|
Dua pekerja binaan terbunuh manakala dua lagi dilaporkan cedera parah selepas sebuah kren jatuh di atas sebuah kereta di tapak pembinaan Lebuhraya SUKE berhampiran Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.
Pemandu kereta itu, seorang warganegara Malaysia, cedera parah sementara dua pekerja binaan jatuh 36 meter (120 kaki) dari tapak pembinaan dan mati di tempat kejadian. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, anggota bomba kini sedang menyelamatkan seorang lagi pekerja yang terperangkap di landasan pembinaan. "Kami menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.45 pagi dan 25 anggota bomba dari Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah dikerahkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Mac lalu, sebuah jejambat di lebuh raya itu runtuh, berpunca daripada binaan terbabit dilanggar sebuah lori yang membawa jengkaut. Insiden tersebut turut membabitkan sebuah van kilang yang dihempap runtuhan jejambat berkenaan. -CARI Sumber: mStar Online
|



haruslah replied at 22-3-2021 11:05 AM
Laluan bwh tu mmg kete bleh lalu ke?


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.541832 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.