|
Sering ditanya soalan sama berkaitan kehamilan gara-gara perubahan fizikal, penyanyi Ernie Zakri sekali lagi menafikan dirinya kini sedang berbadan dua.
Mempunyai perancangan menimang anak pertama, Ernie, 29, bagaimanapun berkata, waktu ini bukanlah masa yang sesuai memandangkan masih bersedih dengan pemergian ibu mentuanya. Namun bergitu, isteri kepada penyanyi Syamel ini mengharapkan peminat mendoakan mereka dikurniakan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat. "Siapa saja yang sudah berkahwin mesti mahu menimang cahaya mata dan sudah tentu itu perancangan saya dan Syamel. "Kalau boleh lepas kahwin nak cepat-cepat dapat anak. Cuma waktu sekarang ini, tengah dalam kesedihan dan ketiadaan umi.
"Tolong doakan saya supaya cepat ada rezeki untuk ada anak bersama Syamel. Mungkin rezeki suami saya beri makan itu sebabnya (perubahan fizikal)," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.689576 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.