CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencarum harap semua dividen KWSP masuk Akaun 3 buat belanja raya

21-2-2026 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42677| Komen: 34

 


PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengharapkan semua dividen yang bakal diumumkan kelak dimasukkan terus sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) sekali gus boleh digunakan untuk perbelanjaan bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Harapan itu disuarakan mereka menerusi komen-komen pada Instagram Kosmo! Online berhubung artikel pada ruangan Kata Editor bertajuk ‘Hadiah hari raya daripada KWSP’.

Malah, ada juga yang meninggalkan komen dengan ‘tag’ pada akaun rasmi Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan beliau mengambil perhatian terhadap pengumuman kadar dividen KWSP dimasukkan ke Akaun 3 (Fleksibel).

“Semua masuk Akaun 3,” komen pengguna Instagram Yanaothman_Official yang turut meletakkan ‘tag’ pada Instagram Anwar.

“Semoga tahun ini dividen bonus semua masuk Akaun 3, boleh kami beraya dengan happy (seronok) dan tenang,” komen Muhamad Aniff yang tidak lupa dengan ‘tag’ Instagram KWSP serta Perdana Menteri.


“Kalau masuk Akaun 1, Akaun 2 ‘pahit’, kalau Akaun 3, barulah ‘manis’,” komen Arfah Kamarulzaman secara berseloroh.

“Yang manis-manis untuk kakitangan swasta, semua masuk Akaun 3 boleh?,” komen Iamabdullahomar yang mengharapkan Perdana Menteri berbuat demikian.

Terdahulu, pencarum KWSP menunggu debaran pengumuman kadar dividen KWSP dijangka menjelang akhir Februari hingga awal Mac ini.

Berita gembira itu bakal menjadi manfaat kepada hampir 17 juta pencarum, dengan sembilan juta daripadanya adalah ahli aktif.  

SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 22-2-2026 03:24 PM
nak belanja raya byk2 buat ape?  perlu ke nak baju baru, langsir baru, duit minya, duit tol, duit raya semua tu...kalau bajet sesak, tak perlu balik kampung jauh2 yang memerlukan duit minya, duit tol, duit service kereta semua tu.  raikan kemenangan dgn hanya tidak berpuasa di hari raya, memakai baju yang bersih pun sudah memadai.....
Quote cm_vungtau 22-2-2026 04:27 PM
Edited by cm_vungtau at 23-2-2026 06:18 AM

Dividen epf dah keluar ke?
Quote becir 22-2-2026 04:52 PM
bongok je sapa cadang camni
Quote axl_bach 22-2-2026 04:54 PM
Kah kah kah, mimpi lah.... Yg sblom ni x sampai 10% pun masuk acc 3, ini nk minta 100%.....retard ke dorg ni
Quote Apoo 22-2-2026 05:22 PM
asamfish replied at 22-2-2026 03:24 PM
nak belanja raya byk2 buat ape?  perlu ke nak baju baru, langsir baru, duit minya, duit tol, duit ra ...

Indeed. Kesian tengok bangsa kita yg sanggup papa asal bergaya ni.

Paling x boleh diterima, klu guna duit akaun 3 tu utk beli mercun bunga api. Tp, duit depa kan.
Quote pengecatbintang 22-2-2026 06:19 PM
dulu masa Pandemik

Abahcow bagik
Quote ninja boy 22-2-2026 06:42 PM
Org melayu ramai gaji kecil epf dpt ciput, yg gaji besar pula pulun loan keta mewah ptptn x mau bayar
Quote Herlina 22-2-2026 07:13 PM
Deme ni masih tak stabil dr segi kewangan (sejak pandemik) ke?

Nak komen lelebih pun, kang katanya itu duit deme. Kang tak sempat nak guna kalau ninggal awal.
Quote asamfish 23-2-2026 03:19 AM
cm_vungtau replied at 22-2-2026 04:27 PM
Dividen asb dah keluar ke?

asb dah...asb2 belum...epf belum...
Quote Apoo 23-2-2026 06:17 AM
Herlina replied at 22-2-2026 07:13 PM
Deme ni masih tak stabil dr segi kewangan (sejak pandemik) ke?

Nak komen lelebih pun, kang katanya  ...

Sejak yiddin & mail bagi keluar rm10k time covid, duit kwsp ni dah jadi mcm dadah. Asyik nak minta bawak keluar walaupun masing2 tahu duit tu untuk simpanan masa tua, dah pencen x larat nak keja. Itu pun x tau cukup ke tak.
Quote s@s@ 23-2-2026 09:03 AM
walaupun tau x kan jadi..... tapi bayangkan kalau jadi, best gak.
boleh setel loan awal2
Quote Blu3butter 23-2-2026 09:17 AM
Bagi je la ikut peratusan yg dulu tu. Sekurang2nya ada duit tua nnt buat gi hospital ambil ubat
Quote Prickford 23-2-2026 09:35 AM
Haishhhh. Tu kan simpanan masa depan/hari tua. Berapa ribu yg kau nak belanja sakan time2 raya ni. Kau ada setahun utk jumpa raya yg akan datang. Kenapa tak buat tabung raya tiap2 tahun?
Quote piyek92 23-2-2026 10:49 AM
beza orang melayu ngan cina..kalau cina siap deposit duit sendiri sebab nak simpan lagi banyak dorang cakap kwsp dividen tinggi..kita seboleh2 nak keluarkan..alasan common nanti sempat tua ke tak ntah2 tak sempat merasa...
Quote piyek92 23-2-2026 10:52 AM
Apoo replied at 23-2-2026 06:17 AM
Sejak yiddin & mail bagi keluar rm10k time covid, duit kwsp ni dah jadi mcm dadah. Asyik nak minta ...



time covid aku tak salahkan bagi keluar sebab ramai hilang kerja wei..kawan2 aku sendiri siap cakap nasib baik dapat kwsp dapat bayar hutang2 sementara dapat kerja dah lah susah masa tu
Quote ultra78 23-2-2026 11:07 AM
Kalau untuk belanja raya pun kena ambil dari epf maknanya tahap ekonomi kaum melayu di tahap kronik.
Quote matseh 23-2-2026 11:26 AM
Div KWSP.
Sempat ke masuk sblm raya.
Pecahan Div KWSP. 10% Ak fleksible. YAk tak yea...
Quote stingerkentot 23-2-2026 11:40 AM
Kesian macai Najib. Masuk Akaun C... cirit
Quote midori888 23-2-2026 12:16 PM
matseh replied at 23-2-2026 11:26 AM
Div KWSP.
Sempat ke masuk sblm raya.
Pecahan Div KWSP. 10% Ak fleksible. YAk tak yea...

kalu dividen byk, contoh 100k, dpt kuarkan 10% dah 10k, byk jugak tu, bole raya sakan plus bersedekah lebih...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.317861 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top