|
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menghentikan pemberian lesen baharu penternakan babi di seluruh negeri berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan titah terbaharu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang bagi membincangkan isu berkenaan, susulan titah baginda yang tidak memperkenankan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor. Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sejak Januari lalu, kerajaan negeri telah memberhentikan pengeluaran lesen penternakan babi baharu dan menumpukan usaha kepada pengosongan tapak ladang sedia ada di Tanjong Sepat, sebagai langkah awal menjunjung titah Sultan Selangor yang dizahirkan sebelum ini. "Bagi ladang penternakan yang masih beroperasi, Kerajaan Negeri memutuskan supaya penutupan dibuat dengan kadar lebih pantas secara berperingkat, dengan kerjasama Jabatan Veterinar Negeri Selangor. "Ketika ini kira-kira 70 peratus keperluan daging babi bagi masyarakat bukan Islam di Selangor telah pun diperoleh melalui import dari negeri lain. "Selepas keputusan terbaharu ini, keseluruhan keperluan tempatan akan diimport sepenuhnya oleh industri berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan, pada Khamis. Amirudin berkata, sebarang pengeluaran dan kelulusan lesen import selepas ini akan dirujuk kepada Kerajaan Persekutuan, selaras dengan bidang kuasa pemberian lesen di peringkat nasional. Jelasnya, keputusan ini diambil bagi mengambil kira sensitiviti masyarakat, khususnya berkaitan kebimbangan terhadap impak ladang babi terhadap alam sekitar termasuk isu pencemaran air dan bau. Beliau turut menyeru semua pihak menghentikan sebarang polemik berhubung isu penternakan babi agar tidak mengganggu keharmonian dan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Selangor. Sumber : Astro Awani
|
orkid_amani replied at 12-2-2026 01:24 PM
Wei kelig aii Chinese cakap makan babi badan bau busuk laa.. diorang lg suka makan ayam & lembu kamb ...
orkid_amani replied at 12-2-2026 01:24 PM
Wei kelig aii Chinese cakap makan babi badan bau busuk laa.. diorang lg suka makan ayam & lembu kamb ...

silance replied at 12-2-2026 12:40 PM
Lesen alibaba bangla paki bila nak batal? Lesen bini dikudakan asing worangs bila nak stop?

B40tastePosh replied at 12-2-2026 10:20 PM
Memang bodoh, lain kali buat la kat Sekinchan.
Yunho replied at 13-2-2026 08:32 AM
biar sarawak je bela babi...dia ade kawasan yang luas...n dia boleh import ke semenanjung...sambil m ...

TeropongSenyap replied at 12-2-2026 07:21 PM
Mmg pun kaka... Dia ada sejenis bau yg hanyir & meloyakan. Kita blh tahu org tu mkn ke tidak dari ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.357852 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.