|
Perjalanan yang ditempuh pelakon Amelia Henderson selepas episod kegagalan dalam perkahwinan pada 2018 bukan satu perkara yang mudah untuk dihadam sekelip mata.
Namun, kematangan wanita berusia 26 tahun itu dalam mendepani setiap dugaan hidup perlu dipuji kerana berjaya keluar daripada segala perasaan duka dan kecewa. Siapa sangka, jelitawan berdarah campuran Sri Lanka-Scotland itu kini bahagia melayari kehidupan solonya tanpa komitmen atau berdepan tekanan hidup. "Saya seronok melayari kehidupan sekarang sebab saya tak perlu nak fikir apa-apa masalah. Lagipun jadual kerja saya sentiasa padat dan ada saja perancangan baharu yang saya ingin lakukan. "Masa yang terluang saya isi dengan perkara yang menyeronokkan seperti membuat panggilan video dengan rakan-rakan, bermain TikTok serta meluangkan waktu bersama keluarga.
"Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan tiada sedikit pun perasaan sunyi. Saya ada kawan-kawan yang sangat menyokong dan akan memastikan saya berada dalam keadaan yang baik. "Buat masa ini, saya belum terfikir untuk ada sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki. Saya selasa dengan kehidupan solo ini," katanya.
|
kini bahagia melayari kehidupan solonya tanpa komitmen atau berdepan tekanan hidup.
cicicumel replied at 12-7-2021 01:13 PM
sri lanka patutlah muka mcm yindia..
chinta89 replied at 12-7-2021 04:29 PM
maknanya masa kawin tu byk komitmen dan hidup tertekan?
kawin kerabat ape yg susahnya bukan j ...
bedahmenjuyah replied at 12-7-2021 07:38 PM
Rasanya kerabat tu yg dump dia. Dah ada bini lain now kalau tak silap. Sian amy. Habis madu sepah ...
Meiizu replied at 12-7-2021 07:30 PM
Dia ni mesti serba salah..dulu masuk islam sebab nak kawin.ni dah cerai katalah ter in luv non musli ...
bedahmenjuyah replied at 12-7-2021 07:38 PM
Rasanya kerabat tu yg dump dia. Dah ada bini lain now kalau tak silap. Sian amy. Habis madu sepah ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 11:40 AM GMT+8 , Processed in 1.101956 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.