|
Pendakwah selebriti, Da’i Syed dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini selepas 21 hari menjalani hukuman penjara.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Da’i Syed untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu. Terdahulu, Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu. Mahkamah membenarkan permohonan Syed namun tertakluk kepada beberapa syarat dan menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin. “Perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah. Boleh mohon kepada mahkamah untuk mendapatkan pasport tersebut sekiranya mahu menunaikan haji atau umrah. “Pemohon dikehendaki melaporkan diri di balai polis di Seksyen 6 Shah Alam, Selangor sekali setiap bulan mulai Mac, sehingga rayuan utama diputuskan,” katanya. Sementara itu, mahkamah mendapati terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pemohon dilepaskan dengan jaminan sehingga rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan. “Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dan membaca penghujahan bertulis, kami mendapati terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pemohon ini dilepaskan atas jaminan sehingga rayuan pemohon (sabitan dan hukuman) di Mahkamah Rayuan diputuskan,” katanya. Sumber: Sinar Harian / mStar Online, Rotikaya
|
laksmanabentan replied at 13-2-2026 05:06 PM
amboiiii gambar wife dia sweetnyaaaa....

mahkamah mendapati terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pemohon dilepaskan dengan jaminan sehingga rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan.

supernaturalee replied at 13-2-2026 05:53 PM
keadaan istimewa ape weyhhh
mcm2 eh die ni

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.147443 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.