|
KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari, pasangan Diraja Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pangiran Anak Isteri Anishsa Rosnah Adam berkongsi potret keluarganya di media sosial. Putera Mateen menerusi muat naik di Instagram malam tadi, berkongsi imej anakanda perempuan, Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah atau dikenali sebagai 'Princess Zahra' dalam dakapan baginda. Menerusi hantaran sama, baginda turut berterima kasih kepada pasukan perubatan Jerudung Park Medical Centre (JPMC), Brunei. "Beta dan Anisha sangat bersyukur dengan kredibiliti pasukan di JPMC yang luar biasa atas penjagaan serta sokongan, selain menghargai segala ucapan diberikan (sempena kelahiran Puteri Zahra)," titah baginda. Hantaran membabitkan potret sulung keluarga baginda yang dimuat naik kira-kira jam 9.30 malam tadi, meraih lebih 500,000 tanda suka di Instagram. Khabar gembira itu turut meraih perhatian masyarakat yang membanjiri media sosial baginda dengan ucapan tahniah serta doa kesejahteraan buat ibu dan puteri yang baharu dilahirkan. Ahad lalu, Anisha Rosnah dilapor melahirkan bayi perempuan pada jam 8.50 pagi. Putera Mateen adalah anak ke-10 dan putera keempat, hasil perkahwinan Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri baginda, Mariam Abdul Aziz. Sementara itu, Anisha Rosnah menerusi hantaran di Facebook malam tadi, berkata Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkenan mengurniakan nama kepada cucunda baginda. Anisha Rosnah turut memuat naik petikan laporan media Brunei, Radio Televisyen Brunei (RTB News), memaklumkan Kerabat Diraja Brunei berterima kasih kepada semua pihak yang membantu ketika Puteri Zahra dilahirkan. "Kerabat Diraja Brunei juga berterima kasih kepada semua pihak yang menyampaikan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan kelahiran cucunda baginda," katanya. Sumber : Berita Harian |
prince_marhaen replied at 12-2-2026 02:30 PM
Anak raja santai2 je share gambar baby.... hehehehe.. retis2 siap bubuh sticker siap pixallate sampa ...
uda replied at 12-2-2026 04:18 PM
Setuju.
Lagi satu nama anak nama biasa2 je. Takdalah nama ke'ingerrisan', eg eddreis,aymelina dll ...
prince_marhaen: Anak raja santai2 je share gam ...
prince_marhaen replied at 12-2-2026 02:30 PM
Anak raja santai2 je share gambar baby.... hehehehe.. retis2 siap bubuh sticker siap pixallate sampa ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.568425 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.