|
Pelakon Marsha Milan memberitahu dia tidak mempunyai sebarang isu untuk menerima watak antagonis bertudung biarpun terdapat segelintir aktres yang enggan melakukannya.
Menurut Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, 36, apa yang dilakukan itu hanya lakonan semata-mata dan percaya ia tidak menggambarkan mana-mana pihak. "Itu pilihan masing-masing sekiranya ada mana-mana pelakon yang enggan membawakan watak antagonis bertudung. "Bagi Marsha, kita kena fikir daripada sudut lakonan... mungkin dalam dunia realiti, ada orang yang berhijab tetapi hati busuk tapi kita tidaklah potretkan itu. "Marsha cuma lakukan watak ini dengan jayanya mengikut seperti mana yang dikehendaki pengarah," katanya kepada mStar.
Marsha melakonkan watak antagonis seorang wanita bertudung labuh bernama Nurul Huda dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang turut dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 07:47 PM GMT+8 , Processed in 1.578248 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.