CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Serah Kasut Arwah Siti Sarah Pada Thalita - “Daddy Nak Awak Pakai Kasut Ni "

20-2-2026 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22187| Komen: 4

 


Perkongsian pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu mengundang rasa sebak netizen apabila memberikan kasut arwah Siti Sarah kepada anaknya, Thalita.

Menerusi video di Instagram, Thalita dilihat baru sudah menunaikan solat diminta untuk mencuba dua pasang kasut milik arwah ibunya.


“Daddy nak awak pakai kasut ni sebab kalau tak guna dia akan rosak, muat tak?” kata Shuib.

Dapat dilihat, Thalita turut terkejut kerana saiz kasut berkenaan sepadan dengan kakinya serta memuji kasut ibunya itu cantik.

“Kasut ini sangat cantik, saya bukan tak nak sebelum ini tapi saya segan nak tanya untuk pakai,” kata Thalita.

Sementara itu, Shuib berkata kasut tersebut dibeli di Singapura dan sering dipakai oleh arwah sewaktu sedang mengandung anak terakhir.

“Kasut itu ibu beli masa kat Singapura. Dia suka sangat pakai sebab selesa. Yang ini (sandal) dia beli masa ibu tengah pregnant Ayash. Ibu selalu pakai yang ini. 

“Pakai dan jaga kasut tu okay. Ibu dah jalan jauh dengan kasut ini. It’s yours. Cakap thank you dekat ibu,” katanya.

SUMBER : ROTIKAYA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-2-2026 10:12 PM
Masih nk menunggang nama arwah ke
Quote royaldanish 21-2-2026 10:55 PM
hurmmmm ni pun nak up kan rumah ke
Quote slyfynx 21-2-2026 11:43 PM
x abis2
sumpah aku benci keluarga ni
Quote Kuin-Kepam 21-2-2026 11:50 PM
Borang EPF ko x nak buat konten ke? Biar anak2 ko tahu ko penindas bangsa..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.030864 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top