|
Tular di media sosial apabila sebuah video memaparkan kelahiran seekor anak khinzir yang berwajah seperti manusia. Kejadian tersebut berlaku di Venezuela, di mana dalam video tersebut, seorang lelaki kelihatan memegang seekor anak khinzir hutan yang baru sahaja dilahirkan, Daily Star melaporkan.
Yang anehnya, anak khinzir tersebut berwajah seakan-akan seorang manusia. Seperti dijangka, ia telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk tempatan dan golongan penternak yang lain. Salah seorang penduduk memberitahu, anak khinzir itu mempunyai rambut dan dilahirkan dengan mata manusia. Dalam video tersebut, kedengaran suara seorang wanita berkata "Usianya lebih tiga jam!"
"Ia mempunyai rambut!" tambah wanita tersebut. Walau bagaimanapun, kejadian aneh tersebut sebenarnya dikatakan agak kerap berlaku dan ia dikaitkan dengan penggunaan racun rosak berlebihan. Video tersebut telah pun tular sehingga menimbulkan kekecohan pada warganet. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.448975 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.