|
Selepas suaminya, Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan kerana jenayah dadah, Diana Danielle memberitahu hubungan mereka bertambah rapat dan semakin menghargai satu sama lain.
Menurut laporan mStar, pasangan itu kini menghargai masa bersama selepas hukuman Farid ditangguhkan. Farid sebenarnya sudah masuk penjara selama 35 hari bulan Mei lalu, tetapi hukuman itu kemudiannya ditangguhkan dengan syarat melapor diri ke balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. "Saya sebagai isteri tahu Farid seorang suami dan bapa yang baik, saya bersyukur kita masih dapat menghabiskan masa bersama."
"Hubungan kami lebih matang, mula menghargai satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya," katanya lagi. Diana juga berkata, berbanding tanggapan peminat yang dia kuat berdepan ujian itu, dia sebenarnya tidak kuat. "Nak kata saya kuat, ada juga hari-hari saya terkesan...cumanya saya ada ibu yang buatkan saya kuat." Sebenarnya, apa maksud hukuman penjara ditangguhkan ini? Ada yang boleh beri penjelasan? Apapun, semoga tabah dan berbahagia Diana dan Farid! - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.480277 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.