh mula login. Kemudian pergi 'Warrior Center' -> Article Manage -> New Articles.
3. Maklumat lanjut tentang cara memasukkan dan menghantar artikel, KLIK DI SINI.
4. Artikel anda akan dinilai/ disunting/ ditambah/ ditolak oleh editor.
5. Anda boleh melihat status artikel pending, approved atau rejected.


Artikel anda harus merangkumi:
1. Cover photo
-Merupakan gambar yang akan dijadikan 'cover' atau 'featured image' bagi artikel berkenaan.
-Pemilihan gambar yang sesuai dengan artikel dan cantik seharusnya menjadi keutamaan.
-Saiz 'cover photo' haruslah 1200 x 630 pixels.


2. Tajuk
- Pemilihan tajuk catchy dan provokatif dibenarkan namun jangan 'over' atau menyentuh sensitiviti perkauman dan agama.


3. Channel
1. Fokus
2. Hiburan Trending
3. Gosip Socmed
4. Gaya Hidup (Kecantikan, Fesyen, Keluarga, Tips& Petua)
5. Explorasa (Food & Travel)
6. Teknologi (Gajet, Automobil)
7. Sukan
8. Politik
9. Lain-lain (Global, Misteri, Seram)


4. Kandungan/content original
- Menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami (namun bukan bahasa pasar).
- Perenggan yang pendek dan tidak meleret ( 4 baris satu perenggan).
- Jumlah perkataan 300- 500 perkataan sahaja bagi satu artikel.
- Tahu dan biasa dengan gaya penulisan CARI.COM.MY yang santai, bersahaja dan tidak meleret.
- Hasil penulisan mesti ada sumber, bukan karangan, hasil nukilan sajak atau promosi produk.
- Masukkan gambar hiasan, 'screenshot' atau video yang berkenaan dengan artikel.


5. Memetik sumber
- Petik sumber asal (contoh, Memetik laporan Astro Awani, Menurut laporan The Guardian).


Apakah larangan dalam artikel?
1. Berita palsu
2. Informasi tidak tepat
3. Elemen seks dan keganasan
4. Isu sensitif seperti perkauman dan agama
5. Copy & Paste


Tugas Cari Content Warrior
1. Tiada had dalam penghantaran artikel. Tulis apa sahaja tajuk yang boleh viral!
2. Sentiasa pastikan kualiti artikel (seperti ejaan, bahasa, perenggan dan sebagainya) sebelum dihantar.
3. Pastikan maklumat yang diberikan tepat.
4. Boleh berkongsi pandangan peribadi namun digalakkan bersikap neutral sepanjang masa.
5. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Artikel yang mengandungi lebih 50 peratus sama dengan website lain, akan disekat dari diterbitkan.
6. Elakkan menggunakan gambar yang mempunyai watermark. Setiap gambar yang digunakan harus dipetik sumber asalnya. (Contoh, Sumber foto: Media Hiburan).
7. Tularkan artikel masing-masing yang sudah diterbitkan di laman CARI.COM.MY agar dapat mencapai Page View (PV) yang tinggi. (Semakin tinggi PV, semakin tinggi jumlah bayaran anda).


Ganjaran
Ganjaran bagi setiap penulis akan dibayar seperti berikut:

1. Page view (PV) di portal Cari
a. Level 1 - Kadet : mendapat RM1.30 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic)
b. Level 2 - Master : mendapat RM1.50 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic)
c. Level 3 - Mahaguru : mendapat RM2.00 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic)

Jumlah PV yang dihasilkan dalam bulan Mac akan dibayar pada hujung bulan April atau sebelum 5 Mei. 
Jumlah PV yang dihasilkan dalam bulan Mac merangkumi keseluruhan PV yang dihasilkan artikel ditulis pada Mac, Feb dan Jan.

2. Page view (PV) di forum Cari
Semua artikel yang diletakkan di forum Cari turut mendapat ganjaran iaitu sebanyak RM1.10 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic).

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 19-5-2021 06:50 PM
Alaaaa iols dh byk article keluarkan aritu... Iols more expert to info kewangan(tax), kesihatan serta perlancongan.
Quote Tinot7 19-5-2021 06:47 PM
Camni ka ayamph kena bayaq dolu2?

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.066056 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top