|
“Jangan baling batu dan kayu di lubang kumbahan tu.” Itulah yang dikatakan oleh saksi, Wan Zahirah Anisa, 15 kepada lapan kanak-kanak yang bermain di lubang kumbahan di rumah neneknya di Kuantan.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu menyebabkan Nurarisha Abdullah, 5 ditemui selepas jatuh dalam lubang kumbahan itu. Kata saksi, dia menegur kanak-kanak yang bermain di situ selepas melihat aktiviti itu kurang menyenangkannya. Selepas ditegur, kumpulan kanak-kanak terbabit beredar dari situ. “Masa itu saya tidak terlintas untuk pergi lihat keadaan lubang kumbahan dan terus beredar. “Kemudian saya diberitahu terdapat kanak-kanak perempuan hilang dan orang ramai sedang sibuk mengesannya. “Beberapa jam kemudian mayatnya ditemui di dalam lubang kumbahan rumah nenek,” katanya. Mangsa kemudiannya ditemui orang ramai kira-kira jam 9 malam sebelum anggota bomba dipanggil ke lokasi terbabit. - CARI
|
haruslah replied at 10-10-2019 02:45 PM
lately kerap
dulu pon ade berlaku gak
Pixie902 replied at 10-10-2019 02:09 PM
Tak reti2 ke nak tutup lubang kumbahan?
Saja seronok cium bau najis ke apa?
Minggu ni aja dah dua ...
anarina replied at 10-10-2019 02:16 PM
Penyakit dlm masyarakat , masing2 tunggu kau la report kau la report
Aku takde der tgu2 ada je an ...
anarina replied at 10-10-2019 02:16 PM
Penyakit dlm masyarakat , masing2 tunggu kau la report kau la report
Aku takde der tgu2 ada je an ...
matchstick replied at 10-10-2019 03:42 PM
lubang kumbahan yg ni sendirian berhad punya..nk report ke authority mana, sendiri punya sendiri t ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 11:40 AM GMT+8 , Processed in 1.417427 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.