CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Salji Tebal, Sesi Ujian F1 Di Barcelona Terjejas

6-3-2018 01:03 PM| Diterbitkan: Cari-LianaE| Dilihat: 1575| Komen: 0|Original author: Oleh: Liana


Keadaan cuaca seluruh dunia yang tidak menentu ketika ini telah menjejaskan banyak acara sukan dunia.

Antaranya sesi ujian masa hari ketiga Formula One di GP Catalunya, Barcelona.

Barcelona, Sepanyol jarang-jarang dilanda salji biarpun pada musim sejuk.


Namun tidak kali ini apabila keadaan salji yang makin tebal telah menjejaskan sesi ujian hari ketiga pada 28 Februari.

Hanya 5 pemandu berjaya menguji trek licin dengan pemandu McLaren, Fernando Alonso berjaya merakam masa pada sesi berkenaan.


Catatan masa 'terpantas' 2 minit dan 18.545 saat dilakukan Alonso semalam sebenarnya lambat lebih seminit berbanding catatan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang dilakukan kelmarin.

Foto: Carian internet
Pada sesi ujian itu, Ferrari dan Mercedes tidak menguji jentera masing-masing bagi mengelak sebarang risiko.

Selain  Alonso, yang menamatkan 11 pusingan, pelumba lain yang sempat tampil ialah Daniel Ricciardo (Red Bul), Brendon Hartley (Toro Rosso), Marcus Ericsson (Sauber) dan Robert Kubica (Williams).

Sesi ujian itu juga tertangguh selama tiga jam susulan salji yang lebat disusuli hujan memenuhi kawasan trek berkenaan. - CARI 

5

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.210147 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top