|
Ada babak mesra, peluk dan berguling-guling? Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah bersedia menerima kecaman penonton. Difahamkan, dalam filem Sabda Kekasih yang mula ditayangkan di saluran Astro First 480, hari ini, ada babak di mana Bukhari Muslim (Aeril) memeluk kekasihnya, Kasih Murni (Wawa) yang bertudung labuh.
"Saya tahu dalam filem Sabda Kekasih ini ada babak bersentuhan dan peluk walaupun belum berkahwin. Realitinya, kami memang suami isteri dan semua orang tahu. "Hakikatnya, ada segelintir orang memang begitu walaupun belum berkahwin, tetapi ia tak perlulah jadi ikutan (tidak menjaga batas). "Bagi saya, waktu inilah iaitu ketika dalam penggambaran saya boleh pegang perempuan. Ini kerana saya tidak pegang atau bersentuhan dengan pelakon perempuan lain dalam mana-mana drama sebelum ini. Jadi, apabila berlakon dengan isteri sendiri, ia lebih mudah dan selesa," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.348135 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.