|
Berdepan ujian berat dua tahun berturut-turut menyambut Ramadan, pelakon Amyza Aznan memberitahu anak keduanya, Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang. Memetik mStar Online, Amyza berkata dia mengetahui mengenai penyakit anaknya itu pada bulan ini, tahun lalu anak sulungnya, Andre Mikhail disahkan kanser paru-paru. “Hari ini Ramadan pertama di bulan Februari iaitu bulan kelahiran anak-anak saya. Sama seperti yang berlaku tahun lalu, anak saya Andre Mikhail 18 tahun disahkan kanser paru-paru. “Pada tahun ini, bulan Ramadan dan Februari juga kelahiran anak saya iaitu Adrian Adam, dia pula disahkan kanser tulang,” katanya. Sementara itu, Amyza berkata perasaannya bercampur baur namun tetap kuat demi mereka serta memohon orang ramai mendoakan buat anak-anaknya. “Saya manusia dan juga ibu, ada berbagai rasa tapi tak teluah dan takut untuk meluah. Hanya mampu memohon tumpangkan doa untuk anak-anak saya,” katanya.
Tahun lalu, Amyza berkongsikan anak sulungnya disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. SUMBER : mStar Online, ROTIKAYA |
Daisy11 replied at 21-2-2026 02:07 PM
Suami - buah pinggang (dialisis) & jantung
1st - kanser tulang
2nd - kanser paru²
Minami2013 replied at 21-2-2026 12:00 AM
Moga dipermudahkan urusan utk amyza dan anak2 dan dikurniakan kesembuhan.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.896287 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.